Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuklaman rasmi KPDN
Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PAWE
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan mencapai kesejahteraan hidup.
Kadar bayaran bagi BWE adalah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 60 tahun dan ke atas;
iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
v. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan membantu Orang Kurang Upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidup dan menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
iii. Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
v. Pemohon bukan penghuni/ pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
vi. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian); dan
vii. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
Nota: Pendapatan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.
Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
iii. Anak-anak penerima bantuan; atau iv. Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
v. Kes-kes seliaan akhlak; atau
vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Kadar:
i. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid / hari
ii. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid / hari
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KPM atau Buku Panduan RMT
Syarat kelayakan:
i. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
ii. Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
iii. Murid di Sekolah Orang Asli / Penan; atau
iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
v. Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
Ibu bapa atau penjaga perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
i. Dapatkan Borang Permohonan:
ii. Sediakan Dokumen Sokongan:
iii. Hantar Borang dan Dokumen:
Nota: Pihak sekolah akan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga setelah proses penilaian selesai.
Terakhir dikemas kini pada 23/04/2025
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
v. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
vii. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad (Biru).
ii. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
iii. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
iv. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum): dan
ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan: dan
iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan: dan
iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK): dan
vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif: dan
vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
i. Salinan MyKad
ii. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
iii. Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
iv. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
v. Gambar pemohon
vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Borang permohonan:
Kaedah pembayaran:
i. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.
ii. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank.
Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran.
Terakhir dikemas kini pada 27/02/2025
Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Prasarana.
i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.
ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
iii. Kuantan : Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasana Malaysia Berhad
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
Cara membeli Pas Mutiara My50 di Pulau Pinang
Nota: My50 hanya boleh digunakan dengan MyKad dan MyTentera sahaja. Untuk Rapid Penang, My50 hanya boleh dibeli melalui Pas Mutiara My50
Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Syarat Kelayakan:
i. Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
ii. Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung,
iii. berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan,
iv. Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan,
vi. Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan atau
vii. Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
FASA | STATUS PELAJAR | TEMPOH PELAKSANAAN |
1 | Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 December 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan instutusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
RM400 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM300 | RM300 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM400. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur - Kuching (Tiket 1) pada harga RM300 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching - Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau | ||||
Jumlah | RM450 | RM400 | RM50 |
Pelajar disarankan untuk berhubung terus bersama syarikat penerbangan sekiranya pertanyaan atau aduan tersebut mengenai tiket penerbangan dan permohonan baucar di syarikat penerbangan seperti berikut:
i. Malaysia Airlines Berhad / Firefly / MASwings: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Malaysia Airlines boleh dibuat terus melalui pautan feedback form. Pelajar perlu memilih "Enquiry" untuk "Type", "General" untuk "Area" dan "Others" bagi "Category".
ii. AirAsia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada AirAsia, boleh dibuat terus melalui saluran "AskBo" pada laman sesawang AirAsia dengan memilih shortcut button "FLYsiswa".
iii. Batik Air Malaysia: Sebarang aduan berkenaan baucar FlySiswa yang dimohon daripada Batik Air Malaysia, boleh dibuat terus melalui e-mel kepada [email protected]
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan FLYsiswa, sila rujuk soalan lazim