Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025
Kontrak NEM adalah untuk tempoh sepuluh (10) tahun bermula dari Tarikh Mula NEM (NEM Commencement Date - NEMCD) dan akan tamat pada hari terakhir bulan tersebut pada ulang tahun ke-10 bagi pengguna NEM 3.0.
i. Contoh: Jika NEMCD anda adalah pada 15 Mac 2023, kontrak NEM pelanggan akan tamat pada 31 Mac 2033.
Nota: Selepas tempoh sepuluh (10) tahun, pemasangan sistem solar PV hanya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri (self-consumption) di premis di mana sistem solar tersebut dipasang. Sebarang lebihan tenaga yang dibekalkan ke grid TNB tidak lagi layak menerima kredit NEM.
NEM 1.0 | Setiap 1 unit tenaga elektrik yang dieksport akan didarab dengan kadar tetap sama ada RM0.31 atau RM0.238, bergantung kepada paras voltan. |
NEM 2.0 / NEM 3.0 Rakyat / NEM 3.0 GoMEn | Setiap 1 unit eksport akan mengimbangi 1 unit import (1-to-1 offset) dalam bil anda. |
NEM 3.0 NOVA | Setiap 1 unit eksport akan didarab dengan Purata Harga Marginal Sistem (Average System Marginal Price, SMP). |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Pengguna Domestik | Sehingga 150MW |
Agensi Kerajaan | Sehingga 100MW |
Cara memohon:
i. Pelanggan perlu melantik melantik Penyedia Perkhidmatan Fotovoltaik Berdaftar (RPVSP).
ii. RPVSP akan membantu anda dalam keseluruhan proses permohonan dari awal hingga akhir. RPVSP yang berdekatan boleh disemak melalui laman rasmi SEDA.
iii. Rujuk gambar rajah di bawah sebagai panduan permohonan:
Kos pemasangan sistem solar dan penjimatan yang diperoleh daripada penggunaan tenaga solar bergantung kepada saiz sistem solar yang dipasang. Pelanggan boleh menggunakan bil bulanan TNB untuk membuat anggaran. Sila rujuk laman rasmi SEDA untuk membuat anggaran.
Selain pembelian secara terus, pelanggan juga boleh menandatangani perjanjian dengan Pelabur Fotovoltaik Berdaftar (RPVI) untuk membiayai pemasangan sistem solar PV anda. Sila rujuk laman rasmi SEDA
Nota: Anda hanya boleh menghidupkan sistem solar PV selepas menerima Surat Aluan NEM daripada TNB. Jika dihidupkan lebih awal, lebihan tenaga yang dibekalkan kepada TNB sebelum Tarikh Mula NEM (NEMCD) seperti dinyatakan dalam Surat Aluan NEM tidak akan diberi kredit NEM.
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibel
Skim ini menyasarkan golongan seperti:
i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gaji |
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tujuan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Jenis Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan Pembiayaan |
|
Kadar Faedah / Keuntungan |
|
Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad atau rujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. ii. Pinjaman bersama dan dua generasi dibenarkan iii. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan dan untuk didiami iv. Pendapatan bulanan pemohon utama tidak melebihi RM11,000 v. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan vi. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini vii. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan |
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Untuk semakan kelayakan, sila rujuk laman rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli / resit bayaran tempatan
Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti berikut:
|
Dokumen Sokongan Lain:
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon ii. Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada) iii. Lesen Perniagaan atau Kad Pendaftaran Nelayan atau permit teksi (mana yang berkenaan) iv. Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank |
Nota: Sila memohon pembiayaan perumahan di bawah skim perumahan ini dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Sila hubungi institusi-institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) seperti yang disenaraikan di laman web rasmi SJKP, antaranya:
i. Agrobank ii. Alliance Bank iii. Ambank Islamic iv. Bank Islam v. Bank Mualamat vi. Bank Rakyat vii. Bank Simpanan Nasional viii. Hong Leong Bank ix. Maybank x. MBSB Bank xi. RHB Bank |
Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025
Kad 30 Hari |
|
Kad Konsensi |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Kad 30 Hari
Penjelasan: Dengan bayaran hanya RM50, anda boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY tanpa had selama 30 hari dari tarikh aktif pas anda. |
|
Kad Konsensi
Penjelasan: Kad Konsesi ini membolehkan anda menikmati perjalanan percuma tanpa had dengan perkhidmatan BAS.MY |
|
RM0.94 |
|
RM0.094 |
|
PERCUMA |
|
Separuh Harga |
|
Kad 30 Hari |
|
Kad Konsensi |
|
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
i. IKM Jasin, Melaka:
ii. IKM Besut, Terengganu:
iii. IKM Lumut, Perak:
|
i. KKTM Ledang, Johor:
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA
Syarat Kelayakan:
i. Berumur 17 hingga 45 tahun
ii. Berminat dalam bidang teknikal
iii. Sihat tubuh badan
iv. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk (Syarat tambahan)
Nota: Keutamaan diberikan kepada pelajar pusat tahfiz yang tiada kelayakan SPM
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Kadar bayaran bagi Bantuan Am (BA) adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan; ii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; iii. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; dan iv. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon. v. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
|
Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025
Perlindungan LINDUNG KENDIRI telah diperluaskan kepada 20 sektor informal berikut:
i. *Pengangkutan Barangan atau Makanan ii. *Pengangkutan Penumpang iii. *Penjaja iv. Pertenakan v. Perhutanan vi. Perikanan vii. Pembuatan viii. Pembinaan ix. Makanan x. Perniagaan Online xi. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan xii. Teknologi Maklumat xiii. Pemprosesan Data xiv. Perkhidmatan Professional xv. Perkhidmatan Sokongan xvi. Kesenian xvii. Ejen xviii. Perkhidmatan Isi Rumah xix. Premis Perkhidmatan |
Nota: *Sektor yang dimandatorikan
i. Kegagalan Orang Bekerja Sendiri (OBS) berdaftar dan mencarum di bawah sektor yang telah dimandatorikan, melakukan kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Faedah Perubatan |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Sementara |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Kekal |
| |||||||||||||||
Faedah Orang Tanggungan |
| |||||||||||||||
Elaun Layanan Sentiasa |
| |||||||||||||||
Faedah Pengurusan Mayat |
| |||||||||||||||
Kemudahan Pemulihan Jasmani / vokasional |
| |||||||||||||||
Faedah Pinjaman Pendidikan |
|
Pelan | Pendapatan Bulanan Pilihan Pilihan Yang Diinsuranskan | Bayaran Caruman Bulanan | Bayaran Caruman Setahun |
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau rujuk Risalah Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI)
i. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap tanpa mengira had umur; dan ii. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah |
i. Salinan kad pengenalan. ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih. |
Nota: Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar serta diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Terdapat tiga (3) model pelaksanaan PJRM, antaranya:
Model Pelaksanaan Di Dalam Premis |
|
Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis |
|
Model Pelaksanaan Secara Bergerak |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Kumpulan sasar PAWE merangkumi dua kategori iaitu:
i. Secara langsung: warga emas yang sihat dan mampu berdikari; serta
ii. Secara tidak langsung: ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan.
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Warga Emas berumur 60 tahun dan ke atas dan boleh menguruskan diri
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025, bertujuan membantu golongan warga emas miskin tegar yang memenuhi kriteria kelayakan. Bantuan ini diberikan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
Kadar bayaran bagi Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 60 tahun dan ke atas;
iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
v. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
vi. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota: Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran
i. Salinan MyKad pemohon, ii. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama, iii. Surat Penyata pendapatan daripada majikan; atau iv. Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau v. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); atau vi. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat); vii. Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan viii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu) |
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Borang Permohonan JKM 18
ii. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
v. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan / Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian); dan
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota:
i. Pendapatan merujuk kepada pendapatan dari hasil sewaan, pencen, zakat, sumbangan keluarga, PERKESO, sumbangan dan lain-lain sumber.
ii. Umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
iii. Bagi penerima BTB sedia ada yang berumur 60 tahun dan ke atas (kes yang didaftarkan tahun 2024 dan sebelumnya), DIKECUALIKAN mematuhi syarat umur yang ditetapkan dalam garis panduan ini.