Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar:
i. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid / hari
ii. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid / hari
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KPM atau Buku Panduan RMT
Syarat kelayakan:
i. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
ii. Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
iii. Murid di Sekolah Orang Asli / Penan; atau
iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
v. Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
Ibu bapa atau penjaga perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
i. Dapatkan Borang Permohonan:
ii. Sediakan Dokumen Sokongan:
iii. Hantar Borang dan Dokumen:
Nota: Pihak sekolah akan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga setelah proses penilaian selesai.
Terakhir dikemas kini pada 30/06/2025
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
v. Anak / kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis / ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
vii. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
Terakhir dikemas kini pada 03/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad (Biru).
ii. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
iii. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
iv. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
i. Salinan MyKad
ii. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
iii. Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
iv. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
v. Gambar pemohon
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Borang permohonan:
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat
ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat
Kaedah pembayaran:
i. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.
ii. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank.
Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran.
Terakhir dikemas kini pada 03/07/2025
Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.
i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.
ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
iii. Kuantan : Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Prasana Malaysia Berhad (PRASARANA)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
Cara membeli Pas Mutiara My50 di Pulau Pinang
Nota: My50 hanya boleh digunakan dengan MyKad dan MyTentera sahaja. Untuk Rapid Penang, My50 hanya boleh dibeli melalui Pas Mutiara My50
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 03/07/2025
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Syarat Kelayakan:
i. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
ii. Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 December 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
iii. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 13 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2025
iv. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan)
v. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly
vi. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 dan
vii. tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 December 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
i. Malaysia Airlines Berhad / FireFly / MASwings: Klik di sini untuk semak panduan tempahan (Booking Guide)
ii. AirAsia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui Chat with Bo; atau
iii. Batik Air Malaysia: Klik di sini untuk semak tatacara melalui How to Redeem.
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
RM400 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM400. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur - Kuching (Tiket 1) pada harga RM300 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching - Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau | ||||
Jumlah | RM450 | RM400 | RM50 |
Pelajar disarankan untuk berhubung terus bersama syarikat penerbangan sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai tiket penerbangan dan permohonan baucar di syarikat penerbangan seperti berikut:
i. Malaysia Airlines Berhad / Firefly / MASwings: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines melalui pautan borang maklum balas. Pelajar perlu memilih "Enquiry" untuk "Type", "General" untuk "Area" dan "Others" bagi "Category".
ii. AirAsia: Sila klik di sini untuk membuat sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia melalui saluran 'AskBo' di laman sesawang AirAsia dengan memilih butang pintas 'FLYsiswa
iii. Batik Air Malaysia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 05/06/2025
Skim Ex Gratia Bencana Kerja ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:
i. Bayaran one-off sehingga RM50,000 kepada anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi
ii. Waris pegawai yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran tambahan one-off sebanyak RM20,000
iii. Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200%, daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan, kepada pegawai yang memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat Hilang Upaya Kekal 100%
iv. Pegawai yang mendapat Cuti Sakit Lanjutan (CSL) akibat kemalangan semasa bertugas akan menerima bayaran RM25/hari.
v. Skim ini kini meliputi perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri janji temu kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan dalam waktu bekerja
Pegawai yang layak dipertimbangkan untuk bayaran faedah skim ini adalah:
i. Pegawai lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat sebelum 1 Jun 2013.
iii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 dengan gaji melebihi RM3,000.00 sebulan.
Pegawai dalam kategori berikut tidak layak untuk bayaran faedah skim ini:
i. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat antara 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 tetapi menerima gaji RM3,000.00 sebulan atau kurang.
ii. Pegawai lantikan kontrak dan sementara yang berkhidmat mulai 1 Jun 2016.
iii. Pegawai yang dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.
Skim ini meliputi bencana kerja yang berlaku dalam keadaan berikut:
i. Kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi.
ii. Kemalangan yang berlaku akibat perbuatan anasir jahat dalam tugas rasmi.
iii. Kemalangan semasa perjalanan pergi/balik ke tempat kerja secara laluan biasa dan munasabah.
iv. Kemalangan semasa perjalanan rasmi seperti menghadiri kursus atau lawatan kerja.
v. Kemalangan semasa waktu rehat rasmi atau rehat yang dibenarkan.
vi. Mulai 1 Januari 2025, kemalangan semasa janji temu kesihatan dan mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi dan balik), dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara:
i. Secara Dalam Talian Permohonan dibuat melalui Portal Sistem Ex Gratia Bencana Kerja
ii. Secara Manual Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan menggunakan Borang BTX (Pindaan 2025) atau Borang BTX-HUS (bagi faedah Hilang Upaya Sementara)
Nota:
i. Permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh 7 tahun dari tarikh bencana.
ii. Bencana yang berlaku sebelum 1 Januari 2025 mesti dikemukakan sebelum 1 Januari 2032
Dokumen yang diperlukan:
i. Semua Permohonan
ii. Permohonan Hilang Upaya Kekal (HUK)
iii. Untuk Permohonan Kematian
Terakhir dikemas kini pada 24/05/2025
Syarat Kelayakan:
i. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
ii. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember pada tahun semasa
iii. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
iv. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
v. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
vi. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
vii. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik;
viii. Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja)
ix. Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat).
x. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
xi. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna
Nota : Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak melalui laman sesawang rasmi PETRA sahaja.
Untuk info lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline:
i. MyGCC: 03-8000-8000
ii. Tenaga Nasional Berhad (TNB): 1-300-88-5454
iii. Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB): 088-515000/15454
iv. Sarawak Energy Berhad (SEB): 1-300-88-3111
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Pelan Caruman | Sumbangan Kerajaan 90% | Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (10%) | Perlindungan |
---|---|---|---|
Pelan 2 (RM232.80) | RM209.50 | RM23.30 | 12 bulan (setahun) |
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi PERKESO
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia/pemastautin tetap
ii. Bekerja sendiri untuk mencari nafkah
iii. Bekerja sepenuh atau separuh masa
iv. OBS (Orang Bekerja Sendiri) di Malaysia
Cara memohon:
i. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Matrix
ii. Aplikasi Mudah Alih PERKESO
iii. Melalui Ejen Korporat PERKESO yang berdaftar
iv. Hadiri pejabat PERKESO terdekat
Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan surat pengesahan pekerjaan daripada pihak berkuasa atau persatuan berkaitan mengikut sektor.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025
Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:
KRITERIA | INTAN | INSAN | IKHSAN |
---|---|---|---|
Sasaran Penggerak |
|
|
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPNB
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
iii. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000.
iv. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
v. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
vi. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
vii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun).
viii. Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).
Nota: Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Kaedah memohon:
i. Isi borang pendaftaran secara dalam talian melalui laman sesawang SPNB
ii. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
iii. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
iv. Isi maklumat ke dalam sistem
v. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
vi. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
vii. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah
iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
viii. Salinan sijil nikah pemohon
xi. Borang laporan tapak bergambar
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim