Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025, khusus untuk membantu klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan. 

  • BLP memberi peluang kepada golongan ini untuk mengikuti latihan kemahiran, menjalani latihan sambil bekerja di agensi atau syarikat, atau menyertai latihan praktikal (internship) di JKM. Inisiatif ini bertujuan untuk membekalkan mereka dengan kemahiran yang relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran serta peluang mendapat pekerjaan dalam pasaran kerja.

  • Kadar bayaran bagi Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebanyak RM200 sebulan kepada setiap penerima yang layak

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) merupakan bantuan tunai yang disediakan khusus bagi golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka melalui bayaran elaun bulanan sebanyak RM250.00 secara berterusan.
  • Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:

    i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum); 

    ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; 

    iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; 

    iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; 

    v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); 

    vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan 

    vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh PRASARANA.

    i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

    ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

    iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Latihan Kemahiran kepada Pekerja Gig dalam Perkhidmatan p-hailing & e-hailing
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025

  • Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama GIATMARA, bertujuan meningkatkan tahap kemahiran pekerja gig serta membuka laluan kerjaya yang lebih stabil. Usaha ini selaras dengan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menekankan peningkatan daya saing tenaga kerja negara. 
  • Melalui program ini, peserta berpeluang memperoleh kemahiran teknikal yang relevan dengan kehendak pasaran kerja semasa, menambah pengetahuan serta menguasai kemahiran tambahan. Program ini juga membuka ruang kepada mereka yang ingin mendapatkan sijil kemahiran yang diiktiraf, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran dan prospek kerjaya. 
  • Sebagai sebahagian daripada modul latihan, kursus ini memberikan pendedahan asas penyelenggaraan motosikal secara selamat dan berkesan. Peserta akan mempelajari kemahiran asas termasuk pemeriksaan, penyelenggaraan serta penukaran komponen utama seperti minyak enjin, palam pencucuh, brek, rantai, tayar dan sistem elektrik.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi GIATMARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Projek pertanian dengan memanfaatkan tanah terbiar
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Projek pertanian bagi tanah terbiar bertujuan tingkat hasil melalui tanaman berkelompok, pembangunan semula sawah, ayam organik dan ternakan lembu
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Penukaran Topi Keledar Percuma
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Inisiatif Penukaran Topi Keledar Percuma ialah program keselamatan jalan raya yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Program MADANI Rakyat (PMR). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan penunggang motosikal dengan memastikan mereka menggunakan topi keledar yang mematuhi piawaian keselamatan.
  • Melalui program ini, penunggang motosikal boleh menukar topi keledar lama atau tidak menepati piawaian dengan topi keledar baharu secara percuma, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja merupakan skim perlindungan sosial yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menyediakan bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengalami Bencana Kerja. 
  • Mulai tahun 2025, skim ini telah ditambah baik dengan meliputi aspek-aspek seperti: 

i. Pewujudan bayaran bagi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi

ii. Kes kematian akibat bencana kerja

iii. Kadar elaun layanan sentiasa

iv. Pewujudan bayaran hilang upaya sementara

v. Peluasan skop liputan.

  • Faedah yang disediakan di bawah Skim ini adalah seperti yang berikut:

Faedah Kematian

 

i. Faedah bagi kes kematian adalah berkuat kuasa sehari selepas tarikh kematian Pegawai.

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex-Gratia Waris Pukal (EXWP)
  • Bayaran secara pukal sebanyak RM20,000.00 kepada Waris yang layak dan dibahagikan secara sama rata; dan
  • Kelayakan Anak bagi tujuan bayaran faedah ini adalah seperti yang berikut:

    i. Anak berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin pada tarikh kematian Pegawai;

    ii. Anak berumur melebihi 21 tahun dan belum berkahwin yang masih dalam pengajian di peringkat sehingga ijazah pertama; atau

    iii. Anak yang disahkan sebagai Orang Kurang Upaya dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri.

  • Berkuat kuasa bagi kes kematian yang berlaku mulai 1 Januari 2024.
Bayaran Ex-Gratia Waris Bulanan (EXWB)
  • Bayaran secara bulanan kepada Waris mengikut kelayakan seperti yang berikut:

    i. Balu / duda dibayar sehingga meninggal dunia;

    ii. Anak dibayar sekiranya belum berkahwin pada tarikh kematian Pegawai sehingga:

    • Berumur genap 21 tahun atau berkahwin, yang mana lebih awal; atau
    • Tamat ijazah pertama sekiranya masih belajar termasuklah Anak yang berumur melebihi 21 tahun dan disahkan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dengan syarat pengajian tersebut bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh beliau menamatkan pengajian di peringkat sebelumnya. Bayaran akan disambung semula berkuatkuasa dari tarikh beliau menyambung pengajian;

    iii. Anak yang disahkan sebagai Orang Kurang Upaya dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri dibayar selagi tidak berupaya menyara kehidupannya; dan

    iv. Ibu bapa menerima bayaran sehingga meninggal dunia, jika tiada balu/duda dan anak.

  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.

Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)

 

i. Faedah bagi kes HUK adalah berkuat kuasa mulai tarikh bencana.

ii. Bagi pegawai lantikan tetap sebelum 1 Januari 2001 yang mengalami HUK akibat dari Bencana Kerja sehingga dibersarakan atas sebab kesihatan boleh memilih bayaran faedah bersamaan 72 kali ganda gaji pokok semasa bencana.

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex Gratia Pukal (EXP)
  • Bayaran secara pukal kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK; dan
  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B. 
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.
Bayaran Ex Gratia Bulanan (EXB)
  • Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran melebihi 20% sehingga meninggal dunia; dan
  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2001.
Bayaran Ex Gratia Operasi (EXO)
  • Bayaran secara pukal sehingga RM50,000.00 bagi setiap kes kepada Pegawai yang mengalami HUK ketika melaksanakan tugastugas yang berikut:

    i. Tugas operasi keselamatan dan penguatkuasaan yang diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan

    ii. Latihan intensif berisiko tinggi.

  • Formula dan kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B. 
  • Berkuat kuasa bagi bencana yang berlaku mulai 1 Januari 2024.
Bayaran Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • Bayaran secara bulanan kepada Pegawai yang disahkan mengalami HUK dengan taksiran sebanyak 100% dan diperakukan Lembaga Perubatan sebagai sentiasa memerlukan layanan tersendiri daripada orang lain sehingga meninggal dunia;
  • Kadar ELS dan tarikh kuat kuasa kadar bayaran adalah seperti dalam Lampiran B; dan
  • Pembayaran ELS atas kadar tetap sebanyak RM1,500,00 mulai 1 Januari 2025 turut dipanjangkan kepada penerima ELS yang mengalami bencana sebelum 1 Januari 2025.

Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)

 

i. Faedah bagi kes HUS adalah berkuat kuasa mulai pegawai disahkan telah menggunakan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan (CSL);

Jenis Bayaran

Syarat Bayaran

Bayaran Ex Gratia Sementara (EXS)
  • Bayaran kepada Pegawai yang telah menggunakan kemudahan CSL selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.8 dan pindaannya yang berkuat kuasa kecuali Pegawai yang layak dipertimbangkan Cuti Kecederaan di bawah peruntukan Perintah Am 27 Bab C 1974;
  • Kadar bayaran sebanyak RM25.00/hari mengikut bilangan hari CSL yang telah digunakan; dan
  • Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
  • Syarat Am Bayaran:

i. Bayaran faedah Skim akan terhenti sehari selepas penerima bayaran faedah telah meninggal dunia atau didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana pada perenggan 8.2.

ii. Sekiranya Pegawai meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran faedah Skim akan dibuat kepada Warisnya secara sama rata berdasarkan tafsiran Pekeliling ini.

iii. Jika mana-mana Waris meninggal dunia sebelum pembayaran dilaksanakan, bayaran yang patut diterima olehnya akan dibahagikan sama rata kepada Waris lain yang masih hidup.

  • Bencana Kerja yang berlaku dalam tempoh 20 Oktober 1994 hingga 31 Disember 2000 adalah tertakluk pada peraturan dalam PP WP 6.2.
  • Liputan Skim adalah berdasarkan tarikh berlakunya bencana seperti yang berikut:

Tarikh Bencana

Liputan Skim

Mulai 1 Januari 2001
  • Liputan Bencana Kerja:

    i. kemalangan yang berlaku di luar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi: 

    ii. Kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasiranasir jahat akibat tugas rasmi pegawai; dan

    iii. kemalangan yang berlaku:

    • Semasa dalam perjalanan lazim dan munasabah pergi dari tempat kediaman ke tempat bertugas dan sebaliknya;
    • Semasa dalam perjalanan pergi ke mana-mana tempat untuk bertugas rasmi / berkursus dan sebaliknya; dan
    • Semasa waktu rehat rasmi atau waktu rehat yang dibenarkan.

    iv. penyakit khidmat sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual 1, Lampiran A

  • Had maksimum Gaji RM2,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Julai 2015
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi: 

    i. Kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dari tempat kediaman ke pekan berdekatan dan sebaliknya untuk mendapatkan perkhidmatan dan keperluan asas harian, khusus bagi Pegawai yang disenaraikan layak untuk dibayar:

    • Bayaran Insentif Pedalaman; dan
    • Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan. 

    ii. Kemalangan semasa penyertaan dalam aktiviti sukan (termasuk perjalanan pergi / balik) di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian dan ibu pejabat jabatan.

  • Had maksimum Gaji RM3,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2020
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami oleh ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri jemputan ke program rasmi Kerajaan (termasuk perjalanan pergi / balik).
  • Had maksimum Gaji RM4,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2024
  • Liputan penyakit dan sektor pekerjaan/industri di bawah penyakit khidmat diperluas melibatkan agen virus korona.
  • Had maksimum Gaji RM6,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim.
Mulai 1 Januari 2025
  • Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami semasa menghadiri janji temu kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi/balik) dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G 1974

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perkeliling Perbendaharaan Malaysia atau Sila ikuti Saluran WhatsApp Skim Ex Gratia untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai skim ini.

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rebat Bil Elektrik RM40
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025

  • Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025, disalurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Ia dikhususkan untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan telah berdaftar serta disahkan dalam sistem eKasih. Bantuan ini membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40.
  • Program ini telah dikemas kini pada 24 Mei 2025 dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.
  • Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan dan sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja. Sila rujuk jadual di bawah:

Kaedah

Bil Elektrik Bulanan Sebelum Rebat (RM)

Ditolak Rebat (RM)

Baki Bayaran oleh Pengguna (RM)

Contoh 1

64.90

(40.00)

24.90

Contoh 2

42.50

(40.00)

2.50

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025

  • SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).
  • Kumpulan sasaran:
SPS Jaja 4.0
  • Sektor Penjaja, 
  • Sektor Penjagaan dan Perawatan, 
  • Sektor Makanan, 
  • Sektor Pembuatan, 
  • Sektor Pengumpulan Barang.
SPS Agro 3.0
  • Sektor Pertanian, 
  • Sektor Penternakan, 
  • Sektor Perhutanan, 
  • Sektor Perladangan.
  • Sektor Akuakultur, 
  • Perikanan Darat dan Laut.
SPS Lain Upaya 4.0
  • Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektor
SPS Asal 4.0
  • Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Seni 4.0
  • Semua kelas di bawah: 
    • Sektor Kesenian, 
    • Kebudayaan, 
    • Kreatif, 
    • Karangkraf, 
    • Silat, Budaya Warisan, 
    • Seni Ukir, 
    • Jurusolek; dan 
    • Artifak.
SPS Gig 5.0
  • Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
SPS Usahawanita 4.0
  • Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Sukan 3.0
  • Semua sukan termasuk:
    • Sukan tradisional, 
    • e-sukan, 
    • jurulatih, 
    • ahli sukan bertaraf profesional, 
    • pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau 
    • silat olahraga.
SPS Didik 3.0
  • Sektor pendidikan seperti: 
    • pendidik, 
    • pelajar latihan industri, 
    • pengajar, 
    • tutor, 
    • pengajar agama, 
    • kaunselor; dan 
    • pakar motivasi.
SPS Servis 3.0
  • Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, 
  • Sektor Perkhidmatan Profesional, 
  • Premis Penginapan, 
  • Pemprosesan Data, 
  • Malim Gunung, 
  • Pemandu Pelancong, 
  • Segala Sukarelawan, 
  • Pegawai Keselamatan, 
  • Teknologi Maklumat, 
  • Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SPS Lancong 1.0
  • Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.
SPS Pemimpin Masyarakat 1.0
  • Datuk Batin, 
  • Pemimpin Masyarakat, 
  • Ketua Rumah Panjang; atau 
  • Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0
  • Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(70 peratus)

Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM162.80

RM70.00

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda