Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) merupakan bantuan tunai yang disediakan khusus bagi golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka melalui bayaran elaun bulanan sebanyak RM250.00 secara berterusan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.

i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rebat Bil Elektrik RM40
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025

  • Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Program ini dilaksanakan untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. 
  • Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198 dan pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan.

 

  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi PETRA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
Caruman
  • RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
  • Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.
Perlindungan
  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. 
  • SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran
  • Faedah perlindungan bencana domestik:
Faedah Perubatan
  • Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Pencen Penakat
  • ika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.
  • Faedah perlindungan keilatan:
Elaun Keuzuran
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menghidap keilatan dengan pengesyoran penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Suri rumah dianggap menghidap keilatan akibat sesuatu keuzuran yang berkekalan, sehingga tidak lagi berupaya melaksanakan sebahagian besar aktiviti menguruskan rumah tangga. 
  • Pemberian elaun ini akan berakhir setelah keilatan yang dialami suri rumah terhenti, mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Elaun Layanan Sentiasa
  • Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Elaun Keuzuran atau Faedah Hilang Upaya Kekal akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi orang lain. 
  • Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap keilatan atau hilang upaya kekal oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun
Pencen Penakat
  • Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans. 
  • Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.
  • Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah pemerkasaan bantuan & kemudahan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi (KE) bagi golongan B40 dan miskin tegar bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40. 
  • IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaaan makanan dan operator perkhidmatan.
  • ​Permohonan IPR terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) 
  • Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:

KRITERIA 

INTAN 

INSAN 

IKHSAN 

Sasaran Penggerak 
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan presmis
  • Premis-premis agensi kerajaan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, termasuk anak yatim, yatim piatu, serta mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat, agar dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara. Bantuan ini juga bertujuan meringankan beban keluarga pelihara yang sanggup memelihara anak angkat seperti anak sendiri.
  • Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan pada minimum RM250 sebulan bagi setiap orang kanak-kanak. Jumlah maksimum bantuan ialah RM500 sebulan bagi sebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Subsidi Diesel & Petrol Nelayan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan merupakan inisiatif oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Belanjawan 2025 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan akibat kenaikan harga minyak di pasaran. Subsidi diesel dan petrol bagi nelayan kelas tertentu diberikan pada kadar RM1.65 seliter dengan kuota sebanyak 840 juta liter setahun, bertujuan untuk meringankan beban mereka

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar 
  • Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
  • Beras
  • Makanan Dalam Tin

    i. Contoh: Sardin, Tuna

  • Telur
  • Minuman

    i. Contoh: Susu, Teh, Kopi

  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa

    i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam

  • Tepung 
  • Produk Penjagaan Diri

    i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun

  • Roti
  • Barangan Kebersihan Rumah

    i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai

  • Biskut
  • Ubat-ubatan

    i. yang diluluskan oleh KKM

  • Mi Segera
  • Keperluan sekolah

    i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

  • Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Tukar Nombor PinPenerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian
  • Sila klik di sini untuk semakan baki SARA melalui portal rasmi MyKasih
  • Sila klik di sini untuk menyemak senarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat melalui portal rasmi MyKasih

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) - Laut
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak

  • kategori penerima: 

    i. Pemilik vesel perikanan Zon A

    ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat

    iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda