Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat komuniti yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan khusus untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan ini melalui pendekatan pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental). 
  • PAWE diwujudkan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tujuan utama penubuhan PAWE adalah untuk memberi ruang kepada warga emas agar mereka dapat berinteraksi, menjalani aktiviti yang bermanfaat, dan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang. 
  • Antara program yang ditawarkan termasuk aktiviti fizikal, seni, kraf tangan, serta sesi sosial yang membantu menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. 
  • PAWE juga berperanan penting dalam memastikan warga emas tidak merasa kesepian dan terus menikmati kehidupan yang bermakna.
  • Kumpulan sasar PAWE merangkumi dua kategori iaitu:

    i. Secara langsung: warga emas yang sihat dan mampu berdikari; serta

    ii. Secara tidak langsung: ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan.

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025, bertujuan membantu golongan warga emas miskin tegar yang memenuhi kriteria kelayakan. Bantuan ini diberikan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan mencapai kesejahteraan dalam komuniti.

  • Kadar bayaran bagi Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap penerima yang layak

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025, khusus untuk membantu klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan. 

  • BLP memberi peluang kepada golongan ini untuk mengikuti latihan kemahiran, menjalani latihan sambil bekerja di agensi atau syarikat, atau menyertai latihan praktikal (internship) di JKM. Inisiatif ini bertujuan untuk membekalkan mereka dengan kemahiran yang relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran serta peluang mendapat pekerjaan dalam pasaran kerja.

  • Kadar bayaran bagi Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebanyak RM200 sebulan kepada setiap penerima yang layak

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) merupakan bantuan tunai yang disediakan khusus bagi golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka melalui bayaran elaun bulanan sebanyak RM250.00 secara berterusan.
  • Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:

    i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum); 

    ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; 

    iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; 

    iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; 

    v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); 

    vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan 

    vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh PRASARANA.

    i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

    ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

    iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Latihan Kemahiran kepada Pekerja Gig dalam Perkhidmatan p-hailing & e-hailing
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Latihan kemahiran kepada pekerja gig (perkhidmatan p-hailing & e-hailing) untuk meningkatkan kebolehan serta memberi kestabilan kerjaya yang lebih terjamin 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penukaran Topi Keledar Percuma
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Inisiatif ini adalah bagi menggalakkan orang ramai menukar topi keledar sekali gus memberikan pendedahan kepada penunggang motosikal terhadap kepentingan keselamatan diri di jalan raya. Ini kerana, topi keledar mempunyai had tempoh selama 10 tahun dan penunggang perlu memastikan topi keledar yang dipakai dalam keadaan baik.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rebat Bil Elektrik RM40
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Program ini dilaksanakan untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. 
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).
  • Kumpulan sasaran:
SPS Jaja 4.0
  • Sektor Penjaja, 
  • Sektor Penjagaan dan Perawatan, 
  • Sektor Makanan, 
  • Sektor Pembuatan, 
  • Sektor Pengumpulan Barang.
SPS Agro 3.0
  • Sektor Pertanian, 
  • Sektor Penternakan, 
  • Sektor Perhutanan, 
  • Sektor Perladangan.
  • Sektor Akuakultur, 
  • Perikanan Darat dan Laut.
SPS Lain Upaya 4.0
  • Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektor
SPS Asal 4.0
  • Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Seni 4.0
  • Semua kelas di bawah: 
    • Sektor Kesenian, 
    • Kebudayaan, 
    • Kreatif, 
    • Karangkraf, 
    • Silat, Budaya Warisan, 
    • Seni Ukir, 
    • Jurusolek; dan 
    • Artifak.
SPS Gig 5.0
  • Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
SPS Usahawanita 4.0
  • Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Sukan 3.0
  • Semua sukan termasuk:
    • Sukan tradisional, 
    • e-sukan, 
    • jurulatih, 
    • ahli sukan bertaraf profesional, 
    • pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau 
    • silat olahraga.
SPS Didik 3.0
  • Sektor pendidikan seperti: 
    • pendidik, 
    • pelajar latihan industri, 
    • pengajar, 
    • tutor, 
    • pengajar agama, 
    • kaunselor; dan 
    • pakar motivasi.
SPS Servis 3.0
  • Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, 
  • Sektor Perkhidmatan Profesional, 
  • Premis Penginapan, 
  • Pemprosesan Data, 
  • Malim Gunung, 
  • Pemandu Pelancong, 
  • Segala Sukarelawan, 
  • Pegawai Keselamatan, 
  • Teknologi Maklumat, 
  • Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SPS Lancong 1.0
  • Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.
SPS Pemimpin Masyarakat 1.0
  • Datuk Batin, 
  • Pemimpin Masyarakat, 
  • Ketua Rumah Panjang; atau 
  • Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0
  • Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(70 peratus)

Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM162.80

RM70.00

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda