Rencana
Logo
09 Okt, 2024
Program IPR - Pendekatan Baharu Untuk Rakyat Jana Pendapatan
Di tengah-tengah kesibukan kota, Zainab Dali, 53, melihat peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual makanan melalui mesin layan diri. Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan katering, beliau menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi, memilih untuk menyediakan nasi goreng dan spageti sebagai menu jualannya.Dalam tempoh setahun, kesungguhan Zainab berbaloi apabila perniagaannya kini menjana antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan, membantu beliau menyara keluarga termasuk seorang kakak OKU dan anak buah.“Saya tak malu mengaku saya golongan B40. Kita kena usaha ubah nasib sendiri, lebih-lebih lagi dengan kos hidup di ibu kota yang tinggi,” kata Zainab.Setiap hari, Zainab bangun awal untuk menyediakan makanan dan mengisi stok di Stesen MRT Ampang Park. Pada hari kami bertemu, beliau sibuk menambah stok di mesin layan diri selepas jualan pagi laris.“Sekarang semuanya mudah, tekan, imbas, dapat makanan. Saya buat kajian sebelum mulakan perniagaan ini dan dapati orang bandar suka makanan ringkas dan cepat,” jelasnya.Zainab menguruskan perniagaan ini sendirian, namun bercadang untuk mengambil pekerja bagi membantu operasi.“Program IPR bukan sahaja membantu saya, tetapi memberi peluang kepada saya untuk menggaji pekerja dan membantu orang lain,” tambahnya.Seorang lagi peserta IPR, Normaladiana Mohd Yazal, 37, seorang OKU fizikal, turut meraih pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan dengan menjual sandwic, kek, dan roti sosej di Universiti Malaya (UM).“Walaupun ada kekangan fizikal, saya tetap bersyukur. Setiap hari saya tukar menu supaya pelanggan tidak bosan. Dengan jualan harian sekitar RM70 hingga RM80, ia sudah cukup baik bagi saya,” katanya.Program IPR bukan sekadar meningkatkan pendapatan, tetapi juga membantu peserta berdikari dan mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain. Usaha kerajaan melalui inisiatif ini jelas memberi impak positif, mendorong lebih ramai rakyat mencari peluang ekonomi yang bersesuaian dengan keperluan komuniti bandar.Berita Penuh: Berita Harian
Logo
09 Okt, 2024
Usahawan Tempatan Terus Disokong SJPP dan Pelbagai Inisiatif Pembiayaan
Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) terus memainkan peranan penting dalam membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mengakses pembiayaan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.SJPP, yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad, menawarkan jaminan kerajaan bagi memudahkan PKS mendapatkan pembiayaan untuk operasi, pengembangan, pembelian aset, dan peningkatan modal kerja. Sehingga 31 Ogos 2024, skim ini telah meluluskan pembiayaan bernilai RM12.55 bilion kepada 11,583 usahawan dengan RM20 bilion diperuntukkan secara keseluruhan.Kejayaan Bayu Somerset dengan SJPPMenurut Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset Sdn Bhd, pembiayaan bernilai RM1.4 juta daripada SME Bank melalui SJPP telah membuka peluang bagi syarikatnya mengembangkan jenama fesyen modest tersebut.“Dengan dana ini, kami dapat membeli stok, memperluas produk, dan membuka cawangan baru. Hasilnya, perniagaan kami berkembang 199%,” katanya.Emir berharap SJPP akan terus menyokong usahawan lain, kerana inisiatif ini bukan sahaja membantu syarikatnya tetapi turut memberi impak besar kepada ekonomi negara.Bantuan Pembiayaan Melalui BSN Mikro-i MadaniSelain SJPP, BSN Mikro-i Madani Nita dan Madani Belia turut membantu usahawan mikro mengatasi cabaran modal perniagaan.Mohd Kamal Mahmood, pengasas De Doorgift House, berkongsi bahawa bantuan RM50,000 daripada BSN membantu syarikatnya menyediakan modal pusingan bagi membekalkan produk kepada syarikat korporat.“Proses permohonan lebih mudah dan cepat berbanding bank konvensional. Pembiayaan ini memberi ruang untuk syarikat mencatatkan peningkatan jualan tahunan sekitar 30%,” jelasnya.Siti Nurul Atiqah Arifin, pengusaha Doyok Motor Services, turut meraih manfaat dengan mendapatkan pembiayaan maksimum RM50,000. Wang tersebut digunakan untuk melabur semula dalam perniagaannya dan memperluas perkhidmatan di bengkel motosikal di Kuala Klawang.“Kami dapat menambah stok dan produk baru, menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kepercayaan mereka,” katanya.Sokongan Berterusan Kepada Usahawan MudaUsahawan muda seperti Ain Nadia Kasikin, yang berniaga di gerai makanan di Econsave Tampin, Negeri Sembilan, juga mendapat manfaat melalui pembiayaan BSN Mikro-i Madani Belia. Dengan sokongan ini, Ain berjaya meningkatkan pengeluaran dan memperluas operasinya.“Pembiayaan ini sangat penting bagi usahawan kecil seperti saya. Selain modal, latihan keusahawanan juga diperlukan untuk membantu kami menguruskan perniagaan secara lebih sistematik,” katanya.Pemangkin Pertumbuhan PKS dan Ekonomi NegaraSJPP dan pelbagai inisiatif pembiayaan lain seperti BSN Mikro-i Madani menjadi kunci kejayaan ramai usahawan di Malaysia. Dengan akses mudah kepada modal dan bimbingan, PKS berpotensi berkembang lebih jauh, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.Usaha kerajaan ini memastikan lebih banyak perniagaan mikro dan PKS mampu menghadapi cabaran, berkembang pesat, dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas untuk masyarakat.Sumber Berita Penuh: Harian Metro
Logo
16 Okt, 2024
Jana Pendapatan Sehingga RM15,000 Sebulan Dengan Mesin Vending IPR? Biar Betul!
Ikuti kisah inspirasi Encik Amin dari Bukit Minyak, Pulau Pinang. Percaya atau tidak, dia menjana RM10,000 hingga RM15,000 sebulan — bukan dari perniagaan besar, tetapi hanya dengan satu mesin layan diri (Vending Machine). Ya, satu sahaja!Semua Bermula dengan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)Encik Amin menemui peluang ini semasa melayari Facebook dan terbaca mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Belanjawan 2024. Beliau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan — pernah menjual kosmetik dan kek — tetapi hanya memperoleh pendapatan sekitar beberapa ribu ringgit sebulan.IPR, sebuah inisiatif Kementerian Ekonomi, membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan dan mengatasi isu ekonomi seperti kos sara hidup tinggi dan kebergantungan kepada buruh asing. IPR terbahagi kepada tiga program utama:INTAN – Latihan pertanian menggunakan teknologi moden.INSAN – Pengurusan mesin layan diri di lokasi strategik.IKHSAN – Pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.Dengan minat dan latar belakang dalam bidang makanan, Encik Amin menyertai program INSAN dan menerima sebuah mesin layan diri. Pada awalnya, dia hanya menyasarkan pendapatan RM2,000 hingga RM2,500 sebulan, namun tanpa diduga, perniagaannya kini menjana enam kali ganda!Mesin Makanan Tengah MalamMesin layan diri Encik Amin ditempatkan di asrama pelajar UiTM Permatang Pauh, dan di sinilah kejayaannya bermula. Bersama isterinya, Puan Yufaeza, mereka menyediakan hidangan seperti burger, pasta, maggi goreng, dan nasi lemak.Makanan disusun dua kali sehari — pukul 2 petang dan 10 malam, dengan fokus kepada makanan berat dan kaya karbohidrat kerana tahu pelajar lelaki akan makan apa saja yang mengenyangkan. Dengan harga antara RM2 hingga RM8, mesin mereka menjadi penyelamat pelajar yang belajar lewat malam.Seorang pelajar, Fahrin, mengakui:"Mesin ini sangat membantu ketika belajar malam. Kalau lapar tengah malam, makanan yang dijual memang mengenyangkan dan murah. Semua universiti patut ada mesin macam ni."Kerja Keras dan Strategi Tepat: Kunci KejayaanKejayaan mereka bukan semata-mata kerana makanan yang lazat tetapi juga hasil perancangan bijak. Mereka:Elak waktu operasi kafe kampus supaya tidak bersaing secara langsung.Berinteraksi dengan pelajar melalui Telegram UiTM untuk memahami makanan kegemaran mereka.Promosi kreatif dengan memberi nasi lemak percuma untuk menarik perhatian.Dengan strategi dan usaha keras, Encik Amin kini memperoleh RM16,000 sebulan. Namun, cabaran masih ada kerana perniagaan akan terhenti tiga bulan setiap kali cuti semester."Hidup kami lebih baik sekarang, tapi kami masih perlu berjimat untuk tiga bulan tanpa pendapatan," katanya.Masa Depan Cerah dan Peluang AndaEncik Amin merancang untuk meneruskan perniagaannya walaupun perlu menanggung kos sewa mesin selepas tamat tempoh bantuan kerajaan. Jika anda merasa terinspirasi dengan kisah ini, IPR kini sedang membuka permohonan, dan prosesnya amat mudah. Anda tidak perlu mempunyai pengalaman luas dalam bidang yang dipohon — semua peserta akan dibimbing hingga berjaya.Jangan lepaskan peluang ini! Sertai IPR dan mulakan perjalanan perniagaan anda hari ini. Siapa tahu, mungkin kejayaan besar sedang menanti anda juga!Sumber Berita Penuh: CiliSos.my
Logo
07 Mac, 2025
Inisiatif Payung Rahmah Ringankan Kos Sara Hidup Rakyat
Dalam usaha memastikan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mendapat akses kepada barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan, kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Payung Rahmah. Program ini merangkumi pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup dengan menawarkan harga yang lebih rendah bagi barangan dan perkhidmatan asas.Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi MADANI, yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, dan badan bukan kerajaan (NGO). Berikut adalah lima program utama dalam Inisiatif Payung Rahmah yang sedang dilaksanakan di seluruh negara.Jualan Rahmah - Akses Barang Keperluan HarianJualan Rahmah adalah program penjualan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Program ini direalisasikan melalui kerjasama dengan pasar raya utama, kedai runcit, dan pengeluar barangan bagi memastikan rakyat dapat membeli keperluan asas pada kadar yang lebih mampu milik. Melalui Jualan Rahmah, barangan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan produk keperluan harian lain dijual dengan harga diskaun. Ini amat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.2. Menu Rahmah - Makanan Berkhasiat, Harga Mampu MilikMenu Rahmah merupakan inisiatif yang menawarkan hidangan makanan lengkap pada harga rendah di restoran atau kedai makan yang mengambil bahagian. Hidangan yang ditawarkan adalah seimbang dan bernutrisi dan biasanya terdiri daripada nasi, lauk dan minuman, dan dijual pada harga serendah RM5.00. Sejak diperkenalkan, Menu Rahmah telah mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai pengusaha restoran dan pemain industri makanan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna tetapi juga membuka peluang kepada peniaga untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat sambil menarik lebih ramai pelanggan.3. Bakul Rahmah - Bantuan Barang Keperluan AsasBakul Rahmah pula adalah inisiatif bantuan barangan keperluan asas yang diberikan kepada golongan memerlukan melalui kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan. Bantuan ini disasarkan kepada keluarga miskin, warga emas, ibu tunggal, dan golongan yang menghadapi kesukaran ekonomi.Setiap bakul mengandungi keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, makanan dalam tin, dan barangan lain yang penting untuk keperluan harian sesebuah keluarga. Ia merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatkan keperluan asas.4. Pakej Rahmah - Pakej Internet, Insurans & Takaful Mampu MilikSelain barangan keperluan asas dan makanan, Payung Rahmah turut merangkumi perkhidmatan dalam sektor telekomunikasi dan insurans. Pakej Rahmah menawarkan pelbagai pakej prabayar, pascabayar, insurans, dan takaful dengan kadar harga yang lebih mampu milik.Beberapa syarikat telekomunikasi telah mengambil bahagian dalam menawarkan pakej internet murah bagi memastikan rakyat, terutama pelajar dan pekerja, dapat terus berhubung dan mengakses maklumat dengan mudah. Begitu juga dengan sektor insurans dan takaful yang menyediakan pelan perlindungan asas pada harga lebih rendah.5. Kafe Rahmah - Pelbagai Hidangan, Harga BerpatutanKafe Rahmah adalah lanjutan daripada Menu Rahmah, di mana restoran atau kafe yang menyertai program ini menawarkan pelbagai hidangan berkualiti pada harga berpatutan. Ia bertujuan memperluaskan pilihan makanan kepada pengguna, termasuk di kawasan bandar yang mempunyai kos hidup lebih tinggi.Dengan adanya Kafe Rahmah, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati makanan seimbang tanpa perlu bimbang tentang harga yang terlalu mahal.KesimpulanInisiatif Payung Rahmah mencerminkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini tidak hanya memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah tetapi juga memperkukuh ekonomi negara melalui penyertaan sektor swasta dalam menawarkan harga yang lebih berpatutan.Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Inisiatif Payung Rahmah, rakyat boleh melayari portal manfaat.mof.gov.my yang menyenaraikan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan kerjasama semua pihak, inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Logo
16 Okt, 2024
Bantuan Awal Persekolahan Ringankan Beban Ibu Bapa
Kos menyediakan keperluan sekolah sering menjadi antara perbelanjaan terbesar bagi isi rumah, terutama bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2024 memberi kelegaan kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan sempurna.Antara penerima manfaat BAP adalah Hajibah Alan, seorang penjual pisang goreng di Kampung Muara Tebas. Dengan empat orang anak dan suami yang bekerja sebagai buruh kasar, pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung keperluan asas, terutama bagi dua anak yang masih bersekolah.Hajibah bersyukur kerana bantuan sebanyak RM150 untuk setiap anak membantu meringankan beban mereka.“Anak yang baru masuk Tingkatan 1 memang banyak barang kena beli. Bantuan ini saya gunakan untuk beli baju sekolah, alat tulis, dan kasut sukan. Keseluruhan belanja lebih kurang RM250, jadi saya tambah dalam RM100 lagi,” jelasnya.Bagi anaknya, Putri Qhalisha Arissa Mahadir, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Kebangsaan Bako, bantuan tersebut membolehkannya melengkapkan semua keperluan sekolah.“Sekarang saya dah ada baju, kasut, kalkulator, dan alat tulis yang baru. Seronok nak ke sekolah!” katanya, penuh teruja.BAP bukan sekadar meringankan beban ibu bapa, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar seperti Putri untuk memulakan tahun persekolahan dengan lebih yakin dan bersedia. Program ini mencerminkan usaha kerajaan dalam memastikan pendidikan kekal sebagai jalan terbaik untuk mengubah kehidupan keluarga dan masa depan anak-anak.Bantuan Awal Persekolahan disalurkan kepada lebih 5.2 juta pelajar di seluruh negara tahun ini, dengan peningkatan jumlah sumbangan daripada RM100 kepada RM150 berbanding 2022. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan akses pendidikan yang lebih mudah dan inklusif bagi setiap anak di Malaysia.Berita Penuh: Astro Awani
Logo
07 Okt, 2024
Sejati MADANI - Perubahan Ekonomi di Kota Lama Menerusi Projek Ikan Keli Sangkar
Usaha kerajaan melalui Program Sejati Madani yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 mula menunjukkan hasil. Di Kampung Dusun, Kota Lama, projek penternakan ikan keli sangkar bukan sahaja membuka peluang ekonomi baharu tetapi juga memberi ilmu kemahiran kepada penduduk.Dilancarkan pada Ogos lepas, projek ini melibatkan 16 peserta dari kalangan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP). Ramai daripada mereka terdiri daripada golongan belia yang tiada pendapatan tetap atau lepasan sekolah.Peserta projek, Mohd Hashim Che Kar, berkongsi bahawa komuniti bersama-sama menjaga 80,000 benih ikan keli dengan jadual tugas tersusun. Sokongan daripada agensi kerajaan turut membantu peserta menguasai teknik penternakan yang berkesan.Seorang lagi peserta, Siti Sarah Hashim, menyatakan bahawa projek ini telah membuka ruang untuk mereka belajar kemahiran baharu seperti teknik pemasaran dan pengurusan akuakultur. Selain menjual ikan keli segar, mereka turut menghasilkan produk seperti keli pekasam, ikan berempah, dan makanan sejuk beku lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.Dengan potensi pengeluaran 100 kilogram ikan keli sehari, projek ini mampu mencapai jualan kasar sekitar RM65,000 sebulan pada harga RM8.50 sekilogram. Melihat kepada permintaan tinggi daripada peniaga dan peruncit, peserta bercadang untuk menambah lagi benih dan sangkar.Program Sejati Madani ini bertujuan menghidupkan ekonomi komuniti dengan dana sehingga RM100,000 bagi komuniti yang layak, memperkukuh kedudukan ekonomi di peringkat akar umbi dan memperkasakan kemahiran peserta dalam bidang akuakultur.Sumber: Astro Awani