Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut:
i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan
ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs
Sektor Awam | GLC, GLIC dan Rakan Strategik |
Warganegara Malaysia | |
18 Tahun ke atas | |
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing |
Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Upah (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 |
Bil. | Jenis Kemudahan | Perincian |
1. | Cuti Rehat |
|
2. | Cuti Sakit |
|
3. | Perlindungan Sosial |
|
Elaun / Bayaran / Kemudahan | Lantikan setara Kelayakan akademik | Kadar Elaun | |||
Elaun makan |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
RM45 | RM65 | ||||
Diploma / STPM | RM40 | RM55 | |||
SPM | RM40 | RM55 | |||
Tiada SPM | RM35 | RM50 | |||
Elaun Harian | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Separuh daripada kelayakan Elaun Makan | |||
Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
Hotel | Lojing | Hotel | Lojing | ||
RM220 | RM60 | RM250 | RM70 | ||
Diploma / STPM | RM200 | RM50 | RM230 | RM60 | |
SPM | RM180 | RM50 | RM210 | RM60 | |
Tiada SPM | RM160 | RM50 | RM190 | RM60 | |
Elaun Perjalanan Kenderaan | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Pengangkutan Awam | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Personel MySTEP layak untuk menggunakan kemudahan perjalanan udara rasmi bagi perjalanan dalam negara (domestik) seperti mana ketetapan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.5 Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi. |
Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi iWANITA
Syarat Kelayakan:
i. PELAKSANA: Permohonan boleh dikemukakan oleh Pelaksana secara individu ataupun melalui organisasi. Kriteria pemohon individu adalah sama dengan kriteria tokoh wanita manakala kriteria bagi organisasi adalah seperti berikut:
Cara memohon:
Nota:
i. *Maklumat dalam resume: Gambar, maklumat peribadi, akademik, pengalaman kerjaya, kepakaran, pencapaian, sumbangan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
ii. **Penyata akaun bank adalah bagi tujuan penyaluran peruntukan. Digalakkan untuk menggunakan akaun bank yang berasingan bagi memudahkan proses pelaporan dan audit.
Peringatan: Bagi permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati daripada urus setia. Senarai keperluan dokumen adalah sama seperti senarai di atas.
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Rawatan Sakit-Sakit Ringan merangkumi:
i. Demam dan Selsema
ii. Cirit Birit dan Muntah
iii. Terseliuh
iv. Sakit Kepala
v. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
i. Imunisasi / Vaksin
ii. Rutin Saringan Kesihatan
iii. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
iv. Rutin Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
v. Perancangan Keluarga
vi. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
vii. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
viii. Permintaan Suplementasi
Had setiap rawatan yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:
Jenis Rawatan | Had (RM) |
|
|
|
|
|
|
Jumlah Had Maksimum Setiap Lawatan |
|
Jadual ini menggambarkan had maksimum yang ditanggung oleh Kerajaan untuk setiap lawatan.
Nota: Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan:
i. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
ii. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK
iii. Mereka yang layak WAJIB membuat pengistiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain
Nota: Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta semasa lawatan untuk mendapatkan rawatan, atau Mesej / SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan dijalankan.
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Matlamat program |
|
---|
i. Warganegara Malaysia ii. Berumur antara 16 hingga 35 tahun iii. Pelajar Sekolah Menengah / Institusi Pengajian atau belia iii. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan iv. Sihat fizikal dan mental v. Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun; dan v. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM |
OKU yang dibenarkan untuk memohon adalah bagi kategori berikut yang tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian kenderaan iaitu:
i. Pendengaran;
ii. Pertuturan; atau
iii. Pembelajaran.
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARiiCas
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
ii. Pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).
Cara Memohon:
i. Layari laman web rasmi MARiiCas
ii. Daftar sebagai pengguna baharu dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
iii. Muat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan dokumen berkaitan pendapatan.
iv. Bayar yuran perkhidmatan dan pengesahan identiti sebanyak RM10.
v. Selepas permohonan diluluskan, anda akan menerima kod QR yang sah untuk 30 hari.
vi. Bawa kod QR tersebut ke pengedar motosikal elektrik berdaftar untuk menebus rebat semasa pembelian atau langganan.
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Belanjawan 2025 melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di bawah Kementerian Kewangan yang memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman perumahan individu berpendapatan tetap atau tidak tetap. Skim ini membolehkan pemohon mendapatkan pembiayaan hingga RM500,000 tanpa deposit, dengan tempoh bayaran semula sehingga 35 tahun dan syarat kelulusan kredit yang fleksibel
Skim ini menyasarkan golongan seperti:
i. Individu yang bekerja sendiri ii. Pekerja gig (seperti pemandu e-hailing dan penghantar makanan) iii. Pekerja kontrak iv. Individu yang mempunyai pendapatan tetap dengan slip gaji |
PERKARA | PENERANGAN |
---|---|
Tujuan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Jenis Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan Pembiayaan |
|
Kadar Faedah / Keuntungan |
|
Nota: *Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner's Takaful
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. ii. Pinjaman bersama dan dua generasi dibenarkan iii. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan dan untuk didiami iv. Pendapatan bulanan pemohon utama tidak melebihi RM11,000 v. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan vi. Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini vii. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan |
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Sila klik di sini untuk menyemak kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli / resit bayaran tempatan
Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti berikut:
|
Dokumen Sokongan Lain:
i. Salinan Kad Pengenalan pemohon ii. Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada) iii. Lesen Perniagaan atau Kad Pendaftaran Nelayan atau permit teksi (mana yang berkenaan) iv. Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jabatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank |
Nota: Sila memohon pembiayaan perumahan di bawah skim perumahan ini dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Sila hubungi institusi-institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) seperti yang disenaraikan di laman web rasmi SJKP, antaranya:
i. Agrobank ii. Alliance Bank iii. Ambank Islamic iv. Bank Islam v. Bank Mualamat vi. Bank Rakyat vii. Bank Simpanan Nasional viii. Hong Leong Bank ix. Maybank x. MBSB Bank xi. RHB Bank |
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Kadar bayaran bagi Bantuan Am (BA) adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan; ii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; iii. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; dan iv. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon. v. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
|
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Perlindungan SKSPS telah diperluaskan kepada 20 sektor informal berikut:
i. *Pengangkutan Barangan atau Makanan ii. *Pengangkutan Penumpang iii. *Penjaja iv. Pertenakan v. Perhutanan vi. Perikanan vii. Pembuatan viii. Pembinaan ix. Makanan x. Perniagaan Online xi. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan xii. Teknologi Maklumat xiii. Pemprosesan Data xiv. Perkhidmatan Professional xv. Perkhidmatan Sokongan xvi. Kesenian xvii. Ejen xviii. Perkhidmatan Isi Rumah xix. Premis Perkhidmatan |
Nota: *Sektor yang dimandatorikan
i. Kegagalan Orang Bekerja Sendiri (OBS) berdaftar dan mencarum di bawah sektor yang telah dimandatorikan, melakukan kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Faedah Perubatan |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Sementara |
| |||||||||||||||
Faedah Hilang Upaya Kekal |
| |||||||||||||||
Faedah Orang Tanggungan |
| |||||||||||||||
Elaun Layanan Sentiasa |
| |||||||||||||||
Faedah Pengurusan Mayat |
| |||||||||||||||
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional |
| |||||||||||||||
Faedah Pendidikan |
|
Pelan | Pendapatan Bulanan Pilihan Pilihan Yang Diinsuranskan | Bayaran Caruman Bulanan | Bayaran Caruman Setahun |
1 | RM1,050 | RM13.10 | RM157.20 |
2 | RM1,550 | RM19.40 | RM232.80 |
3 | RM2,950 | RM36.90 | RM442.80 |
4 | RM3,950 | RM49.40 | RM592.80 |
Faedah | Caruman | |||
Pelan 1 RM13.10 sebulan / RM157.20 Setahun | Pelan 2 RM19.40 sebulan / RM232.80 setahun | Pelan 3 RM36.90 sebulan / RM442.80 setahun | Pelan 3 RM49.40 sebulan / RM592.80 setahun | |
Faedah Hilang Upaya Sementara | RM30 sehari | RM41.33 sehari | RM78.67 sehari | RM105.33 sehari |
Faedah Hilang Upaya Kekal (Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal dan umur OBBS tahun) | Bayaran Pukal: RM32,243.40 | Bayaran Pukal: RM47,579.40 | Bayaran Pukal: RM90,588.60 | Bayaran Pukal: RM121,296.60 |
Faedah Hilang Upaya Kekal (Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal 100% dan umur OBBS 22 tahun) |
|
|
|
|
Faedah Orang Tanggungan (Contoh: OBBS telah berkahwin meninggalkan balu / duda dan anak bawah 21 tahun) | RM945 sebulan | RM1,395 sebulan | RM2,655 sebulan | RM3,555 sebulan |
Faedah Pengurusan Mayat | RM3,000 | RM3,000 | RM3,000 | RM3,000 |
Elaun Layanan Sentiasa | RM500 sebulan | RM500 sebulan | RM500 sebulan | RM500 sebulan |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
i. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap tanpa mengira had umur; dan ii. Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dan mendapat upah. |
i. Salinan kad pengenalan. ii. Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / sijil atau surat pengesahan daripada persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih. |
i. Salinan kad pengenalan; ii. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih |
i. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Web PRIHATIN ii. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Aplikasi PERKESO Prihatin iii. Sila klik di sini untuk membuat pembayaran menggunakan Ejen PERKESO yang sah iv. Bayaran secara tunai dan QRPay di semua Pejabat PERKESO |
Nota: Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar serta diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Terdapat tiga (3) model pelaksanaan PJRM, antaranya:
Model Pelaksanaan Di Dalam Premis |
|
Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis |
|
Model Pelaksanaan Secara Bergerak |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini