Skim Insentif Pemampanan Pengeksport (SIP2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport di bawah Belanjawan 2025 untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan para usahawan/ pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa. 

  • Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang  

  • Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:  

Perkara 

Keterangan 

Tempoh Permohonan
  • 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga dana habis digunakan, mana yang terdahulu 
Sektor Sasaran
  • Terbuka kepada semua sektor dan industri seperti termaktub dalam mandat EXIM Bank.
Kemudahan yang ditawarkan
  • Semua produk pembiayaan yang ditawarkan EXIM Bank tidak termasuk Pembiayaan Semula Eksport Kredit ("ECR") dan Perlindungan Kredit Perdagangan.

Tempoh Pembiayaan 

 

  • Sehingga 7 tahun  

Jumlah Pembiayaan 

 

  • Sehingga RM20 juta setiap syarikat
  • Sehingga RM50 juta untuk setiap kumpulan syarikat/ syarikat-syarikat berpemilik/pengarah yang sama

Kadar insentif SIP2

 

  • 1% setahun  
Cagaran/ jaminan
  • Jaminan pembiayaan daripada Credit Guarantee Corporation ("CGC")/ lain-lain penyedia jaminan pembiayaan (tidak termasuk syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad ("SJPP"))
  • Jaminan yang diterima oleh bank
  • Jaminan peribadi/ jaminan bersama dan berasingan/ jaminan korporat

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dalam bidang automotif, khususnya yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part), serta membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar.

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis / Bengkel
Had Pembiayaan
  • RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)

 

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau (SGBF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian Dan Hijau (SGBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi pemain industri tempatan bertujuan untuk menggalakkan penerapan teknologi hijau dan kecekapan tenaga dalam kalangan pemain industri tempatan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM100,000 ~ RM10,000,00 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 25 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 2.0% setahun untuk rehat bulanan
  • Bukan PKS: 5.0% setahun untuk rehat bulanan

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Belia
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • MADANI Belia ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)

  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-CiriPenerangan 
Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Skop Pembiayaan
  • Peruncitan dan pemborongan

  • Pembuatan

  • Perkhidmatan

  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Skim pembiayaan ini adalah khusus untuk masyarakat India menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif di samping merangsang bidang keusahawanan di Malaysia 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraPenerangan

Jumlah Pinjaman :  

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

RM10,000 – RM100,000

Tempoh Bayaran Balik :

Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

 

6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun

Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda