Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Syarat Kelayakan:
i. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
ii. Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 December 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
iii. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 13 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2025
iv. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan)
v. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly
vi. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 dan
vii. tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 December 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
i. Malaysia Airlines Berhad / FireFly / MASwings: Klik di sini untuk semak panduan tempahan (Booking Guide)
ii. AirAsia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui Chat with Bo; atau
iii. Batik Air Malaysia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
RM400 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM400. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur - Kuching (Tiket 1) pada harga RM300 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching - Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau | ||||
Jumlah | RM450 | RM400 | RM50 |
Pelajar disarankan untuk berhubung terus bersama syarikat penerbangan sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai tiket penerbangan dan permohonan baucar di syarikat penerbangan seperti berikut:
i. Malaysia Airlines Berhad / Firefly / MASwings: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines melalui pautan borang maklum balas. Pelajar perlu memilih "Enquiry" untuk "Type", "General" untuk "Area" dan "Others" bagi "Category".
ii. AirAsia: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia melalui saluran 'AskBo' di laman sesawang AirAsia dengan memilih butang pintas 'FLYsiswa
iii. Batik Air Malaysia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Penambahan laluan-laluan baharu Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) seperti yang berikut:
i. Kota Kinabalu ke Layang-Layang
Syarat Kelayakan:
i. Orang awam
ii. Penduduk dalaman Sabah dan Sarawak
iii. Pengguna pengangkutan awam / kapal terbang
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Perkara | Penerangan |
---|---|
Tempoh Pelaksanaan |
|
Kemudahan Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Cagaran |
|
Nota:
i. Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
ii. Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Syarat Kelayakan:
i. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) termasuk Perusahaan Besar dengan jumlah pegangan ekuiti sebanyak 51% atau lebih oleh Bumiputera.
ii. Perniagaan patuh Syariah.
iii. Produk atau servis yang ditawarkan telah berada di pasaran serantau atau bersedia untuk dieksport ke pasaran serantau.
v. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
vi. Sekurang - kurangnya 5% pertumbuhan pendapatan tahunan dan mencatatkan keuntungan pada dua (2) tahun terkini untuk operasi (kecuali untuk tahun kewangan berakhir 2020 dan 2021, di mana terjejas akibat pandemic COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan).
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Geran Padanan Bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan menyokong pembangunan dan penyertaan PKS Aeroangkasa Bumiputera ke arah pertumbuhan menyeluruh dan seimbang dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia.
Memindahkan nilai kontrak yang tinggi bagi pakej kerja dan perkhidmatan
Membantu PKS Aeroangkasa Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka, meningkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia serta menarik pelaburan asing baharu ke negara ini
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Geran | Sehingga maksimum RM2.5 juta |
Tempoh Geran | Sehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan |
Margin Geran | Sehingga 80% |
Skop Geran |
|
Syarikat Aeroangkasa / E&E di Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965/2016;
Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia Bumiputera;
Syarikat mesti terlibat dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan.
Permohonan geran boleh dikemukakan secara emel ke [email protected].
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Program ini juga untuk menyokong NEF Strategic Thrust 6: INTERNATIONALIZATION OF LOCAL ENTREPRENEURS dan mewujudkan lebh ramai pengeksport Bumiputera melalui program intervensi berstruktur
Ciri-ciri program |
|
Skop program |
|
Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025
Terakhir dikemas kini pada 19/08/2025
Bentuk program/ aktiviti/ acara seni, budaya dan warisan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Pameran/ Ekspo/ Festival;
ii. Pementasan/ Persembahan/ Konsert;
iii. Pertandingan
iv. Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Simposium/ Kolokium;
v. Penerbitan/ Rakaman/ Pendokumentasian/ Pendigitalan; dan
vi. Program-program lain seumpamanya yang diperaku oleh MOTAC
Bidang-bidang seni, budaya dan warisan seperti dinyatakan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) seperti berikut:
i. Warisan:
ii. Seni:
iii. Media:
Senarai Objek Warisan:
i. Objek Warisan Ketara
ii. Objek Warisan Tidak Ketara
Pengiktirafan Peringkat Dunia:
i. Tapak Warisan Dunia (World Heritage Sites - WHS)
ii. Warisan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage - ICH)
iii. Pengiktiraf Dokumentari dan Dokumentasi Warisan (Memorial of the World - MoW)
iv. Penciptaan:
Entiti yang LAYAK memohon GSSK MOTAC adalah seperti berikut:
i. NGO / Persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar dan masih aktif di bawah Akta Pertubuhan 1966;
ii. Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966;
iii. Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Objektif penubuhan Koperasi perlu mengandungi elemen seni, budaya dan warisan);
iv. Syarikat Swasta (Perlembagaan Syarikat mengandungi elemen seni, budaya dan warisan); dan
v. Lain-lain entiti berdaftar dengan kerajaan dan diperaku oleh MOTAC
Entiti yang TIDAK LAYAK memohon GSSK MOTAC adalah seperti berikut:
i. Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan;
ii. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Persekutuan dan Negeri;
iii. Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM);
iv. Sebarang organisasi yang tidak berdaftar dengan kerajaan;
v. Pertubuhan politik dan keagaaman;
vi. Individu/ Orang perseorangan; dan
vi. Mana-mana entiti yang telah disenarai hitam oleh kerajaan
Kadar Penyaluran:
Kelulusan | Penyaluran (Peratusan daripada jumlah kelulusan keseluruhan) | |
---|---|---|
Pertama | Kedua | |
RM100 ribu dan ke bawah | 60% | 40% |
Melelbihi RM100 ribu | 40% | 60% |
Nota: Permohonan bagi program/ aktiviti/ acara/ yang telah menerima bantuan/ geran/ insentif/ kewangan daripada MOTAC atau jabatan/ agensi di bawah MOTAC atau mana-mana kementerian/ jabatan/ agensi bagi progam yang sama dalam tahun 2025 adalah TERTAKLUK KEPADA PERTIMBANGAN MOTAC
Urus Setia Geran Sokongan Sektor Kebudayaan,
Bahagian Dasar Kebudayaan,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,
Aras 4, No.2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
Tel: 03-8891-7399 / 7537 / 7372 / 7094
E-mel: [email protected]
Nota: Bagi maklumat terperinci, pihak pemohonan hendaklah membaca Garis Panduan GSSK 2025 yang dilampirkan bagi membuat permohonan
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:
i. Bayaran one-off sehingga RM50,000 kepada anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi
ii. Waris pegawai yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran tambahan one-off sebanyak RM20,000
iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200%, daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan, kepada pegawai yang memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat Hilang Upaya Kekal 100%
iv. Pegawai yang mendapat Cuti Sakit Lanjutan (CSL) akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran RM25/hari.
v. Skim ini kini meliputi perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri janji temu kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan dalam waktu bekerja
Pegawai yang layak dipertimbangkan untuk bayaran faedah skim ini adalah:
i. Pegawai lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat sebelum 1 Jun 2013.
iii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 dengan gaji melebihi RM3,000.00 sebulan.
Pegawai dalam kategori berikut tidak layak untuk bayaran faedah skim ini:
i. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 tetapi menerima gaji RM3,000.00 sebulan atau kurang.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat mulai 1 Jun 2016.
iii. Pegawai yang dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.
Skim ini meliputi bencana kerja yang berlaku dalam keadaan berikut:
i. Kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi.
ii. Kemalangan yang berlaku akibat perbuatan anasir jahat dalam tugas rasmi.
iii. Kemalangan semasa perjalanan pergi/balik ke tempat kerja secara laluan biasa dan munasabah.
iv. Kemalangan semasa perjalanan rasmi seperti menghadiri kursus atau lawatan kerja.
v. Kemalangan semasa waktu rehat rasmi atau rehat yang dibenarkan.
vi. Mulai 1 Januari 2025, kemalangan semasa janji temu kesihatan dan mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi dan balik), dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara:
i. Secara Dalam Talian Permohonan dibuat melalui Portal Sistem Ex Gratia Bencana Kerja
ii. Secara Manual Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan menggunakan Borang BTX (Pindaan 2025) atau Borang BTX-HUS (bagi faedah Hilang Upaya Sementara)
Nota:
i. Permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh 7 tahun dari tarikh bencana.
ii. Bencana yang berlaku sebelum 1 Januari 2025 mesti dikemukakan sebelum 1 Januari 2032
Dokumen yang diperlukan:
i. Semua Permohonan
ii. Permohonan Hilang Upaya Kekal (HUK)
iii. Untuk Permohonan Kematian