Kenaikan kadar gaji minimum
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Kadar gaji minimum sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa pada 2025 adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja, terutamanya mereka yang bekerja di sektor swasta dengan pendapatan rendah. Ini juga bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara golongan pekerja dan golongan berpendapatan tinggi. 
  • Kenaikan gaji minimum RM1,700 ini menggantikan kadar RM1,500 yang sebelum ini. Walau bagaimanapun, kadar ini mungkin berbeza mengikut sektor. Sektor yang memerlukan kemahiran khusus atau pekerjaan profesional mungkin mempunyai kadar yang lebih tinggi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan akhbar

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan Industri Bawang
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Program Pembangunan Industri Bawang bagi petani-petani di negeri Perak, Kelantan, Selangor, Johor, Kedah dan Pulau Pinang
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program SCOPE untuk membantu banduan dan bekas banduan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Malaysian Short-Term Employment Programme (MySTEP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi pemanfaatan platform Portal Pekerjaan Nasional Malaysia (MYFutureJobs) diperluaskan bagi golongan sasar termasuk OKU dan warga emas dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 

 

  • Personel MySTEP tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa.

 

  • Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut: 

    i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan 

    ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.

     

  • Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dan tempoh itu hendaklah tidak melebihi 31 Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program MyLesen
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 25/04/2025

  • ​Program MyLesen B2 adalah inisiatif kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertujuan membantu golongan B40, termasuk pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) secara percuma. 

 

  • Program ini juga bertujuan melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling oleh pihak-pihak berkuasa pelabuhan kepada pelaut tempatan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling kepada pelaut tempatan bagi meningkatkan pengetahuan & kompetensi sebagai pelaut (up-skilling) supaya memiliki sijil had pelayaran perkapalan tanpa batas (unlimited)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda