Program Akses Modal
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

Program pembiayaan ekuiti bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan sektor pertumbuhan baharu serta menyokong PMKS yang memerlukan modal perniagaan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Padanan Digital PMKS
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (SEFS)​
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Skim pembiayaan Perusahaan Sosial ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk modal kerja dan pembelian aset khusus bagi usahawan Perusahaan Sosial (Social Enterprise, SE)

PerkaraPenerangan
Tempoh Pelaksanaan
  • Sehingga 30 April 2025
Kadar Keuntungan 
  • 3.0% atau 4.0% setahun
Amaun Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM500,000
Jaminan
  • Tiada jaminan SJPP atau CGC
Tempoh Pembiayaan
  • Pembiayaan modal pusingan: sehingga 5 tahun
  • Pembiayaan pembelian aset: sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BRPLUS - i BizLady​
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

  • Program pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan Perniagaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) wanita dan koperasi wanita bagi mengembangkan perniagaan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • RM100 juta
Kadar Pembiayaan
  • SME: BFR+1.50% setahun (termasuk fi jaminan)
  • Koperasi: BFR+0% setahun
  • Mikro: 7.50% setahun (kadar rata)
Jumlah Pembiayaan
  • Usahawan Mikro: Sehingga RM50,000 (tertakluk kepada kelayakan)
  • Usahawan PMKS dan Koperasi: Sehingga RM1 juta (tertakluk kepada kelayakan)
Tempoh Bayaran Balik
  • Usahawan Mikro: sehingga 5 tahun
  • Usahawan PMKS dan Koperasi: Sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda

Rencana

Rencana Cover Img
09 Okt, 2024
Usahawan Tempatan Terus Disokong SJPP dan Pelbagai Inisiatif Pembiayaan

Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) terus memainkan peranan penting dalam membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mengakses pembiayaan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

SJPP, yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad, menawarkan jaminan kerajaan bagi memudahkan PKS mendapatkan pembiayaan untuk operasi, pengembangan, pembelian aset, dan peningkatan modal kerja. Sehingga 31 Ogos 2024, skim ini telah meluluskan pembiayaan bernilai RM12.55 bilion kepada 11,583 usahawan dengan RM20 bilion diperuntukkan secara keseluruhan.

Kejayaan Bayu Somerset dengan SJPP

Menurut Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset Sdn Bhd, pembiayaan bernilai RM1.4 juta daripada SME Bank melalui SJPP telah membuka peluang bagi syarikatnya mengembangkan jenama fesyen modest tersebut.

“Dengan dana ini, kami dapat membeli stok, memperluas produk, dan membuka cawangan baru. Hasilnya, perniagaan kami berkembang 199%,” katanya.

Emir berharap SJPP akan terus menyokong usahawan lain, kerana inisiatif ini bukan sahaja membantu syarikatnya tetapi turut memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Bantuan Pembiayaan Melalui BSN Mikro-i Madani

Selain SJPP, BSN Mikro-i Madani Nita dan Madani Belia turut membantu usahawan mikro mengatasi cabaran modal perniagaan.

Mohd Kamal Mahmood, pengasas De Doorgift House, berkongsi bahawa bantuan RM50,000 daripada BSN membantu syarikatnya menyediakan modal pusingan bagi membekalkan produk kepada syarikat korporat.

“Proses permohonan lebih mudah dan cepat berbanding bank konvensional. Pembiayaan ini memberi ruang untuk syarikat mencatatkan peningkatan jualan tahunan sekitar 30%,” jelasnya.

Siti Nurul Atiqah Arifin, pengusaha Doyok Motor Services, turut meraih manfaat dengan mendapatkan pembiayaan maksimum RM50,000. Wang tersebut digunakan untuk melabur semula dalam perniagaannya dan memperluas perkhidmatan di bengkel motosikal di Kuala Klawang.

“Kami dapat menambah stok dan produk baru, menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kepercayaan mereka,” katanya.

Sokongan Berterusan Kepada Usahawan Muda

Usahawan muda seperti Ain Nadia Kasikin, yang berniaga di gerai makanan di Econsave Tampin, Negeri Sembilan, juga mendapat manfaat melalui pembiayaan BSN Mikro-i Madani Belia. Dengan sokongan ini, Ain berjaya meningkatkan pengeluaran dan memperluas operasinya.

“Pembiayaan ini sangat penting bagi usahawan kecil seperti saya. Selain modal, latihan keusahawanan juga diperlukan untuk membantu kami menguruskan perniagaan secara lebih sistematik,” katanya.

Pemangkin Pertumbuhan PKS dan Ekonomi Negara

SJPP dan pelbagai inisiatif pembiayaan lain seperti BSN Mikro-i Madani menjadi kunci kejayaan ramai usahawan di Malaysia. Dengan akses mudah kepada modal dan bimbingan, PKS berpotensi berkembang lebih jauh, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Usaha kerajaan ini memastikan lebih banyak perniagaan mikro dan PKS mampu menghadapi cabaran, berkembang pesat, dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas untuk masyarakat.

Sumber Berita Penuh: Harian Metro

MySMELady 2.0
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

Skim pembiayaan bagi usahawan PMKS wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Kelestarian Alam
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

Skim pembiayaan bagi PMKS untuk beralih kepada operasi rendah karbon/ amalan perniagaan mampan dalam pengangkutan bersih, kecekapan tenaga, bangunan hijau dan tenaga diperbaharui

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Ekosistem Payung
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

Skim pembiayaan bagi PMKS Bumiputera termasuk syarikat pemula ("start-up") untuk memulakan perniagaan baharu atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • SME Technology Transformation Fund (STTF) ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk mengadaptasi digital, automasi operasi perniagaan dan/atau mengaplikasi IR4.0 untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan proses, pengurusan kos dan penembusan pasaran

Perkara Penerangan 
Tempoh Pelaksanaan
  • Sehingga penggunaan penuh dana
Kadar Keuntungan
  • 4.0% setahun 
Amaun Pembiayaan 
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
Jaminan
  • Jaminan pembiayaan oleh SJPP atau CGC 
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembiayaan HalalBiz
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Skim pembiayaan Program HalalBiz ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk pembelian aset dan/atau modal kerja (termasuk kos perbelanjaan pensijilan Halal) bagi menggalakkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekosistem industri Halal di Malaysia

PerkaraPenerangan
Tempoh Pelaksanaan
  • Sehingga 31 Disember 2025
Kadar Keuntungan
  • 5.0% setahun
Amaun Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM1.0 juta
Jaminan
  • Jaminan pembiayaan oleh SJPP atau CGC
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda