Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
KRITERIA | INTAN | INSAN | IKHSAN |
---|---|---|---|
Sasaran Penggerak |
|
|
|
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Perkara | Semenanjung Malaysia | Pulau di Semenanjung Malaysia |
Kaedah permohonan |
| |
Konsep |
| |
Keluasan Rumah |
|
|
Keluasan Tanah (tertakluk kepada rekabentuk) |
|
|
Harga |
|
|
Subsidi (pembinaan) |
| |
Jumlah Pinjaman |
| |
Anggaran bayaran bulanan | ||
Kaedah pembiayaan |
| |
Dokumen perjanjian dan sekuriti |
| |
Pelaksanaan pembinaan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
i. Warganegara Malaysia. ii. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. iii. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000. iv. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna. v. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. vi. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk). vii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun). viii. Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan). |
Nota:
i. Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
ii. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
i. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ii. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR iii. Isi maklumat ke dalam sistem iv. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang v. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan vi. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan |
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan) iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua* vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang* vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah viii. Salinan sijil nikah pemohon xi. Borang laporan tapak bergambar |
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
|
|
Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025
Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan merupakan inisiatif oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan akibat kenaikan harga minyak di pasaran. Subsidi diesel dan petrol bagi nelayan kelas tertentu diberikan pada kadar RM1.65 seliter dengan kuota sebanyak 840 juta liter setahun, bertujuan untuk meringankan beban mereka
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki Mykad (Biru),
ii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau
iii. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Pemilik Vesel Individu / Syarikat diwajibkan berdaftar dengan LKIM di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) melalui eNelayan Management System dengan mengemukakan dokumen seperti:
i. Salinan MyKad pemilik Vesel
ii. Gambar pemohon
iii. Gambar Vesel
iv. Salinan Lesen Vesel dan perkakasan yang masih sah tempoh
v. Salinan Sijil Pemeriksaan Vesel
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pilih Barangan Keperluan | Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga |
Tunjuk MyKad untuk Pengesahan | Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan |
Tukar Nombor Pin | Penerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru |
Imbas Kod Barangan | Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan |
Bayar Menggunakan MyKad | Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian |
Simpan Resit untuk Semakan | Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
i. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. |
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala. |
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
Kadar Tambahan STR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | ||
Kategori Penerima STR 2025 | Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR selain MIskin dan Miskin Tegar eKasih 2025 |
Isi Rumah (Tiada had umur) | RM2100
| RM900
|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1650
| RM450
|
Bujang (21-59 tahun) | RM600
|
Nota : Amaun kelayakan SARA 2025 adalah tertakluk kepada masa permohonan STR 2025 diluluskan.
Data eKasih | Keputusan Kelayakan / Pembayaran |
31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) | April 2025 |
30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) | Julai 2025 |
31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) | Oktober 2025 |
30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) | November 2025 |
Kaedah Pemakluman | Keterangan |
Surat pemakluman |
|
Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast) |
|
Semakan terus melalui portal rasmi |
|
Hubungi |
|
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak
kategori penerima:
i. Pemilik vesel perikanan Zon A
ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat
iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
iii. Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
iv. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
v. Status pengambilan minyak yang aktif; dan
vi. bagi pekerja (awak-awak) didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu atau syarikat
Sila klik di sini untuk permohonan melalui modul FIP sistem ePengisytiharan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi;
Borang permohonan yang lengkap diisi;
Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja;
Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa;
Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik;
Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa;
Salinan buku akaun simpanan (Agrobank / BSN / CIMB / Maybank);
Gambar pemohon berukuran passport (terkini); dan
Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem ePengisytiharan
Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan:
i. Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
ii. Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem ePengisytiharan
iii. Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan
Kaedah Pembayaran:
Melalui Bank | Secara Tunai |
|
|
Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025
Manfaat Penyakit Kritikal |
Nota: Sekiranya penyakit kritikal disahkan di hospital swasta atau hospital selain daripada hospital panel, tetapi rawatan lanjut dibuat di mana-mana hospital panel mySalam, permohonan masih boleh dibuat dengan syarat borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor' dilengkapkan oleh doktor yang merawat dari hospital panel. | ||||||
Manfaat Hospitalisasi |
Nota: Skim ini hanya merangkumi semua hospital Kerajaan Malaysia, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, seperti yang disenaraikan di portal mySalam |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam
Nota: *Kriteria umur kelayakan mySalam adalah dikira berdasarkan umur individu telah mencapai umur 18 atau 21 tahun, atau tidak melebihi 66 tahun pada 1 Januari pada tahun tersebut.
Tahun | 2024 | 2025 |
Tempoh Kelayakan | 1 Januari 2024 - 31 Disember 2024 | 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025 |
Tempoh Penyerahan Tuntutan | 1 Januari 2024 - 30 Jun 2025 | 1 Januari 2025 - 30 Jun 2026 |
Peringatan: Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2024 yang diterima selepas 30 Jun 2025 tidak akan diterima dan diproses. |
Nota:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori bujang yang berumur antara 21 hingga 65 tahun adalah layak untuk menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh skim mySalam.
ii. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda adalah bujang tetapi masih belum membuat permohonan bagi Sumbangan Tunai Rahmah, kami menggalakkan anda untuk mendaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat, untuk menikmati manfaat yang ditawarkan oleh skim mySalam.
Tuntutan Penyakit Kritikal |
|
|
Tuntutan Hospitalisasi |
*Semua lampiran yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG. |
|
Nota: Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan tuntutan penyakit kritikal adalah sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima lampiran tuntutan yang lengkap. Sekiranya lampiran atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa yang lebih lama atau sehingga lampiran yang diperlukan telah lengkap.
Encik Abu telah mengemas kini nombor akaun pasangannya, Puan Murni, semasa membuat tuntutan kepada mySalam. Tuntutan mySalam Encik Abu yang telah diluluskan tidak akan dibayar ke akaun Puan Murni. Pembayaran hanya boleh dibayar ke akaun Encik Abu sahaja. |
Penyakit Kritikal
Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal. |
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
Hospitalisasi
Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web my Salam untuk maksimum 14 hari setahun.
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini |
Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025
Tarikh Kematian | Fasa Kelulusan | Tarikh Tuntutan |
01 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 | Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1 | Bermula 03 Febuari 2025 |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 2 | Bermula 03 April 2025 | |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 3 | Bermula 12 Ogos 2025 | |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 4 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Syarat Kelayakan:
i. SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus LULUS kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu
iii. Bapa
iv. Adik-Beradik
v. Cucu
iv. Anak (Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat)
Bil. | Kategori | Individu Meninggal Dunia | Kelulusan STR 2025 | Tarikh Kematian | Kelayakan SKK |
1. | Kahwin (bukan warga emas) | Pemohon | Lulus Permohonan STR 2025 | 01 Januari 2025 hingga 31 December 2025 | Layak |
Pasangan (warganegara) | |||||
2. | Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (bukan warga emas) yang mempunyai anak | Pemohon | |||
3. | Warga Emas Isi Rumah / Bujang / Tiada Pasangan | Pemohon | |||
Pasangan (warganegara) |
Dokumen yang perlu dibawa (oleh waris yang didaftarkan) semasa tuntutan SKK di BSN adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / pasangan;
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
Tempoh masa Surat Pengesahan:
a. Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
b. Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Faedah | Perkara |
---|---|
Insentif Khas | Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa* |
Pelepasan Cukai | Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN |
Dividen Tahunan | Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan |
Bantuan Kematian | Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP |
*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Akaun Persaraan | Bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun |
Akaun Emas | Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun |
i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP; ii. Warganegara Malaysia; iii. Belum mencapai umur 60 tahun; dan iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig |
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Bagi Tahun Semasa | Amaun Tahunan Insentif Khas |
Ahmad | RM1,000 | Rm200 |
Baba | RM2,500 | RM500 |
Kevin | RM5,000 | RM500 |
Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
2024 | RM500 |
2025 | RM500 |
Cara mendaftar i-Saraan:
i. Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
KWSP i-Akaun* |
|
Laman Web KWSP |
|
Self Service Terminal (SST)* |
|
Pejabat KWSP |
|
Aplikasi Mudah Alih |
|
Perbankan Internet |
|
Ejen Bank Berdaftar |
|
Kaunter Ejen Bank |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2).
|
Pejabat KWSP |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2).
|
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) |
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan |
Self-Service Terminal (SST) |
|
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid
Bantuan Awal Persekolahan akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:
13 Januari 2025 (Sesi Persekolahan 2024 / 2025) | Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 |
16 Februari 2025 (Sesi 2025 / 2026) | Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 |
1 Julai 2025 | Murid Tingkatan 6 baharu |
i. Sekolah Kerajaan (SK) ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK) iii. Sekolah swasta iv. Sekolah agama v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) vi. Sekolah integriti (SI) vii. Sekolah Henry Gurney (SHG) viii. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ix. Maktab Tentera Diraja (MTD) |
BAP disalurkan oleh KPM secara berperingkat seperti yang berikut:
Sekolah | Penyaluran |
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK Sekolah |
Kolej PERMATA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian PERMATA |
SABK yang tiada akaun KWK | Mulai bulan Januari tahun semasa ke BPI |
Sekolah Agama dan Sekolah Swasta | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun sekolah / pemegang amanah (trustee) / syarikat bagi sekolah |
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK sekolah |
Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian Kewangan, KDN |
Maktab Rendah Sains MARA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke MARA tertakluk kepada pengesahan Kementerian Kewangan |
Maktab Tentera Diraja | Mulai bulan Januari tahun semasa ke UGAT |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau rujuk kepada pengumuman rasmi berkenaan agihan Bantuan Awal Persekolahan 2025 atau rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2024: Bantuan Awal Persekolahan
Syarat kelayakan:
|
Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:
i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau
ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).