Terakhir dikemas kini pada 23/11/2024
Program Latihan Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0 adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan pekerjaan Formal melalui latihan pengiktirafan pencapaian terdahulu ataupun Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL), microcredential atau persijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju seperti ACCA, BOE, MIA serta latihan menerusi program latihan Microcredentials/Latihan Profesional yang diiktiraf
Program peningkatan kemahiran secara microcredentials atau latihan profesional akan diberikan kepada individu mengikut syarat kelayakan minima. Program ini akan dijalankan menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan dan elaun latihan RM30 sehari bagi tempoh maksima untuk 20 hari.
Program ini bermula 22 Januari sehingga 31 Disember 2024 dan tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini yang diwartakan oleh Kerajaan
Insentif yang disediakan di bawah Program Bina Kerjaya 2.0
Kategori Insentif | Bina Kerjaya 20 Bagi Sektor Tidak Formal | |||
Kumpulan Sasaran |
| |||
Had Umur |
| |||
INSENTIF LATIHAN - PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN (TRAINING) melalui pengajian microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, MIA. | ||||
Kelayakan yuran Latihan | Katogori Pensijilan Kompetensi | Kelayakan Yuran Latihan (Maksima) RM2,500 | Kategori Persijilan Profesional dan Microcredentia | Kelayakan Yuran Latihan (Maksima) RM4,000 |
Tempoh Latihan |
| |||
Bilangan Permohonan Latihan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PERKESO atau laman rasmi MyFutureJobs
Bagi yang LAYAK menyertai Program Latihan Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah:
Warganegara Malaysia
Berumur 16 tahun sehingga 50 tahun pada tarikh permohonan dibuat
Mempunyai tahap pendidikan Diploma dan ke bawah
Individu yang mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan
Individu yang sedang bekerja dengan majikan hendaklah TIDAK mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan sebelum daripada tarikh lapor diri. Bagi kaedah “place and train” ini, individu tersebut hendaklah melapor diri di majikan pada atau selepas 1 Januari 2024.
Individu yang berminat dan bermotivasi untuk melakukan transisi daripada pekerjaan tidak formal kepada pekerjaan formal adalah digalakkan untuk melaksanakan sesi profiling bagi tujuan mengenal pasti tahap motivasi individu serta pemilihan kursus yang bersesuaian.
Individu hendaklah merupakan orang yang boleh dan bersedia untuk bekerja serta mencari kerja secara aktif.
Individu yang menyertai program ini akan tertakluk di bawah kaedah “train and place” atau “place and train” iaitu pemilihan kursus yang bersesuaian bagi memastikan individu berjaya melakukan transisi pekerjaan dari sektor tidak formal ke sektor formal.
Individu boleh mengemukakan permohonan bagi program ini melalui Portal Kerjaya MADANI Bina Kerjaya 2.0 mengikut langkah-langkah berikut:
Individu berdaftar dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs
Individu berdaftar di Portal kerjaya MADANI dan melengkapkan maklumat
Pemilihan latihan (bagi individu yang lulus kelayakan dan syarat yang ditetapkan
Hadir latihan yang telah diluluskan di dalam tempoh sah surat keluar kelulusan yang dikeluarkan oleh PERKESO
Terima bayaran elaun latihan berdasarkan laporan kehadiran yang telah dikemukakan oleh penyedia latihan
Dokumen-dokumen mandatori yang diperlukan:
Kad Pengenalan (salinan hadapan dan belakang)
Maklumat akaun bank (persendirian)
Pembuktian bekerja tidak formal di digital platform atau
Sijil/lesen bekerja rasmi daripad Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau setaraf atau
Borang Perakuan Bekerja Sendiri
Dokumen Lapor Diri dengan majikan (Sekiranya telah melapor diri sebelum permohonan dibuat)
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Program Latihan Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0, sila rujuk soalan lazim