Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia; ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan; iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM; iv. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber); ATAU vi. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
|
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut:
i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan
ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs
Sektor Awam | GLC, GLIC dan Rakan Strategik |
Warganegara Malaysia | |
18 Tahun ke atas | |
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing |
Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Upah (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 |
Bil. | Jenis Kemudahan | Perincian |
1. | Cuti Rehat |
|
2. | Cuti Sakit |
|
3. | Perlindungan Sosial |
|
Elaun / Bayaran / Kemudahan | Lantikan setara Kelayakan akademik | Kadar Elaun | |||
Elaun makan |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
RM45 | RM65 | ||||
Diploma / STPM | RM40 | RM55 | |||
SPM | RM40 | RM55 | |||
Tiada SPM | RM35 | RM50 | |||
Elaun Harian | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Separuh daripada kelayakan Elaun Makan | |||
Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
Hotel | Lojing | Hotel | Lojing | ||
RM220 | RM60 | RM250 | RM70 | ||
Diploma / STPM | RM200 | RM50 | RM230 | RM60 | |
SPM | RM180 | RM50 | RM210 | RM60 | |
Tiada SPM | RM160 | RM50 | RM190 | RM60 | |
Elaun Perjalanan Kenderaan | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Pengangkutan Awam | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Personel MySTEP layak untuk menggunakan kemudahan perjalanan udara rasmi bagi perjalanan dalam negara (domestik) seperti mana ketetapan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.5 Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi. |
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Seniors Back In Action (SEBA) adalah satu inisiatif di bawah Program Latihan MADANI (PLM) yang dikendalikan oleh HRD Corp bertujuan untuk memberikan peluang upskilling dan reskilling kepada warga emas dan pesara supaya mereka boleh:
i. Meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor yang berbeza atau dalam kapasiti baru.
ii. Menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran mereka.
iii. Mengurangkan beban kewangan warga emas dan pesara melalui peluang kerja dan inisiatif sosial.
iv. Meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih menerima warga emas kembali ke dunia pekerjaan.
Tempoh latihan:
i. Minimum: 3 hari (24 jam, 8 jam sehari)
ii. Maksimum: 3 bulan Mesti dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat pelantikan.
Syarat kelayakan:
i. Warga emas Malaysia atau pesara berumur 60 tahun ke atas
Sebagai Peserta:
i. Layari portal Upskill Malaysia
ii. Cari dan pilih kursus di bawah inisiatif SEBA yang sesuai dengan minat dan keperluan anda.
iii. Ikuti arahan pendaftaran yang disediakan di portal tersebut.
Sebagai Penyedia Laihan:
i. Layari laman web rasmi HRD Corp.
ii. Klik pada pautan "Submit Your Proposal" untuk dihantar ke portal Upskill Malaysia.
iii. Log masuk menggunakan akaun e-TRiS anda dan ikuti arahan untuk menghantar cadangan kursus.
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi iWANITA
Syarat Kelayakan:
i. PELAKSANA: Permohonan boleh dikemukakan oleh Pelaksana secara individu ataupun melalui organisasi. Kriteria pemohon individu adalah sama dengan kriteria tokoh wanita manakala kriteria bagi organisasi adalah seperti berikut:
Cara memohon:
Nota:
i. *Maklumat dalam resume: Gambar, maklumat peribadi, akademik, pengalaman kerjaya, kepakaran, pencapaian, sumbangan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
ii. **Penyata akaun bank adalah bagi tujuan penyaluran peruntukan. Digalakkan untuk menggunakan akaun bank yang berasingan bagi memudahkan proses pelaporan dan audit.
Peringatan: Bagi permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati daripada urus setia. Senarai keperluan dokumen adalah sama seperti senarai di atas.
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:
i. Demam dan Selsema
ii. Cirit Birit dan Muntah
iii. Terseliuh
iv. Sakit Kepala
v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
i. Imunisasi / Vaksin
ii. Rutin Saringan Kesihatan
iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
v. Perancangan Keluarga
vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
viii. Permintaan Suplementasi
Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
Jenis Rawatan | Had (RM) |
|
|
|
|
|
|
Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan |
|
Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.
Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
ii. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK
iii. Mereka yang layak WAJIB membuat pengistiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain
Nota: Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta semasa lawatan untuk mendapatkan rawatan, atau Mesej / SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan dijalankan.
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
i. Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan ii. Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya iii. Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia ii. Berumur antara 16 hingga 35 tahun iii. Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia iii. Tebuka kepada golongan B40 dan tanggungan iv. Sihat fizikal dan mental v. Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan v. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM |
i. Pendengaran; ii. Pertuturan; atau iii. Pembelajaran. |
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARiiCas
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
ii. Pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).
Cara Memohon:
i. Layari laman web rasmi MARiiCas
ii. Daftar sebagai pengguna baharu dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
iii. Muat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan dokumen berkaitan pendapatan.
iv. Bayar yuran perkhidmatan dan pengesahan identiti sebanyak RM10.
v. Selepas permohonan diluluskan, anda akan menerima kod QR yang sah untuk 30 hari.
vi. Bawa kod QR tersebut ke pengedar motosikal elektrik berdaftar untuk menebus rebat semasa pembelian atau langganan.
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SEDA
Program ini dibuka kepada beberapa kategori pengguna:
i. NEM Rakyat:
ii. NEM GoMEn:
iii. NEM Nova:
Cara memohon:
i. Pelanggan perlu melantik Registered Photovoltaic Service Provider (RPVSP) untuk memasang sistem solar PV dan pihak RPVSP yang akan menguruskan permohonan NEM bagi pihak pelanggan melalui SEDA
ii. Senarai penyedia perkhidmatan boleh didapati laman rasmi SEDA MAlaysia
iii. RPVSP akan memasang sistem solar PV setelah permohonan diluluskan.
iv. Setelah pemasangan selesai, pelanggan akan menandatangani Kontrak NEM dengan TNB.
v. Penggantian meter TNB akan dilakukan untuk menyokong sambungan ke grid (Jika perlu)
vi. Pelanggan akan menerima e-mel pengesahan daripada TNB mengenai penyertaan mereka dalam program NEM.
vii. Setelah sistem diaktifkan, pelanggan boleh mula menikmati penjimatan bil melalui tenaga yang dijana sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim