Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibel
Skim ini menyasarkan golongan seperti:
i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gaji |
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tujuan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Jenis Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan Pembiayaan |
|
Kadar Faedah / Keuntungan |
|
Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. ii. Pinjaman bersama dan dua generasi dibenarkan iii. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan dan untuk didiami iv. Pendapatan bulanan pemohon utama tidak melebihi RM11,000 v. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan vi. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini vii. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan |
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Sila klik di sini untuk menyemak kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli / resit bayaran tempatan
Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti berikut:
|
Dokumen Sokongan Lain:
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon ii. Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada) iii. Lesen Perniagaan atau Kad Pendaftaran Nelayan atau permit teksi (mana yang berkenaan) iv. Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank |
Nota: Sila memohon pembiayaan perumahan di bawah skim perumahan ini dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Sila hubungi institusi-institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) seperti yang disenaraikan di laman web rasmi SJKP, antaranya:
i. Agrobank ii. Alliance Bank iii. Ambank Islamic iv. Bank Islam v. Bank Mualamat vi. Bank Rakyat vii. Bank Simpanan Nasional viii. Hong Leong Bank ix. Maybank x. MBSB Bank xi. RHB Bank |
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
i. Faedah tunai kepada orang berinsurans dan tanggungan, ii. Rawatan perubatan, iii. Pemulihan jasmani, serta iv. Latihan vokasional bagi yang layak. |
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:
i. Pengangkutan Barangan dan Makanan ii. Pertanian iii. Penternakan iv. Perhutanan v. Perikanan vi. Makanan vii. Pembuatan viii. Pembinaan ix. Penjaja x. Premis Penginapan xi. Perniagaan Online xii. Teknologi Maklumat xiii. Pemprosesan Data xiv. Ejen xv. Perkhidmatan Professional xvi. Perkhidmatan Sokongan xvii. Kesenian xviii. Perkhidmatan Isi Rumah xix. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan |
Faedah Perubatan |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Sementara |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Kekal |
| |||||||||||||||
Faedah Orang Tanggungan |
| |||||||||||||||
Elaun Layanan Sentiasa |
| |||||||||||||||
Faedah Pengurusan Mayat |
| |||||||||||||||
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional |
| |||||||||||||||
Faedah Pendidikan |
|
Bil. | Pendapatan Bulanan | Bayaran Caruman Bulanan | Bayaran Caruman Setahun |
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi KPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
i. Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur. ii. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah. |
i. Salinan kad pengenalan ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih. |
i. Salinan kad pengenalan; ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih |
i. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Portal MATRIX ii. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Aplikasi PERKESO Prihatin iii. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Ejen PERKESO yang sah iv. Bayaran secara tunai di semua Pejabat PERKESO |
Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
|
|
|
|
|
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2024: Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)
|
i. Murid yang memenuhi kriteria kelayakan untuk memohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Bantuan (Borang PB-1, PB-2, dan PB-3) yang boleh diperolehi daripada Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.
Nota: Melalui penggunaan borang ini, murid hanya perlu mengisi satu borang sahaja pada setiap tahun bagi permohonan beberapa bantuan persekolahan khusus dan hanya perlu melampirkan satu borang pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga
ii. Borang tersebut berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Guru Biasiswa di sekolah dalam tempoh yang dimaklumkan oleh pihak sekolah.
Nota: Contoh Borang PB-1, PB-2 dan PB-3 boleh dilihat di Senarai Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C |
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
i. Saringan Kesihatan PERCUMA ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori) iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000 iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii) |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ProtectHealth dengan klik di sini
i. Tiada permohonan diperlukan. ii. Kelayakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas |
|
Sila klik di sini untuk melihat senarai klinik di bawah skim ini yang disenaraikan di laman rasmi PekaB40
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
|
|
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup.
Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Berumur 60 tahun dan ke atas; iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau iv. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan v. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma. vi. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran
|