
icon
Image

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
PKS hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:
Jenis perniagaan | *Jualan tahunan | OR | *Bilangan pekerja sepenuh masa |
Pembuatan | Tidak melebihi RM50 juta | Tidak melebihi 200 | |
Perdagangan | Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 | |
Perkhidmatan (tidak termasuk hartanah) | Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 |
* Jualan Tahunan adalah berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit terkini
** Bilangan pekerja speenuh masa adalah mengikut Penyata KWSP terkini
Penyedia perkhidmatan profesional
Mengeksport perkhidmatan Malaysia dan memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:
*Jualan tahunan | OR | *Bilangan pekerja sepenuh masa |
Tidak melebihi RM20 juta | Tidak melebihi 75 |
* Jualan Tahunan adalah berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit terkini
** Bilangan pekerja speenuh masa adalah mengikut Penyata KWSP terkini
Nota: Pembekal Perkhidmatan Profesional MESTI menyediakan Surat Pendaftaran atau Lesen atau Sijil yang dikeluarkan oleh Badan Perkhidmatan Profesional. Sekiranya gagal permohonan akan DITOLAK
Persatuan Perdaganagan & Industri, dewan perdaganagn atau badan profesional
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau Bersekutu Pihak Berkuasa Profesional
Koperasi
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah skim pembiayaan kewangan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan membangunkan industri pelancongan bagi tujuan pembelian aset dan keperluan modal kerja.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Had Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Jaminan |
|
Tempoh Pembiayaan | Pembelian Aset:
Modal Kerja:
|
Cagaran:
i. Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
ii. Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan
Takaful:
i. Takaful Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank
Kelayakan:
i. Syarikat Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana (minimum pegangan ekuiti Bumiputera 60%) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Akta Koperasi 1993.
ii. Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP), MOTAC.
iii. Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM10.0 juta.
iv. Pelanggan sedia ada SME Bank atau syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya selama (2) tahun.
Projek-projek yang layak dibiayai: Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan MOTAC atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh JKPTP, MOTAC. Keutamaan dana diberi kepada projek-projek berikut:
i. Pengubahsuaian dan menaik taraf premis penginapan pelancongan termasuk kerja-kerja pengindahan hotel, motel, inapdesa (berdaftar dengan MOTAC), chalet, rumah persinggahan dan lain-lain projek yang diiktiraf oleh MOTAC.
ii. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan berkaitan dengan pelancongan seperti koc, kereta sewa pandu, feri, bot, bas persiaran, hidrofoil dan lain-lain.
iii. Penyediaan kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan seperti pusat cenderamata, kraftangan, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi di kawasan pelancongan seperti marina, basikal, bot dan lain-lain (kecuali peralatan golf).
iv. Modal kerja untuk aktiviti berkaitan pelancongan.
Dokumen yang diperlukan:
Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/ pemegang saham/ rakan kongsi/ pemilik/ penjamin
Salinan pendaftaran perniagaan yang sah
Dokumen kesetiausahaan yang diperakui
Akaun beraudit atau akau pengurusan terkini
Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan
Pelan perniagaan
Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak Bank
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Skim Insentif Pemampanan Pengeksport ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) kepada usahawan/pengeksport di bawah Belanjawan 2025 untuk menyokong dan memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan para usahawan/ pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa.
Program ini juga bertujuan untuk menyokong para usahawan/pengeksport untuk memperluaskan perniagaan serta mengembangkan kreativiti di peringkat antarabangsa di samping menggalakkan dan memudahkan golongan tersebut mencari pasaran baharu untuk barangan keluaran mereka dan meningkatkan kebolehupayaan PKS sebagai pengeksport dalam jangka masa panjang
Program ini juga membantu usahawan/pengeksport mengurangkan kos operasi supaya dapat bersaing dalam perdagangan antarabangsa
Berikut adalah ringkasan kemudahan pinjaman tersebut:
Perkara | Keterangan |
---|---|
Tempoh Permohonan |
|
Sektor Sasaran |
|
Kemudahan yang ditawarkan |
|
Tempoh Pembiayaan
|
|
Jumlah Pembiayaan
|
|
Kadar insentif SIP2
|
|
Cagaran/ jaminan |
|
PKS dan bukan PKS yang berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
Saham majoriti 51% dipegang oleh rakyat Malaysia
Telah beroperasi dengan minimum 6 bulan dan bersedia untuk ke pasaran eksport
Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan EXIM Bank yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan permohonan serta dokumen sokongan yang diperlukan
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim EXIM Bank
Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar; atau iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau iv. Sekiranya OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; ATAU vi. Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL). |
Nota: Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga.
|
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dalam bidang automotif, khususnya yang menyediakan perkhidmatan 3S (Sales, Service & Spare-part), serta membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar.
Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Skop Pembiayaan |
|
Had Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Jaminan atau Cagaran |
|
Kadar Keuntungan |
|
Syarat-syarat Asas:
i. Warganegara dan Bumiputera
ii. Berumur 20-60 tahun
iii. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
iv. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
v. Mempunyai premis perniagaan
vi. Mempunyai Lesen / Permit / Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
vii. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
viii. Perniagaan patuh Syariah
ix. Bebas dari senarai hitam MARA
xi. Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
Syarat-syarat Khusus:
i. Mempunyai pengalaman teknikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang automotif dan telah mempunyai bengkel serta ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan automotif mereka dengan strategi conversion
ii. Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit untuk Tempoh tiga (3) tahun terkini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan. Sila klik pautan untuk lokasi Pejabat MARA
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian Dan Hijau (SGBF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi pemain industri tempatan bertujuan untuk menggalakkan penerapan teknologi hijau dan kecekapan tenaga dalam kalangan pemain industri tempatan.
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SGBF
Berdaftar dengan SSM atau mana-mana badan berkanun yang berkaitan
Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia
Perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 6 bulan
Memiliki lesen perniagaan yang sah
Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan
Permohonan pembiayaan boleh dikemukakan secara atas talian di pautan SBGF
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
MADANI Belia ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)
Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Skop Pembiayaan |
|
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi Madani Belia
Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Perkongsian Liability Terhad/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia (iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh belia berumur 30 tahun dan ke bawah).
Dimiliki oleh warganegara Malaysia
Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Mengemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
Dokumen yang diperlukan:
Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan / atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / permit operasi / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi
Penyata Bank untuk 3 bulan terkini
Salinan bil eletrik dan air premis perniagaan
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:
Perkara | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pinjaman : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) |
RM10,000 – RM100,000 |
Tempoh Bayaran Balik : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) |
6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun |
Sumbangan Tabung Pengurusan | 4% setahun |
Simpanan wajib | 5% setahun |
Syarat kelayakan: