Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Kadar bayaran BWE: RM600 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)
Syarat Kelayakan :
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat)
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni / pelatih :
Institusi kendalian JKM
Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Nota : Sumber kewangan seperti pencen / PERKESO / bantuan dan lain-lain.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :
Salinan MyKad pemohon
Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara kad OKU
Surat / memo pengesahan rawatan dari hospital / klinik kesihatan (kerajaan / swasta) / Pegawai JKM menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja
Salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat) atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025 bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah: RM200 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Syarat Kelayakan :
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
Kes-kes seliaan akhlak
Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat: atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Surat tawaran latihan
Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (RM) | Umur |
---|---|
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
RM1000 | Maksimum untuk keluarga |
Syarat Kelayakan:
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
i. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Laman Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
Syarat Kelayakan :
Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut :
Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
Borang permohonan :
i. Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat
ii. Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat
Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran.
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup
Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad
ii. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
iii. Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
iv. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta lesen perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
v. Status pengambilan minyak yang aktif
vi. Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat
Kategori permohonan yang layak dipertimbangkan untuk menerima ESHN terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Pemilik vesel perikanan zon A
ii. Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat
iii. Pekerja (awak-awak) atau vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.
Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
Borang permohonan yang lengkap diisi
Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan:
i. Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
ii. Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
iii. Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan
Terakhir dikemas kini pada 18/12/2024
i. Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
ii. SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
iii. Meninggal dunia pada tahun 2024
iv. Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
v. Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2024 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid dan penyaluran bermula pada 11 Januari 2024 untuk (Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 / setaraf sesi persekolahan 2023 / 2024) manakala pada 10 Mac 2024 (Murid Tahun 1 sesi persekolahan 2024 / 2025).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
i. Sekolah kerajaan (SK)
ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
iii. Sekolah agama
iv. Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
v. Kolej PERMATA
vi. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vii. Sekolah Integriti
viii. Sekolah Henry Gurney
ix. Maktab Rendah Sains MARA dan
x. Maktab Tentera Diraja
Nota: Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing
Tiada permohonan diperlukan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar (BPT)
Syarat Kelayakan :
Nota : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai Bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM