Terakhir dikemas kini pada 05/11/2024
Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024
Di tengah-tengah kesibukan kota, Zainab Dali, 53, melihat peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual makanan melalui mesin layan diri. Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan katering, beliau menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi, memilih untuk menyediakan nasi goreng dan spageti sebagai menu jualannya.
Dalam tempoh setahun, kesungguhan Zainab berbaloi apabila perniagaannya kini menjana antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan, membantu beliau menyara keluarga termasuk seorang kakak OKU dan anak buah.
“Saya tak malu mengaku saya golongan B40. Kita kena usaha ubah nasib sendiri, lebih-lebih lagi dengan kos hidup di ibu kota yang tinggi,” kata Zainab.
Setiap hari, Zainab bangun awal untuk menyediakan makanan dan mengisi stok di Stesen MRT Ampang Park. Pada hari kami bertemu, beliau sibuk menambah stok di mesin layan diri selepas jualan pagi laris.
“Sekarang semuanya mudah, tekan, imbas, dapat makanan. Saya buat kajian sebelum mulakan perniagaan ini dan dapati orang bandar suka makanan ringkas dan cepat,” jelasnya.
Zainab menguruskan perniagaan ini sendirian, namun bercadang untuk mengambil pekerja bagi membantu operasi.
“Program IPR bukan sahaja membantu saya, tetapi memberi peluang kepada saya untuk menggaji pekerja dan membantu orang lain,” tambahnya.
Seorang lagi peserta IPR, Normaladiana Mohd Yazal, 37, seorang OKU fizikal, turut meraih pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan dengan menjual sandwic, kek, dan roti sosej di Universiti Malaya (UM).
“Walaupun ada kekangan fizikal, saya tetap bersyukur. Setiap hari saya tukar menu supaya pelanggan tidak bosan. Dengan jualan harian sekitar RM70 hingga RM80, ia sudah cukup baik bagi saya,” katanya.
Program IPR bukan sekadar meningkatkan pendapatan, tetapi juga membantu peserta berdikari dan mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain. Usaha kerajaan melalui inisiatif ini jelas memberi impak positif, mendorong lebih ramai rakyat mencari peluang ekonomi yang bersesuaian dengan keperluan komuniti bandar.
Berita Penuh: Berita Harian
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
Kelayakan Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
Nota: Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah :
i. Saringan Kesihatan PERCUMA
ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000
iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi ProtectHealth
Syarat Kelayakan :
Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di Laman Rasmi PeKa40
Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim PeKa B40
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025 bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah: RM200 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Syarat Kelayakan :
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
Kes-kes seliaan akhlak
Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat: atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Surat tawaran latihan
Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:
KRITERIA | INTAN | INSAN | IKHSAN |
---|---|---|---|
Sasaran Penggerak |
|
|
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Syarat Kelayakan :
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan | Tempoh Pelaksanaan |
---|---|---|
Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM |
|
*Nota: Rujuk tab "Cara Memohon" bagi perincian tarikh mengikut negeri di Semenanjung |
Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM |
| |
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 | Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
Pelaksanaan SARA adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:
Tarikh Pelaksanaan | Negeri Terlibat | Kaedah Pelaksanaan SARA |
---|---|---|
22 Januari 2024 | Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara. |
29 Januari 2024 | Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | |
19 Februari 2024 dan mulai September 2024 | Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan | Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan BSN seluruh negara. |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini
ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur:
i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan
ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun
iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MySalam
|
Pemohon diminta untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan secara atas talian, melalui Laman Rasmi mySalam
Dokumen wajib yang diperlukan:
Manfaat Hospitalisasi:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nota: Kecederaan yang dilakukan sendiri, peperangan / rusuhan, keganasan / pelanggaran undang-undang dan peristiwa berlaku sebelum tarikh berkuatkuasa dikecualikan untuk menerima Manfaat Penyakit Kritikal
Sila rujuk kepada tatacara untuk menghantar permohonan tuntutan Skim mySalam.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim mySalam, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

1. Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi
2. Nombor MyKad Pesakit / Orang yang Dilindungi
3. Tarikh Kemasukan Wad dan Tarikh Keluar Wad
4. Diagnosis
5. Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat berserta tandatangan
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
1. Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi
2. Nombor MyKad Pesakit / Orang yang Dilindungi
3. Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat berserta tandatangan
4. Butiran penyakit yang berkaitan