E-Invois Secara Mandatori (kurang dari RM100 Juta)
Pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan tidak melebihi RM100 juta mulai 1 Julai 2025 secara berfasa
Pembangunan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) dengan kebolehan automasi dengan kerjasama sektor kewangan bagi mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana
Geran bagi syarikat untuk mengikuti program intervensi berstruktur bertujuan membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport
Memperkukuh kapasiti dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai langkah kawalan ketat bagi menghapuskan amalan pakat harga & penguatkuasaan