Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini
ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur:
i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan
ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun
iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun
50 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:
i. Kanser
ii. Keadaan berkaitan Jantung
iii. Otak, Saraf dan Otot
iv. Mata, Telinga dan Pertuturan
v. Keadaan berkaitan Hati
vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang
vii. Keadaan berkaitan HIV
viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal
ix. Penyakit Terminal (membawa maut)
|
Tahun | 2024 | 2025 |
Tempoh kelayakan | 1 Januari 2024 - 31 Disember 2024 | 1 Januari 2025 - 31 Disember 2025 |
Tempoh Penyerahan Tuntutan | 1 Januari 2024 - 30 Jun 2025 | 1 Januari 2025 - 30 Jun 2026 |
Sila rujuk ilustrasi di bawah:
i. Encik A adalah penerima mySalam bagi tahun 2024. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2024. Beliau layak untuk menuntut jumlah tuntutan sebanyak RM8,000 dibawah Manfaat Penyakit Kritikal atau sehingga RM700 bagi Manfaat Hospitalisasi bagi tahun 2024.
ii. Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada mySalam sebelum 30 Jun 2025.
iii. Sebarang tuntutan bagi perlindungan pada tahun 2024 yang diterima selepas 30 Jun 2025 tidak akan diterima dan diproses.
Manfaat Hospitalisasi:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Nota: Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web mySalam untuk maksimum 14 hari setahun.
Peringatan: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini.
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nota: Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal.
Peringatan: Kecederaan yang dilakukan sendiri, peperangan / rusuhan, keganasan / pelanggaran undang-undang dan peristiwa berlaku sebelum tarikh berkuatkuasa dikecualikan untuk menerima Manfaat Penyakit Kritikal
Terakhir dikemas kini pada 10/06/2025
Tarikh Kematian | Fasa Kelulusan | Tarikh Tuntutan |
01 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025 | Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1 | Bermula 03 Febuari 2025 |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 2 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa | |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 3 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa | |
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 4 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa |
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Syarat Kelayakan:
i. SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus LULUS kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
i. Pasangan
ii. Ibu
iii. Bapa
iv. Adik-Beradik
v. Cucu
iv. Anak (Anak Kandung / Anak Tiri / Anak Angkat)
Bil. | Kategori | Individu Meninggal Dunia | Kelulusan STR 2025 | Tarikh Kematian | Kelayakan SKK |
1. | Kahwin (bukan warga emas) | Pemohon | Lulus Permohonan STR 2025 | 01 Januari 2025 hingga 31 December 2025 | Layak |
Pasangan (warganegara) | |||||
2. | Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (bukan warga emas) yang mempunyai anak | Pemohon | |||
3. | Warga Emas Isi Rumah / Bujang / Tiada Pasangan | Pemohon | |||
Pasangan (warganegara) |
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN adalah:
i. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
Tempoh masa Surat Pengesahan:
a. Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
b. Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid
Bantuan Awal Persekolahan akan dilaksanakan mengikut jadual berikut:
13 Januari 2025 (Sesi Persekolahan 2024 / 2025) | Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 |
16 Februari 2025 (Sesi 2025 / 2026) | Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 |
1 Julai 2025 | Murid Tingkatan 6 baharu |
i. Sekolah Kerajaan (SK) ii. Sekolah bantuan kerajaan (SBK) iii. Sekolah swasta iv. Sekolah agama v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) vi. Sekolah integriti (SI) vii. Sekolah Henry Gurney (SHG) viii. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ix. Maktab Tentera Diraja (MTD) |
BAP disalurkan oleh KPM secara berperingkat seperti yang berikut:
Sekolah | Penyaluran |
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK Sekolah |
Kolej PERMATA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian PERMATA |
SABK yang tiada akaun KWK | Mulai bulan Januari tahun semasa ke BPI |
Sekolah Agama dan Sekolah Swasta | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun sekolah / pemegang amanah (trustee) / syarikat bagi sekolah |
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih | Mulai bulan Januari tahun semasa ke akaun KWK sekolah |
Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney | Mulai bulan Januari tahun semasa ke Bahagian Kewangan, KDN |
Maktab Rendah Sains MARA | Mulai bulan Januari tahun semasa ke MARA tertakluk kepada pengesahan Kementerian Kewangan |
Maktab Tentera Diraja | Mulai bulan Januari tahun semasa ke UGAT |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk kepada pengumuman rasmi berkenaan agihan Bantuan Awal Persekolahan 2025 atau klik di sini untuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2024: Bantuan Awal Persekolahan
Syarat kelayakan:
|
Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:
i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau
ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Program Pemulihan Komuniti (PDK) adalah satu program pemulihan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah Belanjawan 2025 dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar; atau iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau iv. Sekiranya OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; ATAU vi. Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga.
|