Kemudahan Teknologi Tinggi Dan Hijau (HTG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025

  • Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG) merupakan sebuah pembiayaan bagi PKS yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Belanjawan 2025 untuk membantu PKS dan syarikat baharu yang inovatif dalam mengembangkan perniagaan mereka serta melabur dalam sektor strategik dan bidang teknologi (teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi) untuk pemulihan ekonomi yang mampan.
Tujuan pembiayaan
  • Modal kerja; dan/atau 
  • Perbelanjaan modal (Capital Expenditure-CAPEX)
Saiz pembiayaan
  • Sehingga RM10 juta
Kadar faedah pembiayaan untuk PKS
  • Sehingga 3.5% setahun untuk pembiayaan tanpa jaminan; atau
  • Sehingga 5% setahun, termasuk yuran jaminan
Tempoh
  • Sehingga 10 tahun
Tamat tempoh permohonan
  • Sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 21/04/2025

  • Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) merupakan sebuah platform antara agensi yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Belanjawan 2025 untuk institusi dan agensi yang komited dalam meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia.

 

  • Ahli-ahli FEN yang lain terdiri daripada: 
    • Kementerian Pendidikan Malaysia 
    • Kementerian Pengajian Tinggi 
    • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit 
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    • Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
    • Permodalan Nasional Berhad

 

  • FEN memanfaatkan sumber dan kepakaran ahlinya untuk menyelaras, bekerjasama dan secara kolektif memacu usaha menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan yang berkesan kepada rakyat Malaysia. 
  • FEN akan bekerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan industri, institusi, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan utama lain yang berkaitan untuk melaksanakan, memantau dan mengukur keberkesanan inisiatif pendidikan kewangan di bawah Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (2019-2023).

 

  • FEN meneriman pakai kerangka kerja tadbir urus dua peringkat untuk memacu inisiatif Strategi Kebangsaan. 
    • Jawatankuasa Pemandu Antara Agensi Peringkat Tinggi atau High Level Inter-Agency Steering Committee (HLSC) menyediakan hala tuju strategik dan memantau perumusan dan pelaksanaan Strategi Kebangsaan 
    • Kumpulan Peringkat Kerja, iaitu jawatankuasa kecil yang memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan bagi setiap Strategi Utama dan melaporkan perkembangan dan hasil pelaksanaan kepada HLSC

 

Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh dirujuk di laman rasmi FEN atau Siaran akhbar 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Agromakanan (AF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025

  • Kemudahan Agromakanan (AF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan oleh  Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Belanjawan 2025  bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan untuk tujuan eksport.
Tujuan pembiayaan
  • Perbelanjaan modal
  • Modal Kerja
  • Pembangunan projek agromakanan 

     

Nota: Aktiviti agromakanan yang layak adalah projek berdaya maju yang melibatkan pengeluaran agromakanan primer (huluan), pemprosesan/pengilangan agromakanan, atau aktiviti hiliran agromakanan lain. Separuh daripada jumlah pengeluaran dijual di pasaran domestik, menyokong pengeluaran agromakanan utama domestik. (Bukan untuk pembiayaan semula kemudahan pembiayaan sedia ada)

Institusi kewangan peserta
  • Bank perdagangan
  • Bank Islam
  • Institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Kemudahan pembiayaan untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Perkhidmatan Klinik Gigi Bergerak
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Penambahan 9 buah Klinik Gigi Bergerak baharu menjadikan 54 buah di seluruh Negara untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat desa dan pedalaman
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/07/2025

  • Kemudahan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro (MEF) ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu perusahaan mikro yang terkesan oleh cabaran ekonomi atau kekurangan pembiayaan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada perniagaan kecil mendapatkan modal yang diperlukan untuk berkembang, dengan had pembiayaan yang lebih rendah dan kadar faedah yang berpatutan.
  • Penggunaan Pembiayaan Pembiayaan hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan seperti: 

    i. Modal kerja, dan / atau 

    ii. Perbelanjaan modal.

     

Nota: Pembiayaan bertindih (pembiayaan semula dengan institusi kewangan yang sama) dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • Sehingga RM100,000
Kadar Faedah Pembiayaan Untuk PMKS
  • Ditetapkan oleh institusi kewangan peserta
Tempoh
  • Sehingga 7 tahun
Prosedur Permohonan
  • Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Perkhidmatan Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Memperluas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi menawarkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada rakyat di kawasan pedalaman
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Siapsiaga Bencana
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Inisiatif Siapsiaga Bencana untuk persiapan awal mendepani musibah banjir 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Returnship
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Program Returnship merupakan inisiatif perintis anjuran BNM dan SC untuk menggalakkan wanita kembali bekerja dalam sektor kewangan selepas mereka mengambil rehat kerjaya. Pembiayaan program bersasar di bawah Asian Banking School dan InvestED bagi menyokong wanita beralih semula ke dalam tenaga kerja dalam industri kewangan dan pasaran modal termasuk program latihan, jalinan dengan bakal majikan dan sokongan tambahan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • ​Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal. 
  • Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan.
  • Tempoh permohonan bermula dari 27 Februari 2025 hingga 16 Jun 2025.
  • Program pembangunan kepimpinan wanita yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan bidang keutamaan berikut: 
    • Kepimpinan 
    • Politik 
    • Ekonomi 
    • Sosial 
    • Teknologi 
    • Perundangan 
    • Keselamatan 
    • Kesejahteraan 
    • Pendidikan 
    • Kesihatan

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi iWANITA 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda