Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024
Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’.
Program ini adalah kesinambungan kepada kejayaan program e-dompet Kerajaan sebelum ini dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia*, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024, manakala kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.
*Nota: Sila semak kriteria kelayakan di butang “Kelayakan”
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia; dan
Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik 'Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Ingin dimaklumkan bahawa, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Berikut adalah senarai penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:
Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:
Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut
Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC)
Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”
Langkah 5: Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya
(Nota: Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda akan mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC)
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eMADANI
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung eMADANI, sila hubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkenaan di talian, e-mel atau pautan yang tertera seperti berikut:
MAE: 1300-88-6688 atau e-mel ke [email protected]
Setel: E-mel ke [email protected] atau klik di sini
ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini