Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

  • Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan. 

  • Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja. 

  • Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah bantuan khusus di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperbaiki kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan murid sekolah rendah, khususnya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah. 
  • Setiap murid yang menerima manfaat ini turut dibekalkan sekotak susu sebagai tambahan dalam diet harian. 
  • Bekalan makanan disediakan pada setiap hari persekolahan, dengan maksimum 190 hari setahun. 
  • Menu RMT ditetapkan oleh KPM berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan sekolah boleh memilih daripada 20 menu yang disediakan. 
  • Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan setiap hari persekolahan, berbanding hanya dua kali seminggu sebelum ini.
  • Kadar:

    i. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid / hari

    ii. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid / hari

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Buku Panduan Pengurusan Program Rancangan Makanan Tambahan 2.0

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak. 

    ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)

UMUR

RM250

6 tahun dan kebawah

RM200

7 tahun hingga 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) merupakan bantuan tunai yang disediakan khusus bagi golongan nelayan darat yang terkesan akibat tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka melalui bayaran elaun bulanan sebanyak RM250.00 secara berterusan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.

i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.

ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.

iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Latihan Kemahiran kepada Pekerja Gig dalam Perkhidmatan p-hailing & e-hailing
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Latihan kemahiran kepada pekerja gig (perkhidmatan p-hailing & e-hailing) untuk meningkatkan kebolehan serta memberi kestabilan kerjaya yang lebih terjamin 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Projek pertanian dengan memanfaatkan tanah terbiar
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Projek pertanian yang dilaksanakan ke atas tanah terbiar seperti tanaman berkelompok, pembangunan semula sawah serta perusahaan ayam organik & lembu.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Penukaran Topi Keledar Percuma
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Inisiatif ini adalah bagi menggalakkan orang ramai menukar topi keledar sekali gus memberikan pendedahan kepada penunggang motosikal terhadap kepentingan keselamatan diri di jalan raya. Ini kerana, topi keledar mempunyai had tempoh selama 10 tahun dan penunggang perlu memastikan topi keledar yang dipakai dalam keadaan baik.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
FLYsiswa
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Inisiatif FLYsiswa menyediakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar Universiti Awam, Politeknik, dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta pelajar Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
  • Subsidi ini meliputi laluan penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda