Icon
Image
Pekerjaan & Pendapatan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 

Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Protégé
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 25/11/2024

  • Program Protégé adalah program yang dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan Malaysia untuk dilengkapi dengan set kemahiran untuk dunia pekerjaan. 
  • Program selama 6 bulan ini menawarkan pendedahan semasa kerja dan peluang latihan kemahiran insaniah.
  • Penempatan Program Protégé:

    i. KWASA Damansara

    ii. Pusat Pengurusan Hubungan & Pusat Pembelajaran (Bangi)

    iii. Kuala Lumpur (KL Sentral)

    iv. Cawangan di seluruh Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk EPF Protégé Programme 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Institusi Latihan TVET
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Pusat institusi latihan TVET bagi pelajar TVET baharu bertujuan untuk melatih mereka dalam sektor teknologi tinggi.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dasar Peluang Kedua
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 22/11/2024

  • Dasar Peluang Kedua adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bertujuan untuk memberikan peluang baharu kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap keluar daripada kebankrapan.
  • Menerusi Akta A1695, bankrap layak dilepaskan secara automatik daripada kebankrapan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan selepas tamat tempoh 3 hingga 5 tahun dari Tarikh penyerahan Penyata Hal Ehwal Bankrap. 
  • Bankrap kini boleh membuat bayaran kepada pentadbiran kebankrapan berdasarkan bayaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi mengikut kemampuannya. Penetapan bayaran mengikut kemampuan bankrap merupakan inisiatif di pihak Kerajaan untuk membantu bankrap keluar daripada kebankrapan. 
  • Kuasa budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk mengeluarkan Sijil Pelepasan KPI telah diperluas kepada 2 kategori baharu iaitu golongan bankrap yang berusia 70 tahun dan ke atas yang tidak mampu menyumbang kepada pentadbiran kebankrapan serta bankrap yang menghidapi sakit mental.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Wanita Kembali Bekerja: Galakan Cukai
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Cadangan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Peningkatan Had Siling Gaji Untuk Caruman
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 22/11/2024

  • Peningkatan Had Siling Gaji untuk Caruman adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh PERKESO bertujuan untuk menguat kuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan bermula 1 Oktober 2024.
  • Majikan boleh mendapatkan maklumat Pekeliling Majikan mengenai peningkatan had siling gaji baharu RM5,000 ke RM6,000 dengan melayari laman web PERKESO 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PERKESO

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysian Short-Term Employment Programme (MySTEP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi 2 pemanfaatan platform Portal Pekerjaan Nasional Malaysia (MYFutureJobs) diperluaskan bagi golongan sasar termasuk OKU dan warga emas dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • Personel MySTEP layak menuntut elaun dan bayaran yang ditetapkan sekiranya dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya di dalam negeri seperti berikut:
  1. Elaun Makan
  2. Elaun Harian
  3. Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing; dan
  4. Elaun Perjalanan Kenderaan.
  • Personel MySTEP layak menggunakan kemudahan perjalanan udara untuk menjalankan tugas rasmi di dalam negeri.
  • Tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan untuk menjalankan tugas rasmi di dalam negeri hanya tertakluk kepada skop tugas Personel MySTEP sahaja. Selain daripada skop tugas tersebut adalah tidak dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MySTEP atau rujuk garis panduan MySTEP

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyPSV
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 20/11/2024

  • Program MyPSV E-Hailing adalah sebuah subsidi bayaran bagi golongan B40 untuk mendapatkan lesen teksi & e-hailing di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui penyediaan perkhidmatan

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen B2
Permohonan Telah Ditutup

Terakhir dikemas kini pada 06/11/2024

  • Program MyLesen B2 adalah sebuah subsidi bayaran latihan, ujian & lesen motosikal B2 di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi golongan B40 bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan isi rumah. 