icon
Image
permohonan-dibuka
Geran Padanan Sukan (GPS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Geran Padanan Sukan (GPS) merupakan bantuan berbentuk geran padanan yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah Belanjawan 2025 bagi penganjuran program sukan Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/. 
  • Kaedah pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement).

     

  • Objektif pemberian GPS ini adalah untuk:
    • Menggalakkan penganjuran acara sukan peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa oleh Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Memperbaiki ranking atlet prestasi tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
    • Menyediakan pertandingan kompetitif kepada atlet/ pasukan negeri/ kebangsaan
    • Menggalakkan penajaan sektor swasta/ korporat untuk penganjuran program sukan
    • Mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia negara bersukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2030
    • Memastikan industri sukan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada Persatuan Sukan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Meningkatkan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) selaras yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
  • Permohonan  GPS KBS dibuka bermula 19 Disember 2024 sehingga 15 Ogos 2025 dan boleh diisi secara dalam talian yang boleh dicapai di pautan yang disediakan di https://gps.kbs.gov.my/ 
  • Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2025 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Berikut jadual jendela permohonan:

     

JENDELA PERMOHONAN  

TARIKH PROGRAM

PERMOHONAN DITUTUP PADA 

TARIKH KEPUTUSAN

Jendela 1

1 Feb - 28 Feb

31 Dis 2024 

24 Jan

Jendela 2 

 1 Mac - 14 April

31 Jan

15 Feb

Jendela 3

15 Apr - 30 Jun

15 Feb

15 Mac

Jendela 4

1 Jul - 31 Ogos

30 Apr

30 Mei

Jendela 5

1 Sept - 30 Sept

30 Jun

31 Julai

Jendela 6

1 Okt - 31 Okt

15 Ogos

15 Sept

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak

  • kategori penerima: 

    i. Pemilik vesel perikanan Zon A

    ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat

    iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan klik di sini

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/09/2025

  • Skim mySalam merupakan sebuah skim perlindungan takaful percuma daripada kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada mereka yang layak.
  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
Manfaat Penyakit Kritikal
  • Perlindungan berjumlah RM8,000 akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan penyakit kritikal. Diagnosis bagi penyakit kritikal mestilah diperakui oleh doktor daripada hospital panel dimana rawatan diterima.

 

Nota: Sekiranya penyakit kritikal disahkan di hospital swasta atau hospital selain daripada hospital panel, tetapi rawatan lanjut dibuat di mana-mana hospital panel mySalam, permohonan masih boleh dibuat dengan syarat borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor' dilengkapkan oleh doktor yang merawat dari hospital panel.

Manfaat Hospitalisasi
  • Manfaat berjumlah RM50 sehari, maksimum 14 hari setiap tahun atau RM700 setahun, akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital panel.
  • Kemasukan ke wad mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh discaj adalah tidak sama dan mestilah selepas daripada tarikh masuk wad.
Contoh 1
  • Cik A dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dan keluar wad pada hari yang sama. Bagi situasi ini, tiada elaun hospitalisasi yang akan dibayar.
Contoh 2
  • Cik B dimasukkan ke wad pada 1 Januari 2024 dan keluar pada 3 Januari 2024. Elaun hospitalisasi akan dibayar bagi 2 hari berjumlah RM100, bergantung kepada terma dan syarat mySalam.
Contoh 3
  • Cik C dimasukkan ke unit kecemasan pada 1 Januari 2024 sebelum dipindahkan ke wad pada hari berikutnya iaitu pada 2 Januari 2024 dan keluar pada 3 Januari 2024. Elaun hospitalisasi akan dibayar bagi 1 hari berjumlah RM 50 sahaja. Kemasukan ke unit kecemasan tidak dikira sebagai Pesakit Dalam.

Nota: Skim ini hanya merangkumi semua hospital Kerajaan Malaysia, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, seperti yang disenaraikan di portal mySalam

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Khairat Kematian (SKK) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan skim bantuan kewangan tunai di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan 2025. 
  • Melalui skim ini, jumlah bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak.
  • Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia seperti ketetapan berikut:

Tarikh Kematian

Fasa Kelulusan

Tarikh Tuntutan

01 Januari 2025 hingga 

31 Disember 2025

Permohonan Baharu yang lulus mulai Fasa 1Bermula 03 Febuari 2025
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 2Bermula 03 April 2025
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 3Bermula 12 Ogos 2025
Permohonan Baharu dab Rayuan yang lulus mulai Fasa 4Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Program i-Suri ialah skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025, bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap keluarga dan pembangunan negara. 
  • Skim ini ditawarkan kepada wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. 
  • Mereka yang layak boleh mencarum secara sukarela ke dalam KWSP dan akan menerima Insentif Khas Kerajaan sebanyak maksimum RM300 setahun, tertakluk kepada had keseluruhan sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu.
  • Faedah caruman i-Suri:

Faedah

Perkara

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Caruman i-Suri akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan (Akaun 1)

75%

Akaun Sejahtera (Akaun 2)

15%

Akaun Fleksibel (Akaun 3)

10%

  • Had caruman:

    i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

    ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
i-Saraan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • i-Saraan ialah satu skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025, bertujuan membantu individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat simpanan bagi persaraan. 
  • Melalui skim ini, pencarum berpeluang menerima insentif khas daripada Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 
  • i-Saraan amat sesuai untuk golongan seperti pekerja sektor ekonomi gig, peniaga kecil, petani, nelayan dan mereka yang tidak dilindungi oleh caruman KWSP secara konvensional.
  • Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan kepada 20% bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal, untuk mula menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera. Namun begitu, had maksimum insentif tahunan kekal sebanyak RM500 setahun, dan RM5,000 seumur hidup atau sehingga mencapai usia 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.
  • Faedah Caruman i-Saraan:

Faedah

Perkara

Insentif Khas

Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*

Pelepasan Cukai

Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN

Dividen Tahunan

Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 

Bantuan Kematian

Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

 

  • Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:
Akaun Persaraan Bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun
Akaun EmasBagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun
  • Had Caruman:

i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran 

ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/08/2025

  • SME Technology Transformation Fund (STTF) adalah program pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam semua sektor ekonomi untuk penggunaan digital dan/ atau mengaplikasi IR4.0 dalam operasi perniagaan mereka bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.

  • Tujuan pembiayaan adalah bagi pembelian peralatan dan/ atau mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkihidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktivit.

Perkara 

Penerangan 

Sektor pembiayaan
  • Perkhidmatan
  • Perkilangan
Kadar pembiayaan
  • 4.0% setahun  (termasuk yuran jaminan)
Had pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM3.0 juta
Margin pembiayaan
  • Sehingga 80% daripada kos pemilikan 
Tempoh pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi SME Bank
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembiayaan HalalBiz
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim pembiayaan Program HalalBiz ialah skim pembiayaan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk pembelian aset dan/ atau modal kerja (termasuk kos perbelanjaan pensijilan Halal) bagi menggalakkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekosistem industri Halal di Malaysia

PerkaraPenerangan
Jumlah Pembiayaan
  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM1.0 juta
Tempoh
  • Pembelian Aset : 7 tahun
  • Modal Kerja : 5 tahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 80% (baharu), dan sehingga 70% (terpakai/diperbaharui/ penyesuaian semula) untuk mesin/ peralatan
  • Sehingga 90% untuk pengubahsuaian kilang
  • Sehingga 100% untuk keperluan modal kerja
Kadar Keuntungan
  • 6.0% Setahun (selepas subsidi 1%)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Pembangunan Usahawan Profesional
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Usahawan Profesional (ProSPEC) ialah pembiayaan perniagaan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan profesional

  • Berikut adalah senarai maklumat skim ProSPEC yang ditawarkan:  

Perkara 

Keterangan 

Skop Pembiayaan 
  • Modal Pusingan  
  • Pembelian Mesin dan Peralatan  
  • Ubah suai Premis Perniagaan  
Had Pembiayaan 
  • Milikan Tunggal/Perkongsian: RM250,000.00  
  • Syarikat Sdn. Bhd: RM500,000.00  
Tempoh Pembiayaan 
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)  

Jaminan atau Cagaran 

  

  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau  

 

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon;  

     

atau

 

  • Gabungan kedua-duanya sekali  
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan  

     

atau  

 

  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd. memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat  
Kadar Keuntungan 
  • 4% (Kadar Berkurangan)  
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (Dana NITA) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
Had Pembiayaan
  • RM150,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah
  • Pembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:
  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; 

     

    atau

     

  3. Gabungan kedua-duanya sekali; 

     

    atau

     

  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

 

Kadar Keuntungan3.5% (Kadar Berkurangan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda