Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024
Cadangan pelaksanaan Global Minimum Tax mulai tahun 2025 kepada syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya EUR750j
Pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang akan dikenakan pada kadar antara 5%-10% ke atas barang tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan mulai 1 Mei 2024
Pindaan sistem taksiran cukai pendapatan di bawah Labuan Business Activity Tax Act 1990 berasaskan kepada tahun semasa dilaksanakan mulai tahun taksiran 2025
Penetapan kadar cukai pendapatan khas antara 0% - 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing & kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia
Ekosistem Tetingkap Tunggal (Single Window Ecosystem) MYStartup Malaysia sebagai platform bersepadu untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula di rantau ini
Geran Padanan - Sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW)
Geran Padanan bagi menaik taraf sistem MMSW bertujuan menyatukan komuniti perdagangan pelabuhan di bawah satu portal digital bersepadu bersama pelbagai agensi Kerajaan