Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Bantuan Kanak Kanak (BKK) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (RM)

Umur

RM200

6 tahun dan kebawah

RM150

7 tahun hingga 18 tahun

RM1000

Maksimum untuk keluarga

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 25/10/2024

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif 
  • Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Memperkasa Perkhidmatan Bantuan Guaman
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Melalui Perkhidmatan Bantuan Guaman, rakyat yang kurang berkemampuan berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan guaman pada kadar yang rendah daripada Kerajaan sebagai altenatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta. 
  • Jenis bantuan yang ditawarkan oleh JBG:

    i. Khidmat nasihat dalam semua perkara undang-undang Malaysia

    ii. mewakili anak guam dalam perbicaraan di mahkamah-mahkamah dalam Malaysia yang termasuk dalam bidang kuasanya

    iii. Menjalankan proses penghantaran bagi tujuan menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela

    iv. Memberi khidmat pendamping guaman bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual

  • Jenis kes/tuntutan yang dikendalikan oleh JBG:
Kes Kekeluargaan
  • Tuntutan nafkah
  • Perubahan perintah nafkah 
  • Penguatkuasaan perintah nafkah
  • Tuntutan cerai
  • Hak penjagaan
  • Harta sepencarian/aset perkahwinan
  • Mutaah
  • Ganti rugi pertunangan
  • Hutang perkahwinan
  • Hibah
  • Wasiat
Kes Sivil
  • Penanaman padi
  • Harta pesaka kecil
  • Tuntutan kemalangan jalan raya
  • Pinjaman wang
  • Sewa bali
  • Penyewaan
  • Surat kuasa mentadbir
  • Permohonan anak angkat
  • Tuntutan pengguna
Kes Jenayah
  • Memohon peringatan hukuman bagi mereka yang mengaku salah dalam semua kes jenayah di Mahkamah SIvil
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-kanak 2001
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 366)
Khidmat Pendamping Guaman
  • Khidmat pendamping guaman bagi kanak-kanak yang menjadi jenayah seksual

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/11/2024

  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
  • Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa pada 1 Jun 2017
  • Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut: 

    i. Pengangkutan Barangan dan Makanan 

    ii. Pertanian 

    iii. Penternakan 

    iv. Perhutanan 

    v. Perikanan 

    vi. Makanan 

    vii. Pembuatan 

    viii. Pembinaan 

    ix. Penjaja 

    x. Premis Penginapan 

    xi. Perniagaan Online 

    xii. Teknologi Maklumat

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SPS Padanan Caruman
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • SPS Padanan Caruman adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS).
  • Skim ini membolehkan OBS mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2024.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 dan kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad PERKESO.
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci: 

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan 90%

Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%)

Pelan 2 

(RM232.80) 

RM209.50

RM23.30

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi SPS padanan caruman

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji.

 

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  

Jenis Pembiayaan  

Pinjaman / Pembiayaan bertempoh  

Tempoh Pembiayaan  

Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA /MRTT / LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah/Keuntungan  

Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

 

  • Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga RM500,000.00.

  

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

LTHO: Long Term House owner’s Takaful  

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2024 bagi semua rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had
  • Lembah Klang : Pas My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL, LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
  • Pulau Pinang : Pas Mutiara My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
  • Kuantan : Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Pas Bulanan My50 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Academy In Industry (AiI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Program Academy In Industry (AiI) adalah program Kerajaan yang diterajui oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membuka ruang kepada rakyat tempatan mendapatkan peluang pekerjaan serta memperoleh sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. 
  • Program Ail berkonsepkan Place and Train di mana bakat ditempatkan ke syarikat dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang yang dipilih.
  • Tiada yuran penyertaan.
  • Gaji minimum ialah RM1,500 dan tempoh latihan adalah 9 hingga 18 bulan mengikut tahap SKM yang diambil
  • Persijilan yang ditawarkan oleh Akademi Dalam Industri:
TahapSijil Kemahiran
Tahap 1 hingga 3Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Tahap 4Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Tahap 5Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf oleh Kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Akademi Dalam Industri

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/11/2024

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara 
  • BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri 
  • Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda