Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025

  • Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah. 
  • Bermula 1 September 2025, baucar bernilai RM30 akan diberikan kepada 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. 
  • Baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.
  • Produk-produk Perlindungan Tenang menyediakan perlindungan asas insurans atau takaful. Ia adalah jaringan keselamatan untuk anda dan orang tersayang mendapat perlindungan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran atau kejadian yang tidak diingini.
  • Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ini berkuatkuasa pada 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga semua baucar telah ditebus, mana-mana yang terdahulu. Baucar RM30 akan terbatal secara automatik jika anda tidak menggunakannya dalam tempoh program baucar (1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025).
  • Senarai produk serta syarikat insurans dan pengendali takaful yang mengambil bahagian dalam program ini boleh didapati di  laman rasmi MyCoverage

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MyCoverage atau laman rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program 2 Years Empowerment (2YEP)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Program 2 Years Empowerment (2YEP) adalah inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, seperti individu atau keluarga miskin, OKU (Orang Kurang Upaya), ibu tunggal, dan golongan berisiko lain. 

 

  • Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan, kemahiran, dan pembangunan diri dalam tempoh dua tahun untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Khas Kewangan - Penjawat Awam
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam kerajaan. 

 

  • RM500 diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak.

 

  • Pembayaran BKK dijadualkan pada 25 Februari 2025

 

  • Bantuan ini akan disalurkan bersama dengan pembayaran gaji bulan Februari. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya (OKU) untuk terus bekerja, serta membantu mereka hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. 
  • Kadar bayaran bagi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sebanyak RM450 sebulan kepada setiap penerima yang layak

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysian Short-Term Employment Programme (MySTEP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi pemanfaatan platform Portal Pekerjaan Nasional Malaysia (MYFutureJobs) diperluaskan bagi golongan sasar termasuk OKU dan warga emas dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 

 

  • Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

 

  • Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut: 

    i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan 

    ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.

     

  • Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dan tempoh itu hendaklah tidak melebihi 31 Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Seniors Back In Action (SEBA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Program Latihan MADANI (PLM) dilaksanakan oleh HRD Corp sebagai usaha mendemokrasikan akses kepada pembelajaran dan pembangunan kemahiran untuk komuniti memerlukan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME). 
  • Di bawah PLM, inisiatif Seniors Back In Action (SEBA) diwujudkan bagi memperkasakan warga emas dan pesara melalui peluang peningkatan kemahiran (upskilling) dan penyesuaian kemahiran (reskilling).
  • Objektif utama SEBA:

i. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga emas untuk mendapatkan peluang pekerjaan produktif. 

ii. Membekalkan warga emas dan pesara dengan kemahiran untuk memanfaatkan pengalaman mereka dalam menjana pendapatan.

iii. Mengurangkan beban kewangan warga emas dan pesara melalui inisiatif sosial yang menggalakkan pekerjaan serta penjanaan pendapatan. 

iv. Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menerima warga emas / pesara kembali ke alam pekerjaan

  • Tempoh Kursus:
Tempoh kursusMinimum: 3 hari (24 jam)
Maksimum 3 bulan

Nota: Semua kursus mesti dimulakan dan disiapkan dalam 6 bulan daripada tarikh Surat Lantikan (LOA)

 

  • Kaedah latihan:

i. Bersemuka (classroom) 

ii. Latihan Dalam Talian Jarak Jauh (Remote Online Training / ROT) 

  • Bilangan peserta: 
Kursus teknikal
  • 1 Jurulatih untuk 25 Peserta
  • 2 Jurulatih untuk 50 Peserta
Kursus bukan teknikal
  • 1 Jurulatih untuk 30 Peserta
  • 2 Jurulatih untuk 60 Peserta
  • Yuran kursus: 
Kursus tanpa pensijilan (Sijil Kehadiran TP)
  • RM5,000 seorang peserta
Kursus pensijilan profesional (institusi diiktiraf)
  • RM5,000 seorang peserta (dengan justifikasi harga)

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Human Resource Development Corporation (HRDCorp) atau rujuk Garis Panduan Seniors Back In Action

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • ​Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal. 
  • Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan.
  • Tempoh permohonan bermula dari 27 Februari 2025 hingga 16 Jun 2025.
  • Program pembangunan kepimpinan wanita yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan bidang keutamaan berikut: 
    • Kepimpinan 
    • Politik 
    • Ekonomi 
    • Sosial 
    • Teknologi 
    • Perundangan 
    • Keselamatan 
    • Kesejahteraan 
    • Pendidikan 
    • Kesihatan

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi iWANITA 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perubatan MADANI
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 29/08/2025

  • Skim Perubatan MADANI adalah inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada golongan B40, khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 
  • Skim ini dilaksanakan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. sebagai usaha untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan primer akut seperti rawatan demam, selsema, sakit kepala, cirit-birit, terseliuh, dan trauma ringan di klinik perubatan swasta yang berdaftar
  • Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini: 

    i. Imunisasi / Vaksin Rutin 

    ii. Saringan Kesihatan 

    iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) 

    iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala) 

    v. Perancangan Keluarga Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja) 

    vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor 

    viii. Permintaan Suplementasi

  • Had manfaat:

Kategori

Jumlah Kelayakan

Isi Rumah Berkeluarga

RM250

Warga Emas (tanpa pasangan)

RM125

Bujang 

RM75

Nota: Had manfaat ini akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2023. Setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan atau individu bujang boleh menerima rawatan lengkap mengikut had setiap lawatan sehingga menggunakan sepenuhnya jumlah kumulatif seperti yang dinyatakan. Had peruntukan manfaat ini mungkin boleh berubah pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada polisi atau program Kerajaan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.

 

  • Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut: 

    Jenis Rawatan 

    Had (RM) 

    • Jumlah had konsultasi & ubat-ubatan; atau 
    • Had konsultasi  
    • RM70

    • RM35

    • Had ujian 
    • RM50

    • Had prosedur rawatan
    • RM50

    Had maksimum setiap lawatan yang dibayar oleh Kerajaan
    • RM170

Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ProtectHealth dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan membantu 15,000 golongan kurang berkemampuan, terutamanya pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan belia B40, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) secara percuma. 
  • Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen. 
Matlamat program
  • Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan
  • Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya
  • Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • ​Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah inisiatif yang menawarkan rebat sebanyak RM2,400 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik jenis CKD (Completely Knocked Down) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Motosikal CKD merujuk kepada model yang dipasang sepenuhnya di Malaysia.

 

  • Permohonan MARiiCas bagi tahun 2025 dibuka mulai 17 Januari 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARiiCas

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda