iTEKAD: Memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/03/2025

  • iTEKAD adalah program penaung oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu usahawan mikro berpendapatan rendah meningkatkan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan demi menjana pendapatan berterusan. Program ini menggabungkan penyediaan aset perniagaan melalui kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat, dan wakaf tunai, bersama kewangan mikro serta latihan kewangan dan perniagaan yang berstruktur

 

 

  • Program iTEKAD menggabungkan pembiayaan, modal permulaan, dan latihan berstruktur untuk membantu usahawan mikro memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Latihan ini meningkatkan kemahiran dan kepintaran perniagaan, membantu mereka menjana pendapatan secara mampan. 
  • Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan dana untuk modal permulaan iTEKAD, yang akan dipadankan dengan dana kewangan sosial seperti derma, zakat, dan CSR. Selain itu, geran akan disalurkan melalui iTEKAD untuk menanggung sumbangan takaful tahunan bagi usahawan mikro, melindungi mereka daripada risiko seperti kemalangan dan bencana alam. Geran ini juga akan dipadankan dengan sumbangan daripada pengendali takaful, memberi manfaat kepada peniaga kecil, penghantar barang dan makanan, serta peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
  • Institusi kewangan yang menyertai iTEKAD adalah seperti berikut: 
Affin Islamic BerhadNama program
  • iTEKAD PERWIRA-i
Objektif
  • Menyokong pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan latihan dan produktiviti bagi menjana aliran pendapatan mampan melalui keusahawanan
Ciri pembiayaan
  • Dana zakat dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Pembiayaan dan latihan asas pengurusan perniagaan, ekonomi digital dan pemasaran atas talian
Segmen sasaran
  • Pesara Angkatan Tentera Malaysia
Rakan pelaksana
  • Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) 
  • Malaysian Research and Education Foundation (MyREF)
AmBank IslamicNama program
  • AmBank Islamic's iTEKAD Programme
Objektif
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan di peringkat awal perniagaan, dengan sokongan infrastruktur digital. 
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Geran yang dibiayai menggunakan zakat, serta sokongan bagi mempertingkat keupayaan digital perniagaan 
Segmen sasaran
  • Usahawan asnaf yang baru memulakan perniagaan mikro. 
Rakan pelaksana
  • Teraju Ekonomi Asnaf Selangor (TERAS) 
  • Koperasi Usahawan Srikandi Johor Berhad (KUSERI) 
  • Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) 
  • Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) 
  • Ibupreneur Malaysia Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) 
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Bank IslamNama program
  • iTEKAD BangKIT Microfinance 
  • iTEKAD Maju Microfinance
Objektif
  • Menyediakan pembiayaan ihsan / Qard untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan untuk asnaf yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
Ciri pembiayaan
  • Kemudahan pembiayaan mikro yang dibiayai menggunakan derma
  • Zakat wakalah dan kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  •  Pinjaman ihsan untuk permulaan perniagaan dan pengembangan perniagaan
  • Pembelian kelengkapan perniagaan menggunakan zakat untuk pengembangan perniagaan
Segmen sasaran
  • Usahawan mikro yang tidak layak untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan perbankan biasa 
  • Usahawan mikro B40 dan asnaf
Rakan pelaksana
  • Gerakwanis 
  • Persatuan Peniaga Pasar Siti Khadijah 
  • Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu 
  • Universiti Kuala Lumpur 
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
  • Yayasan Sultanah Bahiyah 
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 
  • Zakat Pulau Pinang (ZPP) 
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 
  • EDCHOPE Synergy 
  • People System Consultancy MADCAT World 
  • Majlis Belia Malaysia 
  • Noble Management & Consultancy
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Majlis Agama Islam Negeri
  • Universiti-universiti 
  • Syarikat peneraju yang membekalkan input pertanian dan memperoleh hasil pertanian
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 
  • Family Wellbeing Sdn Bhd 
  • Sabah Social Enterprise Association (SOSEA)
Bank MualamatNama program
  • iTEKAD Mawaddah
  • iTEKAD Mahabbah
Objektif
  • Menyediakan pembiayaan ihsan / Qard bagi menyokong pengusaha mikro atau pekerja ekonomi gig daripada sektor-sektor perniagaan terpilih (seperti yang dipersetujui dengan pemberi dana).
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan untuk asnaf yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan pelaburan mudarabah dua peringkat
  • Zakat wakalah dan kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Memudahkan proses pensijilan halal
  • Pinjaman ihsan bagi menyokong perniagaan dalam sektor makanan dan minuman serta ekonomi gig
Segmen sasaran
  • Usahawan mikro dalam perniagaan halal
  • Usahawan mikro dalam sektor makanan & minuman, serta ekonomi gig
Rakan pelaksana
  • Majlis Agama Islam Negeri 
  • People System Consultation Sdn Bhd 
  • Serunai Commerce COE Sdn Bhd
  • Kerajaan Negeri Pahang 
  • Right Track Education Sdn Bhd 
  • People System Consultation Sdn Bhd
  • Serunai Commerce COE Sdn Bhd
CIMB Islamic BankNama program
  • iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur Asnaf Programme
Objektif
  • Menyediakan peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan bagi menjana pendapatan yang stabil, digandingkan dengan latihan keusahawanan.
Ciri pembiayaan
  • Geran CSR dalaman, wakaf tunai dan kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Program latihan keusahawanan dan motosikal yang dibiayai oleh CSR dan wakaf untuk penerima manfaat, dengan peluang untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan jika diperlukan
Segmen sasaran
  • Individu daripada kategori B40 dan asnaf
Rakan pelaksana
  • Yayasan Belia Malaysia (YBM)
  • Taylor's Community Foodpanda
  • Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
  • Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
  • Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
  • Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak (TBS)
Public Islamic BankNama program
  • Public Islamic iTEKAD Micro Entrepreneurs Development Programme
Objektif
  • Menyokong usahawan mikro pada peringkat awal perniagaan mereka melalui latihan keusahawanan yang disesuaikan dengan sektor perniagaan masing-masing.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Pembangunan keusahawanan melalui sokongan dana dan latihan dalam pemasaaran & pengoperasian digital
Segmen sasaran
  • Usahawan asnaf
Rakan pelaksana
  • Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan (MAIWP) 
  • Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) 
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS)
RHB Islamic BankNama program
  • BEST-BYOB (B40 Empowerment Strategy - Be Your Own Boss)
Objektif
  • Menyediakan sokongan untuk memulakan perniagaan prafrancais melalui latihan berstruktur, padanan perniagaan dan bantuan kewangan.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan PKS
Proposisi nilai tambah
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan PKS
Segmen sasaran
  • Asnaf yang menceburi perniagaan sebelum peringkat francais
Rakan pelaksana
  • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Bank Simpanan NasionalNama program
  • BSN MulaNiaga
Objektif
  • Memudah cara pertumbuhan peserta secara beransur-ansur untuk boleh menggunakan perkhidmatan bank (bankable) dengan menyediakan latihan, bimbingan dan pembiayaansecara berperingkat.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dengan peralihan kepada kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Zakat wakalah dengan peralihan kepada kemudahan pembiayaan mikro
Segmen sasaran
  • Asnaf dan asnaf yang telah beralih kepada kemudahan pembiayaan mikro, yang mungkin tidak layak mendapat bantuan zakat atau kemudahan pembiayaan perbankan biasa
Rakan pelaksana
  • Teraju Ekonomi Asnaf Selangor (TERAS)
SME BankNama program
  • SME Bank iTEKAD Penjana Komuniti
  • SME Bank iTEKAD Ishraf
Objektif
  • Menyediakan latihan, bimbingan jangka pendek dan modal permulaan sebagai sokongan pembiayaan.
  • Menyediakan latihan, bimbingan jangka sederhana dan modal permulaan sebagai sokongan pembiayaan.
Ciri pembiayaan
  • SME Bank iTEKAD Ishraf
Proposisi nilai tambah
  • Geran yang dibiayai menggunakan zakat dan/atau dana CSR bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan
Segmen sasaran
  • Usahawan mikro B40 terdiri daripada asnaf dan ibu tunggal
  • Usahawan Asnaf
Rakan pelaksana
  • Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) 
  • Orang ramai dan badan-badan korporat (sumbangan melalui pendanaan orang ramai (crowd-in fund))
  • Majlis Agama Islam Negeri Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR)
  • Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 
  • FGV Holdings Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Etiqa Family Takaful Etiqa
  • General Takaful Bank Islam Malaysia Berhad
AgrobankNama program
  • Program Hijrah Asnaf Tanaman Nanas Berkelompok
  • Program Inkubator Usahawan Tanaman Rock Melon
  • Program Hijrah Asnaf Ayam Kampung, Program Hijrah Asnaf Ruminan, Program Hijrah Asnaf Tanaman Cili Fertigasi, Program Hijrah Asnaf Tanaman Hidroponik Meja and Program Hijrah Asnaf Tanaman Cendawan
  • Program Hijrah Asnaf Tanaman Kelapa, Program Hijrah Asnaf Tanaman Tembikai, Program Laman Cendawan, Program Hijrah Asnaf Tanaman Cili Fertigasi, Program Hijrah Asnaf Tanaman Nanas MD2, Program Inkubator Keusahawan Aquapreneur Pembenihan Udang Galah, Program Inkubator Keusahawanan Ternakan Rumpai Laut, Program Inkubator Keusahawanan Tanaman Rumput Napier, Program Hijrah Asnaf Agen Pemasar Produk Makanan Sejuk Beku, Program Pembangunan Usahawan Asnaf Street Food
Objektif
  • Menyediakan sokongan untuk meningkatkan kemahiran dan modal pembiayaan bagi membangunkan tanah wakaf untuk hasil tani bernilai tinggi.
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan kepada pelajar universiti yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan untuk asnaf yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
  • Menyediakan geran, latihan teknikal dan keusahawanan untuk asnaf yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro
  • Zakat dan pinjaman kebajikan yang dibiayai oleh dana tanggungjawab korporat sosial (CSR) dan akses kepada kemudahan pembiayaan
Proposisi nilai tambah
  • Geran menggunakan zakat yang digabungkan dengan pembiayaan mikro untuk menyokong usaha niaga dalam projek pertanian ataupun usahawanan pertanian.
Segmen sasaran
  • Asnaf yang komited untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan projek pertanian, iaitu menjadi usahawan tani.
  • Asnaf / pelajar berlatar belakang B40 atau asnaf, yang komited untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan projek pertanian, iaitu menjadi usahawan tani.
  • Asnaf / pelajar berlatarbelakangkan B40 atau asnaf, yang komited untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan projek pertanian, iaitu menjadi usahawan tani.
  • Asnaf yang komited untuk menceburi bidang keusahawanan dan mengusahakan projek pertanian, iaitu menjadi usahawan tani.
Rakan pelaksana
  • Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) 
  • Kulim Pineapple Farm
  • Agrobank Centre of Excellence (pusat pembangunan keusahawanan di Agrobank)
  • Majlis Agama Islam Negeri
  • Universiti-universiti
  • Syarikat peneraju yang membekalkan input pertanian dan memperoleh hasil pertanian
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Koperasi Permodalan Sahabat (KOSAHABAT)
  • Agrobank Centre of Excellence (pusat pembangunan keusahawanan di Agrobank)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Agrobank Centre of Excellence (ACE) 
  • Aris Burger
  • Benih Udang Port Dickson
  • FGV Holdings
  • International Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences (I-AQUAS UPM)
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM)
  • Koperasi Kolej Vokasional Pasir Puteh (KVPP)
  • Koperasi Usahawantani Alor Gajah Melaka Berhad (KUAGMB)
  • KPTM - Program Pembangunan Agropreneur Muda Siswazah (PROBEST)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
  • Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor Waqaf An-Nur Corporation Berhad 
  • MSR Growth Solutions
  • Persatuan Pengusaha Nanas Negeri Johor 
  • Pewaris Gadong Plantation Sdn Bhd 
  • Sinar Syukrawie Enterprise
  • Takaful Malaysia
  • Tisha's Food
  • UniKL
Maybank IslamicNama program
  • Aspirasi Wanita 
Objektif
  • Memperkasa ekonomi untuk para wanita dalam perusahaan mikro dan ekonomi gig, di samping menerapkan teknologi digital.
Ciri pembiayaan
  • Zakat dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro
Proposisi nilai tambah
  • Pembiayaan dan latihan untuk menyokong permulaan perniagaan atau kerjaya gig 
Segmen sasaran
  • Usahawan mikro atau pekerja gig daripada kategori asnaf
Rakan pelaksana
  • MADCash 
  • Majlis Agama Islam Negeri
Bank RakyatNama program
  • Bank Rakyat UNIpreneur 
  • RAKYATpreneur 
  • Rakyatpreneur B40
Objektif
  • Menyokong belia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan melalui bimbingan dan pemantauan. 
  • Memberikan sokongan kepada usahawan mikro pada peringkat awal perniagaan mereka melalui bimbingan dan pemantauan. 
  • Memberikan sokongan kepada usahawan melalui bimbingan dan pemantauan.
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan PKS 
  • Peruntukan Pihak Kerajaan dan akses kepada kemudahan pembiayaan PKS
Proposisi nilai tambah
  • Geran yang dibiayai menggunakan zakat dan/atau peruntukan Pihak Kerajaan untuk memulakan perniagaan francais
Segmen sasaran
  • Pelajar universiti berlatar belakang B40 / asnaf dan berminat untuk menjadi usahawan. 
  • Usahawan mikro asnaf dengan perniagaan yang telah beroperasi sekurang- kurangnya 3 bulan. 
  • Usahawan mikro berlatar belakang B40 yang bukan asnaf.
Rakan pelaksana

Sebanyak 25 universiti di seluruh negara 

  • Universiti Malaya (UM) 
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) 
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
  • Universiti Sains Malaysia (USM) 
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM) 
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS) 
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS) 
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Pertahanan Nasional Berhad (UPNM)
  • Management & Science University (MSU) Asia e 
  • University (AeU) Widad University College (WIDAD) 
  • Kolej Komuniti Malaysia
  • Majlis Agama Islam Negeri 
  • UiTM Technoventures Sdn Bhd (UTVSB)
  • SME Corp
  • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Hong Leong Islamic BankNama program
  • Business Foundation Program
  • Marginalised Asnaf Empowerment Program 
  • Women Excellence 
  • SURI Youth Empowerment Program 
  • Central Kitchen
Objektif
  • Menyediakan dana dan latihan kepada golongan berpendapatan rendah yang terpinggir bagi menceburi bidang keusahawanan dalam pelbagai sektor ekonomi.
  • Memberikan akses ke fasiliti dapur pusat dan menyediakan latihan kepada golongan usahawan mikro yang ingin menceburi bidang memasak.
Ciri pembiayaan
  • Pinjaman kebajikan yang dibiayai oleh dana tanggungjawab korporat sosial (CSR) dan akses kepada kemudahan pembiayaan
  • Geran yang dibiayai zakat dengan akses kepada kemudahan pembiayaan
  • HLISB Special Fund for Projects dan akses kepada kemudahan pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan
  • Pembiayaan kapital daripada rakan pelaksana dan akses kepada kemudahan pembiayaan
Proposisi nilai tambah
  • Pembiayaan dan latihan untuk menyokong permulaan perniagaan, dipertingkatkan melalui kaedah 'digital onboarding'
  • Latihan teknikal dan pembiayaan aset perniagaan untuk memupuk kemahiran jahitan dan keusahawanan
  • Latihan teknikal untuk menyokong usahawan wanita meningkatkan hasil perniagaan
  • Pembiayaan dan latihan teknikal untuk menyokong kemahiran menjahit antara belia B40
  • Akses kepada dapur pusat dan peralatan perniagaan untuk menyokong permulaan perniagaan
Segmen sasaran

B40 dengan tumpuan khusus kepada segmen berikut: 

  • Ibu bapa tunggal 
  • Suri rumah Golongan Kurang Upaya (OKU) 
  • Belia Menganggur 
  • Usahawan wanita
  • Asnaf wanita
  • Usahawan wanita
  • Belia B40 dari Langkawi, terutamanya golongan ibu tunggal
  • Usahawan dalam bidang F&B
Rakan pelaksana
  • Alfie Sdn. Bhd. 
  • MADCash
  • SURI
  • Lembaga Zakat Selangor 
  • MADCash
  • SURI
  • Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) 
  • Rakan pelaksana NCIA (Bakal dilantik)
Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM)Nama program
  • myZakat - Program Transformasi Usahawan Asnaf 
Objektif
  • Memperkasa usahawan mikro berpendapatan rendah di Terengganu dengan modal permulaan dan peralatan perniagaan, latihan keushawanan serta pembiayaan mikro 
Ciri pembiayaan
  • Zakat wakalah dan akses kepada kemudahan pembiayaan mikro 
Proposisi nilai tambah
  • Program rintis multibank* iTEKAD
Segmen sasaran
  • Usahawan mikro dalam sektor makanan dan minuman
Bank Ahli
  • Affin Islamic Bank 
  • AmBank Islamic 
  • Bank Islam 
  • Bank Muamalat 
  • Bank Rakyat 
  • Bank Simpanan Nasional 
  • Hong Leong Islamic 
  • Bank RHB Islamic Bank
Rakan pelaksana
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu 
  • ZL Empire Sdn Bhd
Nota: Program mutltibank iTEKAD: Sebuah program iTEKAD yang melibatkan lebih daripada satu institusi kewangan peserta, menawarkan secara bersama akses pembiayaan mikro kepada peserta program iTEKAD yang layak, di samping turut menyumbang kepada dana modal permulaan atau komponen latihan berstruktur.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BNM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program NUR: CHILLER
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program NUR: CHILLER adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM250/RT (maksimum sebanyak RM75,000) kepada pemilik syarikat yang menukar chiller baharu bagi tujuan comfort cooling pada tahun 2025.
  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama dua (2) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2026.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula(TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) adalah dua inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil sawit meningkatkan pengeluaran hasil dan memperbaiki infrastruktur pertanian mereka

 

  • TSPKS bertujuan untuk memberikan pembiayaan mudah kepada pekebun kecil sawit bagi tujuan menanam semula pokok sawit yang sudah tua atau tidak produktif. Program ini memberikan kemudahan pinjaman yang lebih rendah kadar faedahnya, bagi memastikan pekebun kecil dapat menggantikan pokok sawit yang telah mencapai usia maksimum pengeluaran dengan tanaman baru yang lebih produktif

 

  • IPPKS pula bertujuan untuk menyediakan bantuan input pertanian seperti baja, racun, alat dan mesin pertanian kepada pekebun kecil sawit. Ini untuk meningkatkan hasil pengeluaran sawit dengan memastikan bahawa pekebun kecil mempunyai akses kepada sumber yang diperlukan untuk menguruskan ladang mereka dengan lebih baik.

 

  • Kelebihan Permbiayaan:
    • Kadar keuntungan pembiayaan serendah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan
    • Jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM91,000 dan RM16,250 masing-masing untuk TSPKS dan IPPKS
    • Tempoh pembiayaan yang panjang iaitu maksimum 12 tahun (bagi TSPKS) dan 2 tahun (bagi IPPKS)
    • Banyaran ansuran bagi skim TSKPS hanya bermula pada bulan ke-49 (usia sawit 5 tahun)
    • Had keluasan untuk pembiayaan sehingga maksimum 6.5 hektar

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Agrobank

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Skim Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) adalah sebuah skim pembiayaan tanpa cagaran di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bagi usahawan mikro eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina bertujuan untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

Perkara 

Keterangan 

Tujuan Pinjaman 
  • Modal Kerja / Pembelian Aset / Ubahsuai Premis Perniagaan 
Jumlah Pinjaman 
  • RM5,000 hingga RM50,000 
Tempoh Pinjaman 
  • 6 bulan hingga 5 tahun 
Jenis Sektor Perniagaan 
  • Peruncitan dan Pemborong / Pembuatan / Perkhidmatan

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi BSN

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program TVET Tahfiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi TVET MARA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Nur: Domestik
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program NUR: DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECos) pada tahun 2025.

 

  • Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SPS Madani
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025

  • SPS MADANI ialah inisiatif kerajaan yang menyediakan pembiayaan caruman 100% bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO. 

 

  • Inisiatif ini bertujuan untuk melindungi individu yang bekerja sendiri dengan memberi perlindungan sosial secara percuma selama 12 bulan (1 tahun)

 

Pelan CarumanSumbangan KerajaanTempoh Perlindungan
Pelan 2 (RM232.80)

100%

12 bulan (Setahun)

Pelan 4 (RM592.80)

 

  • Kumpulan Sasaran:

    i. Sukarelawan 2.0

    • APM, ATM, MARITIM, PDRM, BOMBA, RELA, PBSM, SJAM, KKM

    ii. Pekhidmat Rumah Ibadat Islam 2.0

    ii. Penyelia & Petugas Komuniti 2.0

    iii. Contract for Service 2.0 (Bagi sektor awam)

     

  • Faedah & Manfaat SKSPS (Perlindungan Percuma):

    i. Faedah Perubatan 

    ii. Faedah Hilang Upaya Sementara 

    iii. Faedah Hilang Upaya Kekal 

    iv. Faedah Orang Tanggungan

    v. Elaun Layanan Sentiasa 

    vi. Faedah Pengurusan Mayat 

    vii. Kemudahan Pemulihan Jasmani & Vokasional 

    viii. Faedah Pinjaman Pendidikan

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PERKESO

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 13/03/2025

  • ​Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja gig dan peniaga kecil, untuk memiliki rumah sendiri. 
  • Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh 

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi:

    i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan 

    ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

 

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Kampung Angkat MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Program Kampung Angkat MADANI adalah inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Ia bertujuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, lampu jalan, akses internet dan fasiliti komuniti di kampung-kampung terpilih. 
  • Program ini dipantau oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diterajui oleh Kementerian Kewangan. 
  • Sebanyak 43 kampung telah dipilih dengan peruntukan RM107 juta, di mana setiap kementerian atau agensi yang terlibat menerima sehingga RM2.5 juta. 
  • Program ini telah memberi manfaat kepada komuniti setempat, seperti peningkatan kemudahan pengurusan jenazah di Kampung Masjid, Ijok, serta pembangunan potensi pelancongan dan pertanian di Kampung Kiau. 
  • Kerajaan juga merancang untuk memperluaskan program ini kepada 200 kampung pada tahun akan datang dengan tambahan peruntukan RM200 juta, menjadikannya salah satu usaha utama untuk meningkatkan kesejahteraan luar bandar secara inklusif dan mampan. 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi ICU JPM

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BUDI Agri-Komoditi
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/01/2025

  • BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. 
  • BUDI Agri-Komoditi ini khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan KPKM atau KPK. 
  • Permohonan BUDI Agri-Komoditi berkuatkuasa bermula 28 Mei 2024 
  • Permohon akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda