Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
Pilih Barangan Keperluan | Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga |
Tunjuk MyKad untuk Pengesahan | Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan |
Tukar Nombor Pin | Penerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru |
Imbas Kod Barangan | Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan |
Bayar Menggunakan MyKad | Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian |
Simpan Resit untuk Semakan | Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Kewangan dengan klik di sini
Nota: Tak boleh pindah milik dan baki yang tidak digunakan akan luput dan diagih semula kepada golongan rentan
Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau klik di sini untuk merujuk garis panduan
Syarat Kelayakan:
i. Ibu Bapa / Penjaga
Contoh pengiraan pendapatan Perkapita:
RM18,000 Pendapatan isi rumah (Ibu RM3,000 + bapa RM4,000 + pendapatan anak RM1,500) ÷ Bilangan isi rumah (5 orang) | RM8,500 ÷ 5 = RM1,700 (layak menerima subsidi) |
Kaedah Permohonan:
i. Ibu bapa isi borang permohonan
ii. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
iii. Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran
iv. Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025
Kad ini boleh digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti:
i. Pasaraya
ii. Pakaian
iii. Makanan dan minuman
iv. Perjalanan dan penginapan
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kad Pekerja MADANI
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut
iii. Tiada yuran pendaftaran; program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
Sila klik di sini untuk membuat permohonan. Permohonan Kad Pekerja Madani boleh dibuat secara dalam talian melalui langkah-langkah berikut:
i. Sila klik di sini untuk melayari portal rasmi Kad Pekerja Madani.
ii. Klik butang "Daftar Akaun" di bahagian atas skrin.
iii. Lengkapkan maklumat dan hantar permohonan
Nota: Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Ibu Pejabat atau Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri berhampiran
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Program ini merangkumi tiga modul utama:
i. Modul Pengurusan Kewangan
ii. Modul Kemahiran Perundangan
iii. Modul Pembangunan Potensi
Modul | Penerangan | Fasa 1 (Pengenalan secara dalam talian) | Fasa 2 (Kursus Intensif secara fizikal) | Fasa 3 (Coaching and Mentoring secara dalam talian dan fizikal) |
Pengurusan Kewangan |
|
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa |
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa
|
|
Kemahiran Perundangan |
|
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa |
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa
|
|
Pembangunan Potensi |
|
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa |
Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa |
|
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Jabatan Pembangunan Wanita
Syarat Kelayakan:
i. Ibu tunggal mengikut definisi KPWKM (wanita ketua isi rumah yang mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah)
ii. Warganegara Malaysia.
iii. Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi diri.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Jabatan Pembangunan Wanita
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
i. Semakan status kemiskinan secara online.
ii. Penyelarasan maklumat bantuan.
iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Nota: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.
Punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada:
i. Pekerjaan Bergaji.
ii. Bekerja Sendiri.
iii. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
iv. Pindahan Semasa diterima.
Cara pengiraan Pendapatan Per Kapita dalam sistem eKasih:
i. Pendapatan Per Kapita:
ii. Contoh pengiraan:
Nota: Jika PGK semasa menetapkan RM300 ke bawah sebagai miskin tegar, maka isi rumah tersebut layak didaftarkan sebagai miskin tegar.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 09/07/2025
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau klik di sini untuk cara memohon Program Dana Kerjaya 3.0
Syarat Kelayakan:
i. Majikan hendaklah telah berdaar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
ii. Majikan atau perusahaan hendaklah telah berdaar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
iii. Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.
iv. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaar dalam Portal MYFutureJobs. Sekiranya majikan mengambil calon pekerja selain dari senarai yang berdaar dalam Portal MYFutureJobs, majikan hendaklah memastikan agar pekerja yang diambil tersebut kemudiannya berdaar dengan Portal MYFutureJobs.
v. Pekerja hendaklah berdaar dan melengkapkan profil di Portal MyFutureJobs (Medan nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman kerja). Majikan digalakkan membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs dan kadar gaji adalah mengikut kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.
vi. Majikan hendaklah mengemaskini tarikh berhenti kerja selewat-lewatnya 15 hari bulan pada bulan berikutnya di Portal Kerjaya MADANI - Daya Kerjaya 3.0 atau Portal ASSIST sekiranya berlaku perubahan status pekerja.
vii. Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja selaras dengan Akta Kerja 1955 dan peraturan di bawahnya.
viii. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dengan niat untuk menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau pekerja yang baharu bagi tujuan permohonan Program Daya Kerjaya 3.0 diluluskan.
Tidak layak:
i. Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contract for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama. Walau bagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan utama, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerjanya adalah layak untuk membuat permohonan bagi insentif ini.
ii. Majikan yang TIDAK berdaftar atau mencarum dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semasa permohonan dilakukan.
iii. Majikan atau perusahaan yang TIDAK berdaar dengan SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan semasa permohonan dilakukan.
iv. Pekerja yang sedang menerima Insentif Penggajian Pekerja (Program Daya Kerjaya) bagi golongan mudah terjejas seperti OKU, warga emas, bekas banduan dan pesara di bawah Belanjawan 2024.
v. Golongan yang tidak tergolong daripada kumpulan bersasar (soalan 4).
vi. Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik dan anak yang diambil sebagai pekerja.
vii. Pekerja selain daripada pekerja berstatus warganegara, pemastautin tetap atau pemastautin sementara.
viii. Pekerja yang telah diberhentikan kerja atau berhenti kerja secara sukarela selepas menyertai program ini bagi tuntutan seterusnya.
ix. Pekerja yang telah berhenti / diberhentikan kerja dengan majikan yang memohon sebelum permohonan ini dibuat.
x. Pemilik perniagaan yang memohon untuk dirinya sendiri.
xi. Semua pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri atau individu yang tidak mempunyai majikan.
Kategori Kelayakan | Dokumen / Maklumat Pengesahan |
Orang kurang upaya (OKU) / Peserta Return to Work (RTW) di bawah PERKESO |
|
Orang diparol (ODP) / Orang bebas berlesen (OBB) / Penghuni bebas lesen (PBL) / Bekas banduan |
|
Dokumen yang diperlukan oleh majikan untuk membuat permohonan Program Dana Kerjaya 3.0:
i. Salinan akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank).
ii. Salinan nombor pendaaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh pihak Bank (Business Registration Number - BRN).
iii. Salinan pendaaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
iv. Salinan kad pengenalan pekerja (Depan dan Belakang).
v. Salinan kontrak pekerjaan pekerja dimohon di bawah program ini.
vi. Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja dan majikan.
vii. Bagi majikan sedia ada yang pernah memohon Insentif Penggajian sebelum ini yang telah diluluskan, rekod dokumen terdahulu akan disimpan secara automatik dalam Portal Kerjaya MADANI (Daya Kerjaya - Skim Galakan Sokongan Pekerjaan Golongan Rentan oleh Majikan). Walau bagaimanapun, majikan perlu mengemukakan dokumen tambahan yang berkaitan sekiranya diminta oleh PERKESO.
Nota: PERKESO berhak meminta sebarang dokumen pembuktian berkaitan sekiranya perlu. Rekod dan dokumen yang digunakan dalam permohonan ini hendaklah disimpan oleh majikan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk rujukan dan semakan PERKESO
Semakan status permohonan:
i. Sila klik di sini untuk semakan status permohonan secara dalam talian di Portal Kerjaya MADANI melalui laman sesawang
ii. PERKESO juga akan memaklumkan keputusan permohonan melalui medium yang telah berdaar di program ini.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 07/07/2025
Pemasaran Digital / Penjualan | Tingkatkan capaian dan jualan melalui stratergi dalam talian bersasar |
Sistem Pembayaran Digital / e-POS | Permudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat |
Sistem Pengurusan Gaji HR / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) | Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan |
Perancangan Sumber Perusahaan (ERT) / Perakaunan & Percukaian | Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara lansung |
Tandatangan Digital | Memastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah |
IoT / Sistem Pintar | Tingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar |
Keselamatan Siber | Lindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin |
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Funding Societies
Syarat Kelayakan:
i. Syarikat Malaysia Yang Berdaftar: PMKS/Koperasi dengan milikan sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
ii. Keperluan Pendaftaran: Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
iii. Tempoh Operasi: Beroperasi sekurang-kurangnya enam(6) bulan.
iv. Jumlah Pendapatan Tahunan: Purata Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
v. Penerima Geran Sebelum ini: PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI.
Dokumen Yang Diperlukan:
i. Dokumen Pengenalan: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah / pemegang saham / pemilik, mana-mana yang berkenaan.
ii. Lesen Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan / profil perniagaan SSM / dokumen pendaftaran SKM.
iii. Dokumen Kewangan: Akaun yang telah diaudit terkini, akaun pengurusan, atau penyata bank dua bulan terkini.
iv. Invois: Invois / sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk Soalan Lazim
Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi National Training Week (NTW) atau klik di sini untuk rujuk manual pengguna
Individu | Pemain Industri | Rakan Latihan dan Penyampaian |
|
|
Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
MADANI Industri desa merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan desa bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)
Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN)
Syarat Kelayakan:
i. Perusahaan mikro / kecil dimiliki oleh usahawan desa dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
ii. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
iii. Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
iv. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
v. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan (berdasarkan kategori dan jenis perusahaan).
Sila klik di sini untuk membuat permohonan dalam talian
Mengemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / cawangan utama negeri BSN
Dokumen yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah (jika berkenaan).
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan atau enam (6) bulan terkini.
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
Sila klik sini untuk menghubungi pasukan Credit Supervisory Team bagi maklumat lanjut
Terakhir dikemas kini pada 29/05/2025
MADANI Bakti merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)
Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Konsep Shariah |
|
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi MADANI Bakti
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Mengemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
Dokumen yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan).
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Salinan Kad Pesara / Penyata Bayaran Pencen atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemilik perniagaan adalah pesara dari sektor Kerajaan (badan beruniform).
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan atau enam (6) bulan terkini.
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.