Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling oleh pihak-pihak berkuasa pelabuhan kepada pelaut tempatan
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling kepada pelaut tempatan bagi meningkatkan pengetahuan & kompetensi sebagai pelaut (up-skilling) supaya memiliki sijil had pelayaran perkapalan tanpa batas (unlimited)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BAS.MY percuma untuk pelajar IPT
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti & matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY di bawah program SBST
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 28/07/2025

  • Program Pemerkasaan TVET Tahfiz kepada anak Bumiputera dalam usaha melahirkan lebih ramai huffaz profesional berkemahiran
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Am (BA) Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Am (BA) Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
  • Kadar bayaran bagi BA adalah seperti berikut: 

    i. Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu. 

    ii. Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.

 

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ialah inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh PERKESO bagi melindungi individu bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan, seperti kemalangan dan penyakit pekerjaan. 
  • Selaras dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, skim ini merangkumi 20 sektor pekerjaan sendiri, termasuk pengangkutan penumpang, e-hailing, peniaga kecil dan lain-lain.
  • Perlindungan bermula sebaik sahaja caruman dibayar dan disahkan, dan meliputi kecederaan atau penyakit yang berlaku akibat serta semasa menjalankan aktiviti pekerjaan, termasuk ketika dalam perjalanan berkaitan kerja. 
  • Skim ini juga menyediakan: 

i. Faedah tunai kepada orang berinsurans dan tanggungan,

ii. Rawatan perubatan, 

iii. Pemulihan jasmani, serta 

iv. Latihan vokasional bagi yang layak.

  • Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:

i. Pengangkutan Barangan dan Makanan

ii. Pertanian

iii. Penternakan

iv. Perhutanan

v. Perikanan

vi. Makanan

vii. Pembuatan

viii. Pembinaan

ix. Penjaja

x. Premis Penginapan

xi. Perniagaan Online

xii. Teknologi Maklumat

xiii. Pemprosesan Data

xiv. Ejen

xv. Perkhidmatan Professional

xvi. Perkhidmatan Sokongan

xvii. Kesenian

xviii. Perkhidmatan Isi Rumah

xix. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan

  • Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO:
Faedah Perubatan
  • Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  • Orang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.
  • Permohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951
Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. 
  • Perlu mengemukakan sijil cuti sakit. 
  • Kadar bayaran RM30.00 - RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.

    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873 

    = RM210,290.10

Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Orang Tanggungan Yang Layak:
    • Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun 
    • Jika tiada balu, duda atau anak 
      • Ibu bapa; atau
      • Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau
      • Datuk nenek
    • Duda / balu, ibu / bapa, datuk / nenek menerima faedah sepanjang hayat 
    • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal) 
    • Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan:

Pelan

Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan

Pencen Bulanan

1

RM1,050

RM1,050 x 90% = RM945

2

RM1,550

RM1,550 x 90% = RM1,395

3

RM2,950

RM2,950 x 90% = RM2,655

4

RM3,950

RM3,950 x 90% = RM3,555
Elaun Layanan Sentiasa
  • Elaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
  • Kemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma 
  • Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain. 
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain
Faedah Pendidikan
  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelan caruman: 

Bil.

Pendapatan Bulanan

Bayaran Caruman Bulanan

Bayaran Caruman Setahun

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi KPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 31/07/2025

  • Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah satu skim biasiswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid daripada golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah
  • Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.
  • Kadar bayaran Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) adalah seperti berikut:
  • Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KV
  • RM70.00 sebulan x 12 bulan
  • Tingkatan 5 dan Tahun 1 KV
  • RM70.00 sebulan x 11 bulan
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains)
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains)
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera)
  • RM110.00 sebulan x 7 bulan
  • RM110.00 sebulan x 11 bulan
  • RM90.00 sebulan x 7 bulan
  • RM90.00 sebulan x 11 bulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2024: Bantuan Kecil Persekutuan (BKP)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah satu program khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran / buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan
  • Pihak Kerajaan melalui KPDN telah memperkenalkan Jualan RAHMAH MADANI secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai di segenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:

i. Saringan Kesihatan PERCUMA 

ii. Bantuan Alat Perubatan hingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori) 

iii. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sekitar RM1,000 

iv. Insentif Tambang Pengangkutan hingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat ii dan / atau iii)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ProtectHealth dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk warga emas.
  • PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
  • Tujuan utama PAWE adalah untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dengan memberi mereka ruang untuk berinteraksi, beraktiviti, serta mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang. 
  • PAWE menawarkan program seperti aktiviti fizikal, seni, kraf tangan, serta sesi sosial yang membolehkan warga emas berhubung dengan sesama mereka, selain menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. 
  • Pusat ini turut menjadi tempat yang penting untuk memastikan warga emas tidak merasa kesepian dan dapat terus menjalani kehidupan yang bermakna.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Warga Emas (BWE)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup. 

  • Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.

     

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda