Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • Micro/i PKBC Scheme B ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital) dan pembelian aset untuk tujuan perniagaan 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Amaun Pinjaman
  • RM5,000 ~ RM50,000
Tempoh Pinjaman
  •  6 bulan hingga 5 tahun
Jenis Sektor Perniagaan
  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes
Kadar Keuntungan
  • 4.0% setahun (asas baki bulanan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Penjaja
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • MADANI Penjaja adalah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan kepada penjaja statik dan bukan statik untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Tujuan pembiayaan

  • Modal kerja
  • Pembelian aset
  • Pengubahsuaian

Jumlah Pembiayaan

  • RM5,000 - RM20,000

Tempoh Pembiayaan

  •  1 tahun hingga 5 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 4.00% setahun (kadar tetap)

Untuk maklumat lanjut sila rujuk di Laman Rasmi Bank Simpanan Nasional

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rebat Bil Elektrik RM40
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Program ini dilaksanakan untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. 
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai penghubung jalin (bridge builder) dalam komuniti
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti, peruntukan disediakan bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan rakyat dan penyebaran maklumat. Program dalam komuniti ini termasuk Skim Rondaan Sukarela, Mediator Komuniti, program prasekolah di bawah Tabika dan Taska Perpaduan.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Net Energy Metering (NEM) 3.0
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • Net Energy Metering (NEM) 3.0 merupakan sebuah skim yang disediakan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Malaysia.
  • NEM merupakan satu konsep di mana tenaga yang dihasilkan dari pepasangan sistem fotovolta suria akan digunakan terlebih dahulu dan lebihannya akan dieksport ke grid TNB berdasarkan Kos Pembekalan (Displaced Cost) semasa.
  • Program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM 3.0) akan memberi lebih banyak peluang kepada pengguna elektrik untuk menjimatkan bil elektrik melalui pemasangan sistem fotovolta suria di premis mereka.

     

Inisiatif/ Kategori

Kuota Ditawarkan (MW)

Tarikh Pembukaan Kuota

Program NEM GoMEn (Kementerian dan Entiti Kerajaan)

100MW

1 Februari 2021 - 30 Jun 2025

Program NOVA (Net Offset Virtual Aggregation)

1400MW

1 April 2021 - 30 Jun 2025

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Wanita
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • MADANI Wanita adalah skim pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 kepada usahawan wanita bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan skim pinjaman tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan MADANI
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • Program Pembangunan MADANI merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang menyokong pelaksanaan Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12. 
  • Tumpuan diberikan kepada tiga tema utama, iaitu penyusunan semula ekonomi, pengukuhan keselamatan dan kesejahteraan, serta promosikan kelestarian dan keterangkuman.
 

Tempoh Ketersediaan 

  • 1 Januari 2025 - 31 Disember 2026

Jumlah pembiayaan

  • Minimum: RM20 juta 
  • Maksimum: Tertakluk kepada penilaian dan penaksiran kredit oleh Bank Pembangunan

Tujuan & tempoh pembiayaan*

  • Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 20 Tahun
  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 Tahun

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek**

Kemudahan ditawarkan

  • Pembiayaan Berjangka/ Bertempoh 
  • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja) 
  • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk/ Bon 
  • Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub

Kadar pembiayaan 

  • Projek Kerajaan***
    • Kos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Projek Komersial***
    • Kadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Jaminan Kewangan Yuran Jaminan
    • Subsidi sebanyak 1.0% setahun

 

* Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun. 

** Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan/ invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah. 

*** Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah Geran padanan MyCIF di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi syarikat pemula & PMKS yang berjaya mengumpul dana melalui kaedah Equity Crowd Funding & P2P bertujuan untuk memperkasa pembiayaan alternatif

  • Objektif dana ini adalah bagi:  

     

  1. Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko

  2. Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PKS

  3. Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif

     

  • MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial MyCIF untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial melalui kempen P2P yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

     

 

Platform

Nisbah Pelaburan

Jumlah Pelaburan Maksimum

Skim Am MSME

ECF dan P2P

1:4

RM1 juta

Skim Keselamatan Makanan

ECF dan P2P

1:2 

Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial

ECF dan P2P

1:2

Skim Perusahaan Sosial

P2P Sahaja

1:1

RM500,000

  • Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF; dan  

  • Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).
  • Kumpulan sasaran:
SPS Jaja 4.0
  • Sektor Penjaja, 
  • Sektor Penjagaan dan Perawatan, 
  • Sektor Makanan, 
  • Sektor Pembuatan, 
  • Sektor Pengumpulan Barang.
SPS Agro 3.0
  • Sektor Pertanian, 
  • Sektor Penternakan, 
  • Sektor Perhutanan, 
  • Sektor Perladangan.
  • Sektor Akuakultur, 
  • Perikanan Darat dan Laut.
SPS Lain Upaya 4.0
  • Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektor
SPS Asal 4.0
  • Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Seni 4.0
  • Semua kelas di bawah: 
    • Sektor Kesenian, 
    • Kebudayaan, 
    • Kreatif, 
    • Karangkraf, 
    • Silat, Budaya Warisan, 
    • Seni Ukir, 
    • Jurusolek; dan 
    • Artifak.
SPS Gig 5.0
  • Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
SPS Usahawanita 4.0
  • Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
SPS Sukan 3.0
  • Semua sukan termasuk:
    • Sukan tradisional, 
    • e-sukan, 
    • jurulatih, 
    • ahli sukan bertaraf profesional, 
    • pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau 
    • silat olahraga.
SPS Didik 3.0
  • Sektor pendidikan seperti: 
    • pendidik, 
    • pelajar latihan industri, 
    • pengajar, 
    • tutor, 
    • pengajar agama, 
    • kaunselor; dan 
    • pakar motivasi.
SPS Servis 3.0
  • Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, 
  • Sektor Perkhidmatan Profesional, 
  • Premis Penginapan, 
  • Pemprosesan Data, 
  • Malim Gunung, 
  • Pemandu Pelancong, 
  • Segala Sukarelawan, 
  • Pegawai Keselamatan, 
  • Teknologi Maklumat, 
  • Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SPS Lancong 1.0
  • Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.
SPS Pemimpin Masyarakat 1.0
  • Datuk Batin, 
  • Pemimpin Masyarakat, 
  • Ketua Rumah Panjang; atau 
  • Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0
  • Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(70 peratus)

Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM162.80

RM70.00

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ialah inisiatif yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau insiden semasa menjalankan tugasan berkaitan rumah tangga. 
  • Skim ini memberi perlindungan sekiranya berlaku:

    i. Kecederaan atau bencana domestik sama ada di dalam atau di luar rumah, semasa menguruskan rumah tangga; 

    ii. Penyakit atau keuzuran yang menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan, yang diperakui oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 

  • Penyertaan dalam skim ini adalah secara sukarela, dan ditawarkan sebagai usaha menyokong kesejahteraan suri rumah yang sering terdedah kepada risiko semasa melaksanakan tanggungjawab harian
  • Faedah caruman SKSSR:

i. Caruman sebanyak RM120 yang perlu dibayar terlebih dahulu (in advance) bagi tempoh 12 bulan berturut-turut.

ii. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

iii. Sekiranya seorang suami memilih untuk membuat caruman untuk isterinya, prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi memastikan suri rumah mendapat perlindungan yang berterusan.

iv. Jika suami tidak berupaya untuk meneruskan caruman disebabkan hilang pendapatan dan sebagainya, PERKESO perlu dimaklumkan dalam tempoh 60 hari sebelum tamat tempoh caruman sedia ada

  • Faedah perlindungan bencana domestik:
Faedah Perubatan
  • Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan (tertakluk kepada Akta Fi 1951) dan layanan pesakit luar di hospital, dispensari, klinik atau institusi lain. Kemasukan ke wad dengan kelayakan wad kelas kedua Hospital Kerajaan.
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Apa-apa hilang upaya kekal yang disebabkan oleh bencana domestik, yang mengurangkan keupayaan suri rumah berinsurans untuk menguruskan rumah tangga dan ditaksirkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran pukal sehingga RM30,000 bagi satu tempoh caruman mengikut jenis kecederaan.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Bayaran sebanyak RM250 sebulan kepada suri rumah yang berhak kepada faedah hilang upaya kekal atau elaun keuzuran jika dan selagi suri rumah tidak upaya secara teruknya hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Pembiayaan sehingga RM50,000 dalam satu tempoh caruman jika suri rumah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan dan disyorkan memerlukan kemudahan pemulihan jasmani seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat dan lain-lain. Rawatan bagi dialisis ialah sebanyak RM 200 setiap bulan atau menurut Akta Fi 1951
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.
  • Faedah perlindungan keilatan:
Elaun Keuzuran
  • Bayaran secara bulanan sebanyak RM300 jika suri rumah berinsurans disahkan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangganya. Faedah ini akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, bayaran faedah pengurusan mayat sebanyak RM3,000 sekali sahaja akan dibayar kepada orang tanggungan yang layak atau pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian.
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestik atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun. 
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda