Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024
Cadangan pelaksanaan Global Minimum Tax mulai tahun 2025 kepada syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya EUR750j
Pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang akan dikenakan pada kadar antara 5%-10% ke atas barang tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan mulai 1 Mei 2024
Pindaan sistem taksiran cukai pendapatan di bawah Labuan Business Activity Tax Act 1990 berasaskan kepada tahun semasa dilaksanakan mulai tahun taksiran 2025
Penetapan kadar cukai pendapatan khas antara 0% - 10% kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing & kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia
Geran bagi syarikat untuk mengikuti program intervensi berstruktur bertujuan membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport
Memperkukuh kapasiti dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai langkah kawalan ketat bagi menghapuskan amalan pakat harga & penguatkuasaan