Daya Kerjaya 2.0
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/11/2024

  • Daya Kerjaya 2.0 merupakan Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan Government - Linked Companies (GLC) serta Government - Linked Investment Companies (GLIC) yang dikelolakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan sektor swasta/GLC/GLIC menggaji pekerja dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, pesara dan warga emas 
  • Permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023. 
  • Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PERKESO

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE X) merupakan inisiatif Kerajaan berbentuk latihan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh SME Corp Malaysia bertujuan untuk menggalakkan kepada generasi belia yang berkelayakan untuk menceburi bidang perniagaan.

  • Objektif utama Program TUBE X ini adalah untuk:

     

  1. Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia 

  2. Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan 

  3. Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri 

     

  • Program ini dirancang khusus untuk mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

     

  1. FASA 1: Bengkel Asas Keusahawanan selama tujuh (7) hari. 

    Peserta akan mempelajari pelbagai elemen perniagaan seperti Jualan dan Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan, Pendaftaran Perniagaan, Penjenamaan, Harta Intelek, Peraturan dan Undang-Undang Perniagaan serta Pendigitalan Perniagaan. Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat kemudahan bantuan oleh Kerajaan dan institusi perbankan. Di Fasa ini juga peserta seterusnya perlu menyediakan Business Model Canvas (BMC) dan membentangkan cadangan Rancangan Perniagaan (RP).

     

  2. FASA 2: Rancangan Perniagaan (RP) selama dua belas (12) bulan.

    Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa Sesi Pith2Match. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia bagi memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi agar perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan serta relevan dalam industri.

     

  • Permohonan dalam talian dibuka mulai 15 Disember 2023 hingga 14 Januari 2024 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi TUBE.

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Infrastruktur Pelancongan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

Skim Infrastruktur Perlancongan ialah skim pembiayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membiaya aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pelancongan. 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

Skim pembiayaan bagi syarikat yang terlibat dalam penyesuaian & mitigasi risiko iklim serta peralihan tenaga

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/SPiKE GLC
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/ SPiKE GLC adalah sebuah pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi kontraktor Bumiputera bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan kewangan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang meliputi aktiviti pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan elektrik.

 

  • Berikut adalah keterangan skim SPiKE yang ditawarkan: 

     

Perkara Penerangan 
Skop Pembiayaan 
  • Modal Kerja 
Had Pembiayaan 
  • RM1,000,000
  • Tertakluk kepada: 
  • Kerja yang tidak mempunyai bayaran kemajuan 
  • Maksimum 75% dari nilai kontrak atau mengikut dasar semasa MARA 
  • Kerja yang mempunyai bayaran kemajuan 
  • Maksimum 80% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (yang mempunyai bayaran kemajuan)
  • Maksimum 60% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (yang tidak mempunyai bayaran kemajuan)
  • Maksimum 75% dari nilai kontrak bagi 3 bulan pertama (kerja kontrak yang tidak melebihi RM100,000.00)
Tempoh Pembiayaan 
  • Mengikut tempoh tamat kontrak
Jaminan atau Cagaran 
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM250,000.00 ke bawah 
  • Untuk pembiayaan RM250,001.00 hingga RM1,000,000.00: 
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan atau 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd. memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat 
Kadar Keuntungan 
  • 6% (Kadar Berkurangan) 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport (SIP2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memasuki pasaran antarabangsa. 

  • Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang  

  • Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:  

Perkara 

Keterangan 

Tempoh Permohonan
  • Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS): 25 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025, atau sehingga dana habis digunakan, mana yang terdahulu
  • Syarikat Bukan PKS: 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024, atau sehingga dana habis digunakan (terhad kepada dana terkumpul sehingga RM500,000,000 sahaja), mana yang terdahulu
Sektor Sasaran
  • Terbuka kepada semua sektor dan industri seperti termaktub dalam mandat EXIM Bank.

Tempoh Pembiayaan 

 

  • Sehingga 7 tahun  

Jumlah Pembiayaan 

 

  • Sehingga RM10,000,000

Margin Pembiayaan 

 

  • Kadar Pembiayaan Semasa - Subsidi Kadar Keuntungan 1.5% setahun

Subsidi Kadar Keuntungan 

 

  • 1.5% setahun  
Perkara Berkaitan Kredit 
  • Tertakluk kepada proses kelulusan kredit EXIM Bank  

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
E-Invois Secara Mandatori (lebih dari RM100 Juta)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/11/2024

Pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • MARA Integrated Smart Auto atau ringkasnya MISA ialah kemudahan pembiayaan yang ditawarkan untuk Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera untuk menaiktaraf standard bengkel sedia ada kepada standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif.

  • Meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan usahawan automotif Bumiputera melalui transformasi konsep perniagaan konvensional kepada konsep yang lebih bersistematik dengan penerapan nilai teknologi serta perkhidmatan yang lebih berkualiti.

  • Menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang automotive yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part).

  • Membangun, memajukan dan meningkatkan usahawan Bumiputera untuk menaik taraf standard bengkel sedia ada kepada standard bengkel yang lebih kondusif dan kompetitif untuk lebih berdaya saing dalam industry automotif.

 

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai dan Peningkatan imej Premis/Bengkel
Had Pembiayaan
  • RM500,001 hingga RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun @ 12-120 bulan
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;
  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;
    • Simpanan Tetap: Simpanan tetap berkonsepkan Islam (General Investment Account) berdasarkan kepada 10% daripada nilai pembiayaan;
  • Jaminan Ahli Lembaga Lembaga Pengarah: Memerlukan jaminan semua ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Semua Ahli Lembaga Pengarah diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda