CIP SPARK
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • CIP SPARK adalah geran bersyarat yang menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum 18 bulan, khusus untuk syarikat permulaan teknologi dalam fasa pembangunan dan pra-pengkomersialan produk. Geran ini bertujuan membantu usahawan peringkat awal untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka. 
  • Penerima geran akan mendapat sokongan dalam bentuk peluang rangkaian perniagaan, pembangunan model perniagaan, pengesahan pasaran, dan akses pasaran. 
  • CIP SPARK terbuka kepada individu dan syarikat dari pelbagai peringkat pembangunan, termasuk ideasi, pembangunan prototaip, dan penambahbaikan produk. Pembayaran geran dilakukan melalui pendahuluan dan penggantian, dengan syarat penerima membayar semula jumlah yang disalurkan jika berlaku pembatalan atau mengikut terma yang ditetapkan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Cradle Fund

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Mudahcara MySTI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/05/2025

  • Dana Mudahcara MySTI adalah inisiatif yang bertujuan membantu syarikat permulaan dan PKS Malaysia yang telah membangunkan teknologi mereka sendiri dan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memasuki dan mendapatkan peluang perolehan Kerajaan
PerkaraPenerangan

Jumlah Pembiayaan

  • Pembiayaan dalam bentuk geran sebanyak 70% atau sehingga RM500,000  untuk kos projek yang diluluskan (jumlah mengikut mana-mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan

  • 3 hingga 12 bulan sehingga aktiviti perolehan Kerajaan selesai.

Instrumen Pembiayaan

  • Jumlah yang dibiayai adalah dalam bentuk geran tetapi boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada saham keutamaan selepas tempoh projek.

Skop Pembiayaan

  • Kos Pendaftaran Produk & Pematuhan Peraturan.
  • Perbelanjaan Modal (Pembelian mesin & peralatan)
  • Kos Pengeluaran (Bahan Mentah)
  • Harta Intelek.
  • Kos Pengalihan Kerja.
  • Kos Peningkatan Produk / Perkhidmatan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Logistik dan Pengangkutan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam dan / atau berkaitan dengan aktiviti serta perkhidmatan logistik, pengangkutan (termasuk aeroangkasa) dan maritim seperti: 
    • Pemerolehan kapal atau pesawat 
    • Pemerolehan tanah, pembinaan limbungan kapal / hangar, infrastruktur, jentera, dan peralatan 
    • Pembinaan bangunan, kilang, gudang berikat, kawasan pelabuhan, dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa 
    • Pemerolehan aset untuk perkhidmatan logistik, termasuk gudang, kenderaan, dan peralatan berkaitan 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas 
    • Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan Pembiayaan separa untuk keperluan modal kerja

 

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM100 juta

 

  • Tujuan dan tempoh pembiayaan:

 

TujuanTempoh Pembiayaan
Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 12 TahunPerbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 tahun

 

  • Ciri-ciri utama:

 

  • Tempoh Ketersediaan
    • 1 januari 2025 - 31 Disember 2030
  • Margin Pembiayaan
    • Sehingga 90% daripada jumlah kos projek
  • Jumlah Pembiayaan 
    • Minimum: RM20 juta
    • Maksimum: Sehingga RM100 juta
  • Kemudahan yang Ditawarkan
    • Pembiayaan Berjangka / Bertempoh 
    • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
    • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon 
    • Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub

 

  • Kadar Pembiayaan:

 

Projek KerajaanKos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Projek KomersialKadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
Jaminan KewanganYuran Jaminan - Subsidi sebanyak 1.0% setahun

 

Nota:

i. Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit.

ii. Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun.

iii. Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah.

iv. Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BPMB

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Khidmat pembiayaan melalui Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 pada tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

  • Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh (SKM) adalah layak untuk memohon.

  • Jenis-jenis pembiayaan:

Modal Pusingan
  • Pengguna; 
  • Pekerja-pekerja kontrak; 
  • Perkhidmatan;
  • Ar-Rahnu / Kredit
Pembangunan Hartanah 
  • Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
  • Bayaran Premium;
  • Kos Pembangunan.
Pemilikan Harta
  • Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
  • Ubah suai/ baik pulih;
  • Pembinaan bangunan.
Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
  •  Asas Tani
  • Pertanian
  • Perindustrian
  • Mesin/ Jentera

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPM

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM2) merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan jaminan Kerajaan kepada Institusi-institusi Kewangan yang terlibat untuk pembiayaan yang disediakan untuk semua sektor ekonomi terutamanya kepada empat (4) sektor berikut: 
    • Ekonomi Hijau 
    • Teknologi Tinggi 
    • Halal 
    • Penjagaan Kesihatan
PERKARA  PENERANGAN  
Had skim
  • RM20 Billion
Had Pembiayaan  
  • Sehingga 20 juta setiap syarikat untuk semua sektor. 

     

    *Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk DPGS, SRSBBT dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan, dan pihak-pihak berkaitan

Jenis Pembiayaan  
  • Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i  
Tempoh Jaminan 
  • Sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
Jaminan Pembiayaan 
  • Sehingga 80% untuk semua sektor.
Yuran Jaminan
  • Sehingga 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Kadar Faedah/Keuntungan  
  • Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2%
Tempoh Permohonan
  • Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2025

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jaguh Serantau
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025

  • Program Jaguh Serantau ialah skim pembiayaan oleh Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk kemudahan pembiayaan modal kerja dan/atau pembelian aset untuk menyokong PKS Bumiputera yang berpotensi untuk menjadi Jaguh Serantau:
Perkara Penerangan 
Tempoh Pelaksanaan
  • Sehingga 31 Disember 2025
Kemudahan Pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB)
Had Pembiayaan 
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM10.0 juta
Kadar Keuntungan
  • Daripada KPA + 0.00% setahun hingga KPA + 2.50% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun)
Margin Pembiayaan 
  • Margin Pembiayaan tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut: 

    i. Loji / Mesin / Peralatan:

    • Baharu: Sehingga 80% 
    • Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 70%

     

    ii.  Dandang (Boiler) / Kren:

    • Baharu: Sehingga 80% 
    • Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 70%

     

    iii. Kenderaan: 

    • Kenderaan Baharu : Sehingga 90% 
    • Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih : Sehingga 70%

     

    iv. Pengubahsuaian: 

    • Premis milik sendiri: Sehingga 70% 
    • Premis yang disewa: Sehingga 50% 

     

    v. Tanah: Sehingga 80% 

    vi. Bangunan: Sehingga 90%

    vii. Modal Kerja Berjangka: Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan
  • Tempoh Pembiayaan adalah tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut: 

    i. Mesin / Peralatan / Kenderaan: 

    • Baharu: Sehingga 7 tahun 
    • Terpakai / Diperbaharui / Dibaik pulih: Sehingga 5 tahun

     

    ii. Pengubahsuaian:

    • Premis milik sendiri: Sehingga 7 tahun 
    • Premis sewa: Sehingga 5 tahun 

     

    iii. Loji / Dandang (Boiler) / Kren: Sehingga 10 tahun 

    iv. Tanah / Bangunan: Sehingga 20 tahun 

    v. Modal Kerja Berjangka: Sehingga 5 tahun

Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank

 

Nota:

i. Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel. 

ii. Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).

 

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Geran Padanan Bagi PKS Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Geran Padanan Bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan menyokong pembangunan dan penyertaan PKS Aeroangkasa Bumiputera ke arah pertumbuhan menyeluruh dan seimbang dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia.

  • Memindahkan nilai kontrak yang tinggi bagi pakej kerja dan perkhidmatan

  • Membantu PKS Aeroangkasa Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka, meningkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia serta menarik pelaburan asing baharu ke negara ini

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Jumlah GeranSehingga maksimum RM2.5 juta
Tempoh GeranSehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan
Margin GeranSehingga 80%
Skop Geran
  • Latihan teknikal untuk projek baharu;
  • R&D yang meliputi fabrikasi reka betuk jig & lekapan, artikel pertama, bahan mentah, upah kejuruteraan dan lain-lain.
  • Perbelanjaan modal (CAPEX) untuk jentera/ peralatan/ perkakasan/ jig & lekapan/ acuan & mesin die/ perkakasan IT/ perisian/ perbelanjaan lain yang berkaitan;
  • Kelulusan pelanggan khusus pada proses; dan
  • Kelayakan & kelulusan produk pertama; akreditasi/ pensijilan/ pelesenan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Micro/i PKBC Scheme B ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital) dan pembelian aset untuk tujuan perniagaan 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Amaun Pinjaman
  • RM5,000 ~ RM50,000
Tempoh Pinjaman
  •  6 bulan hingga 5 tahun
Jenis Sektor Perniagaan
  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes
Kadar Keuntungan
  • 4.0% setahun (asas baki bulanan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Penjaja
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • MADANI Penjaja adalah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan kepada penjaja statik dan bukan statik untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Tujuan pembiayaan

  • Modal kerja
  • Pembelian aset
  • Pengubahsuaian

Jumlah Pembiayaan

  • RM5,000 - RM20,000

Tempoh Pembiayaan

  •  1 tahun hingga 5 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 4.00% setahun (kadar tetap)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Wanita
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • MADANI Wanita adalah skim pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 kepada usahawan wanita bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan skim pinjaman tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda