Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

  • Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan. 

  • Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja. 

  • Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) merupakan bantuan tunai yang disediakan khusus bagi golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka melalui bayaran elaun bulanan sebanyak RM250.00 secara berterusan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.

i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Latihan Kemahiran kepada Pekerja Gig dalam Perkhidmatan p-hailing & e-hailing
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Latihan kemahiran kepada pekerja gig (perkhidmatan p-hailing & e-hailing) untuk meningkatkan kebolehan serta memberi kestabilan kerjaya yang lebih terjamin 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penukaran Topi Keledar Percuma
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Inisiatif ini adalah bagi menggalakkan orang ramai menukar topi keledar sekali gus memberikan pendedahan kepada penunggang motosikal terhadap kepentingan keselamatan diri di jalan raya. Ini kerana, topi keledar mempunyai had tempoh selama 10 tahun dan penunggang perlu memastikan topi keledar yang dipakai dalam keadaan baik.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
FLYsiswa
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Inisiatif FLYsiswa menyediakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta pelajar Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
  • Subsidi ini meliputi laluan penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kesejahteraan Penjawat Awam - Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara seperti pewujudan bayaran bagi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi, kes kematian bencana kerja, kadar elaun layanan sentiasa, pewujudan bayaran hilang upaya sementara dan peluasan skop liputan.

 

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:

    i. Bayaran one-off sehingga RM50,000 kepada anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi​

    ii. Waris pegawai yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran tambahan one-off sebanyak RM20,000

    iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200%, daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan, kepada pegawai yang memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat Hilang Upaya Kekal 100%​

    iv. Pegawai yang mendapat Cuti Sakit Lanjutan (CSL) akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran RM25/hari.

    v. Skim ini kini meliputi perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri janji temu kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan dalam waktu bekerja​

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 01/08/2025

  • SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).
  • Kumpulan sasaran:
SPS Jaja 4.0
  • Sektor Penjaja, 
  • Sektor Penjagaan dan Perawatan, 
  • Sektor Makanan, 
  • Sektor Pembuatan, 
  • Sektor Pengumpulan Barang.
SPS Agro 3.0
  • Sektor Pertanian, 
  • Sektor Penternakan, 
  • Sektor Perhutanan, 
  • Sektor Perladangan.
  • Sektor Akuakultur, 
  • Perikanan Darat dan Laut.
SPS Lain Upaya 4.0
  • Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektor
SPS Asal 4.0
  • Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Seni 4.0
  • Semua kelas di bawah: 
    • Sektor Kesenian, 
    • Kebudayaan, 
    • Kreatif, 
    • Karangkraf, 
    • Silat, Budaya Warisan, 
    • Seni Ukir, 
    • Jurusolek; dan 
    • Artifak.
SPS Gig 5.0
  • Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
SPS Usahawanita 4.0
  • Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Sukan 3.0
  • Semua sukan termasuk:
    • Sukan tradisional, 
    • e-sukan, 
    • jurulatih, 
    • ahli sukan bertaraf profesional, 
    • pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau 
    • silat olahraga.
SPS Didik 3.0
  • Sektor pendidikan seperti: 
    • pendidik, 
    • pelajar latihan industri, 
    • pengajar, 
    • tutor, 
    • pengajar agama, 
    • kaunselor; dan 
    • pakar motivasi.
SPS Servis 3.0
  • Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, 
  • Sektor Perkhidmatan Profesional, 
  • Premis Penginapan, 
  • Pemprosesan Data, 
  • Malim Gunung, 
  • Pemandu Pelancong, 
  • Segala Sukarelawan, 
  • Pegawai Keselamatan, 
  • Teknologi Maklumat, 
  • Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SPS Lancong 1.0
  • Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.
SPS Pemimpin Masyarakat 1.0
  • Datuk Batin, 
  • Pemimpin Masyarakat, 
  • Ketua Rumah Panjang; atau 
  • Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0
  • Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(70 peratus)

Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM162.80

RM70.00

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda