Agenda Nasional Malaysia Sihat
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Mempromosi pembudayaan hidup sihat kepada Rakyat Malaysia melalui pelbagai perkhidmatan dan aktiviti kesihatan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Perkhidmatan Klinik Bergerak oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Klinik bergerak untuk fisioterapi, sokongan psikososial, latihan kepada ahli keluarga menguruskan pesakit terlantar dan saringan mamogram
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perubatan MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Skim Perubatan MADANI bagi golongan B40 untuk mendapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan dengan mengurangkan kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan randah
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim  Perubatan MADANI

 

  • Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:

    i. Demam dan Selsema

    ii. Cirit Birit dan Muntah

    iii. Terseliuh

    iv. Sakit Kepala

    v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

     

  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:

    i. Imunisasi / Vaksin 

    ii. Rutin Saringan Kesihatan 

    iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 

    iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala) 

    v. Perancangan Keluarga 

    vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja) 

    vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor 

    viii. Permintaan Suplementasi

     

  • Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut: 

    Jenis Rawatan 

    Had (RM) 

    • Jumlah had konsultasi & ubat-ubatan; atau 
    • Had konsultasi  
    • RM70

    • RM35

    • Had ujian 
    • RM50

    • Had prosedur rawatan
    • RM50

    Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan
    • RM170

  • Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.

     

Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Program Eliminasi Transmisi Hepatitis B dari ibu hamil ke anak melalui saringan awal bertujuan mengurangkan kadar penularan Hepatitis B
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Penggalakan e-dagang - eTrade 2.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • Program eTRADE 2.0 merupakan sebuah inisiatif oleh MATRADE di bawah Belanjawan 2025. Program ini bertujuan untuk mempercepat aktiviti eksport melalui penyertaan berterusan dalam platform eDagang rentas sempadan. Program ini juga akan membantu syarikat baharu untuk menggunakan platform eDagang rentas sempadan untuk eksport termasuk syarikat sedia ada yang telah terlibat dalam eDagang
  • Menyediakan insentif kepada syarikat untuk mengekalkan penyertaan mereka dalam platform eCommerce rentas sempadan. 
  • Membantu PKS Malaysia mempunyai kehadiran yang mampan dan berharga di platform e-Dagang rentas sempadan. 
  • Membantu mengekalkan perniagaan dalam talian syarikat seperti pemasaran digital, latihan eDagang dan promosi eksport dalam talian untuk meningkatkan pendedahan dan peluang perniagaan mereka pada platform eDagang rentas sempadan.

Insentif Kewangan

Butiran

Jumlah

Skim Onboarding (Untuk menggunakan mana-mana pplatform eCommerce rentas sempadan atau berbilang platform)

Yuran Penyenaraian atau Langganan 

  • Untuk pelbagai platform 
  • Maksimum tempoh 1 tahun 

     

Sebarang aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan platform eDagang, tetapi TIDAK terhad kepada:- 

  • Pembangunan tapak mini, halaman atau kedai untuk platform eDagang 
  • Perkhidmatan fotografi 
  • Kos penghantaran ke kemudahan gudang di luar negara (cth Fulfillment by Amazon
  • Perbelanjaan onboarding lain yang berkaitan (tertakluk kepada kelulusan MATRADE)
RM5000*
Skim Pemasaran & Latihan Digital (DMT) (Untuk menjalankan sebarang aktiviti pemasaran digital dan/ atau menghadiri program latihan eDagang)

Perbelanjaan pemasaran digital tetapi TIDAK TERHAD KEPADA: -

  • Penciptaan kandungan (video, iklan, penciptaan kandungan media sosial, dll) 
  • Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) 
  • Sewaan Ruang Pengiklanan Dalam Talian (Google Adwords, Fb Ads, dll) 
  • Ketua Pendapat Utama (KOL) / Pengaruh 
  • Pemasaran Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dll) 
  • Pengiklanan Kata Kunci (KWA) Sebarang aktiviti pemasaran digital lain tertakluk kepada kelulusan MATRADE 

Perbelanjaan Latihan 

  • Latihan yang dianjurkan oleh platform eDagang, rakan kongsi Saluran, Agensi Kerajaan, Pusat Latihan, dsb
  • Kandungan latihan MESTI berkaitan dengan eDagang cth pengurusan akaun, pemasaran digital, pemenuhan, dsb 
  • Bagi kursus yang didaftarkan di bawah HRDF atau agensi lain yang berkaitan, bayaran baki selepas tuntutan akan dibayar oleh MATRADE 
  • Perbelanjaan boleh dituntut untuk bilangan kakitangan berdaftar syarikat yang tidak terhad
RM20,000*

*setiap syarikat, untuk satu (1) tahun langganan / satu (1) tahun aktiviti

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysia Digital X-Port Grant (MDXG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 26/02/2025

  • ​Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) ialah inisiatif oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan menyokong syarikat teknologi Malaysia dalam mengembangkan kehadiran mereka di pasaran global. Geran ini memfokuskan kepada syarikat yang telah bersedia untuk eksport dan berhasrat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan inovatif serta mampan ke peringkat antarabangsa
Perkara Penerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • Syarikat Milik Tempatan: 
    • Sehingga 50% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM1 juta, mana-mana yang lebih rendah.​

 

  • Syarikat Milik Asing Majoriti: 
    • Sehingga 30% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM1 juta, mana-mana yang lebih rendah. Ibu pejabat mesti berpusat di Malaysia.
Tempoh Projek
  • Sehingga 1 tahun

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MDEC

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga- Bumiputera 2.0
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro secara mudah dan cepat kepada usahawan Bumiputera untuk memulakan dan meningkatkan perniagaan sedia ada

 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kerjasama Strategik bagi penambahbaikan Hentian Bas Sekitar Lembah Klang
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penambahbaikan hentian bas untuk meningkatkan keselesaan pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan melalui geran bersyarat bagi sektor industri dan komersial untuk meningkatkan kesedaran amalan hijau yang baik
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Mempromosi Makanan Warisan Malaysia
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program bersifat komuniti bagi membantu menambah pendapatan penggiat seni melalui aktiviti seni, budaya dan warisan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda