Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:
i. Bayaran one-off sehingga RM50,000 kepada anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi
ii. Waris pegawai yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran tambahan one-off sebanyak RM20,000
iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200%, daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan, kepada pegawai yang memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat Hilang Upaya Kekal 100%
iv. Pegawai yang mendapat Cuti Sakit Lanjutan (CSL) akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran RM25/hari, terhad kepada 180 hari setahun
v. Skim ini kini meliputi perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri temujanji kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan dalam waktu bekerja
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pegawai yang layak dipertimbangkan untuk bayaran faedah skim ini adalah:
i. Pegawai lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat sebelum 1 Jun 2013.
iii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 dengan gaji melebihi RM3,000.00 sebulan.
Pegawai dalam kategori berikut tidak layak untuk bayaran faedah skim ini:
i. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 tetapi menerima gaji RM3,000.00 sebulan atau kurang.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat mulai 1 Jun 2016.
iii. Pegawai yang dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.
Skim ini meliputi bencana kerja yang berlaku dalam keadaan berikut:
i. Kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi.
ii. Kemalangan yang berlaku akibat perbuatan anasir jahat dalam tugas rasmi.
iii. Kemalangan semasa perjalanan pergi/balik ke tempat kerja secara laluan biasa dan munasabah.
iv. Kemalangan semasa perjalanan rasmi seperti menghadiri kursus atau lawatan kerja.
v. Kemalangan semasa waktu rehat rasmi atau rehat yang dibenarkan.
vi. Mulai 1 Januari 2025, kemalangan semasa janji temu kesihatan dan mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi dan balik), dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara:
i. Secara Dalam Talian Permohonan dibuat melalui Portal Sistem Ex Gratia Bencana Kerja
ii. Secara Manual Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan menggunakan Borang BTX (Pindaan 2025) atau Borang BTX-HUS (bagi faedah Hilang Upaya Sementara)
Nota:
i. Permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh 7 tahun dari tarikh bencana.
ii. Bencana yang berlaku sebelum 1 Januari 2025 mesti dikemukakan sebelum 1 Januari 2032
Dokumen yang diperlukan:
i. Semua Permohonan
ii. Permohonan Hilang Upaya Kekal (HUK)
iii. Untuk Permohonan Kematian