Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025
Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan
Perkara | Semenanjung Malaysia | Kulim Hi-Tech Park, Kedah | Sabah & WP Labuan |
---|---|---|---|
Pelarasan Tarif Elektrik | Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1)
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM)
|
Sarawak
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Sarawak Energy (SE)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 28/05/2025
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Usia antara 18 hingga 60 tahun.
iii. Pendapatan rendah atau sederhana (tiada had pendapatan khusus).
iv. Mendaftar melalui saluran sah seperti agen atau platform digital syarikat insurans/takaful yang berdaftar.
Cara Memohon Skim Perlindungan Tenang:
i. Semak syarikat insurans / takaful berdaftar.
ii. Tentukan jenis perlindungan yang sesuai.
iii. Mohon melalui cawangan atau dalam talian dengan dokumen asas.
iv. Buat bayaran mengikut polisi yang dipilih.
v. Terima Sijil Perlindungan (Simpan dokumen untuk rujukan dan tuntutan)
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar tuntutan elaun, bayaran serta kemudahan menjalankan tugas rasmi di dalam negeri bagi Personal MySTEP ditambah baik seperti yang berikut:
i. Elaun Perjalanan Kenderaan diselaras kepada kadar yang ditetapkan (rujuk syarat kelayakan); dan
ii. Personel MySTEP layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MYFutureJobs
Sektor Awam | GLC, GLIC dan Rakan Strategik |
Warganegara Malaysia | |
18 Tahun ke atas | |
Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing | Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC, GLIC dan Rakan Strategik masing-masing |
Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Upah (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,100 |
Setaraf Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,900 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia | 1,700 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,500 |
Bil. | Jenis Kemudahan | Perincian |
1. | Cuti Rehat |
|
2. | Cuti Sakit |
|
3. | Perlindungan Sosial |
|
Elaun / Bayaran / Kemudahan | Lantikan setara Kelayakan akademik | Kadar Elaun | |||
Elaun makan |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
RM45 | RM65 | ||||
Diploma / STPM | RM40 | RM55 | |||
SPM | RM40 | RM55 | |||
Tiada SPM | RM35 | RM50 | |||
Elaun Harian | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Separuh daripada kelayakan Elaun Makan | |||
Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing |
Ijazah Sarjana Muda | Semenanjung Malaysia | Sabah dan Sarawak | ||
Hotel | Lojing | Hotel | Lojing | ||
RM220 | RM60 | RM250 | RM70 | ||
Diploma / STPM | RM200 | RM50 | RM230 | RM60 | |
SPM | RM180 | RM50 | RM210 | RM60 | |
Tiada SPM | RM160 | RM50 | RM190 | RM60 | |
Elaun Perjalanan Kenderaan | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Pengangkutan Awam | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM |
| |||
Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi | Ijazah Sarjana Muda / Diploma / STPM / SPM / Tiada SPM | Personel MySTEP layak untuk menggunakan kemudahan perjalanan udara rasmi bagi perjalanan dalam negara (domestik) seperti mana ketetapan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.5 Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi. |
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Seniors Back In Action (SEBA) adalah satu inisiatif di bawah Program Latihan MADANI (PLM) yang dikendalikan oleh HRD Corp bertujuan untuk memberikan peluang upskilling dan reskilling kepada warga emas dan pesara supaya mereka boleh:
i. Meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor yang berbeza atau dalam kapasiti baru.
ii. Menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan pengalaman dan kepakaran mereka.
iii. Mengurangkan beban kewangan warga emas dan pesara melalui peluang kerja dan inisiatif sosial.
iv. Meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih menerima warga emas kembali ke dunia pekerjaan.
Tempoh latihan:
i. Minimum: 3 hari (24 jam, 8 jam sehari)
ii. Maksimum: 3 bulan Mesti dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat pelantikan.
Syarat kelayakan:
i. Warga emas Malaysia atau pesara berumur 60 tahun ke atas
Sebagai Peserta:
i. Layari portal Upskill Malaysia
ii. Cari dan pilih kursus di bawah inisiatif SEBA yang sesuai dengan minat dan keperluan anda.
iii. Ikuti arahan pendaftaran yang disediakan di portal tersebut.
Sebagai Penyedia Laihan:
i. Layari laman web rasmi HRD Corp.
ii. Klik pada pautan "Submit Your Proposal" untuk dihantar ke portal Upskill Malaysia.
iii. Log masuk menggunakan akaun e-TRiS anda dan ikuti arahan untuk menghantar cadangan kursus.
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Kadar bayaran bagi BA adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.
Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan; ii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; iii. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; dan iv. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon. v. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
|
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
|
|
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup.
Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Berumur 60 tahun dan ke atas; iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau iv. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan v. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma. vi. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran
|
Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
v. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan / Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian); dan
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota:
i. Pendapatan merujuk kepada pendapatan dari hasil sewaan, pencen, zakat, sumbangan keluarga, PERKESO, sumbangan dan lain-lain sumber.
ii. Umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
iii. Bagi penerima BTB sedia ada yang berumur 60 tahun dan ke atas (kes yang didaftarkan tahun 2024 dan sebelumnya), DIKECUALIKAN mematuhi syarat umur yang ditetapkan dalam garis panduan ini.
Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.
Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian; iii. Anak-anak penerima bantuan; atau iv. Bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau v. Kes-kes seliaan akhlak; atau vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; ATAU viii. Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
|