Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Khidmat pembiayaan melalui Tabung Pusingan Pinjaman Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 pada tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju.

  • Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh (SKM) adalah layak untuk memohon.

  • Jenis-jenis pembiayaan:

Modal Pusingan
  • Pengguna; 
  • Pekerja-pekerja kontrak; 
  • Perkhidmatan;
  • Ar-Rahnu / Kredit
Pembangunan Hartanah 
  • Pinjaman Sementara (Bridging Finance);
  • Bayaran Premium;
  • Kos Pembangunan.
Pemilikan Harta
  • Membeli Tanah/ Bangunan/ Kilang;
  • Ubah suai/ baik pulih;
  • Pembinaan bangunan.
Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
  •  Asas Tani
  • Pertanian
  • Perindustrian
  • Mesin/ Jentera

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPM

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM2)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM2) merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan jaminan Kerajaan kepada Institusi-institusi Kewangan yang terlibat untuk pembiayaan yang disediakan untuk semua sektor ekonomi terutamanya kepada empat (4) sektor berikut: 
    • Ekonomi Hijau 
    • Teknologi Tinggi 
    • Halal 
    • Penjagaan Kesihatan
PERKARA  PENERANGAN  
Had skim
  • RM20 Billion
Had Pembiayaan  
  • Sehingga 20 juta setiap syarikat untuk semua sektor. 

     

    *Had pembiayaan adalah tertakluk kepada had kumpulan agregat tidak melebihi RM50 juta untuk semua skim jaminan yang diurus oleh SJPP, termasuk DPGS, SRSBBT dan pembiayaan ini. Kumpulan ditakrifkan sebagai syarikat di bawah kumpulan yang sama dengan cara pegangan saham (memegang 50% atau lebih), pengarah (memberikan jaminan), penjamin yang berkaitan, dan pihak-pihak berkaitan

Jenis Pembiayaan  
  • Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/ Aliran Tunai Perniagaan-i, Kredit Pusingan/ Kemudahan Pusingan-i dan Pembiayaan Perdagangan/ Pembiayaan Perdagangan-i  
Tempoh Jaminan 
  • Sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal
Jaminan Pembiayaan 
  • Sehingga 80% untuk semua sektor.
Yuran Jaminan
  • Sehingga 1.0% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu
Kadar Faedah/Keuntungan  
  • Tidak melebihi Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asas (BFR) Institusi Kewangan + 2%
Tempoh Permohonan
  • Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2025

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Business Exports Program (BEP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • ​​Business Exports Program (BEP) adalah sebuah program  intervensi berstruktur yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan diterajui oleh SME Bank dengan kerjasama MATRADE di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport​. 
  • Program ini juga untuk menyokong NEF Strategic Thrust 6: INTERNATIONALIZATION OF LOCAL ENTREPRENEURS dan mewujudkan lebh ramai pengeksport Bumiputera melalui program intervensi berstruktur

    Ciri-ciri program
    • Pembiayaan melalui geran sehingga RM200,00
    • Terbuka kepada semua industri
    • Intervensi daripada pakar
    • Peluang menceburi pasaran antarabangsa
    • Peluang pembiayaan perniagaan dari SME Bank
    Skop program
    • Pemgeluaran/ teknikal
    • Kewangan
    • Sumber manusia
    • Keperluan eksport
    • Pemasaran
    • Peraturan dan piawaian

     

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Micro/i PKBC Scheme B ialah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital) dan pembelian aset untuk tujuan perniagaan 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciriPenerangan 
Amaun Pinjaman
  • RM5,000 ~ RM50,000
Tempoh Pinjaman
  •  6 bulan hingga 5 tahun
Jenis Sektor Perniagaan
  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes
Kadar Keuntungan
  • 4.0% setahun (asas baki bulanan)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Penjaja
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • MADANI Penjaja adalah skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan kepada penjaja statik dan bukan statik untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Tujuan pembiayaan

  • Modal kerja
  • Pembelian aset
  • Pengubahsuaian

Jumlah Pembiayaan

  • RM5,000 - RM20,000

Tempoh Pembiayaan

  •  1 tahun hingga 5 tahun

Kadar Pembiayaan

  • 4.00% setahun (kadar tetap)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani Wanita
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • MADANI Wanita adalah skim pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 kepada usahawan wanita bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).

  • Kemudahan pembiayaan ini terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan skim pinjaman tersebut:

Ciri-Ciri

Penerangan 

Jumlah Pembiayaan
  • RM2,000 - RM100,000
Tempoh Pembiayaan
  •  1 tahun hingga 7 tahun
Kadar Pembiayaan
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun (kadar tetap)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan MADANI
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Program Pembangunan MADANI merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang menyokong pelaksanaan Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12. 
  • Tumpuan diberikan kepada tiga tema utama, iaitu penyusunan semula ekonomi, pengukuhan keselamatan dan kesejahteraan, serta promosikan kelestarian dan keterangkuman.
 

Tempoh Ketersediaan 

  • 1 Januari 2025 - 31 Disember 2030

Jumlah pembiayaan

  • RM20 juta sehingga RM100 juta* 

Tujuan & tempoh pembiayaan**

  • Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 20 Tahun
  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 Tahun

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 80% daripada jumlah kos projek***

Kemudahan ditawarkan

  • Pembiayaan Berjangka / Bertempoh 
  • Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja) 
  • Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon 
  • Untuk susunan sindikasi / perjanjian klub

Kadar pembiayaan 

  • Projek Kerajaan**** 
    • Kos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Projek Komersial**** 
    • Kadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
  • Jaminan Kewangan Yuran Jaminan
    • Subsidi sebanyak 1.0% setahun

 

*Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit. 

** Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun. 

*** Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah. 

**** Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Kelestarian Alam (DKA)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Dana Kelestarian Alam (DKA) merupakan sebuah program pembiayaan yang disediakan oleh SME Bank di bawah Belanjawan 2025 untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi menyokong peralihan ke arah operasi perniagaan karbon rendah dan lestari.
  • DKA dikira berdasarkan kadar keuntungan tetap. Sebarang perubahan ke atas Kadar Pembiayaan Asas (KPA) tidak akan menjejaskan Kadar Keuntungan Semasa yang telah dipersetujui.

     

Tujuan
  • Pemerolehan aset
  • Modal kerja
Kemudahan pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB) 
  • Kredit Pusingan-i (RC-i) 
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
Had pembiayaan 
  • Minimum : RM100,000 
  • Maksimum : RM5.0 Juta
Kadar keuntungan
  • Dana Pasaran SME Bank: 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun.) 
  • Dana Bank Negara Malaysia (BNM): Dari 3.50% sehingga 6.00% setahun
Margin pembiayaan 
  • Pemerolehan Aset 
    • Sehingga 80% (Baharu) 
    • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharui/ Penyesuaian semula). 
  • Modal Kerja 
    • Sehingga 100%
Tempoh pembiayaan 
  • Tempoh Pembiayaan 
    • Pemerolehan Aset: Sehingga 7 tahun 
    • Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
Takaful
  • Perlindungan takaful/ insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Pemohon diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel atau operator Takaful yang bukan panel. 
  • Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Ekosistem Payung
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Skim pembiayaan bagi PMKS Bumiputera termasuk syarikat pemula ("start-up") untuk memulakan perniagaan baharu atau mempelbagaikan perniagaan sedia ada
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Madani GIG
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025

  • Madani GIG merupakan sebuah kemudahan pembiayaan untuk usahawan gig melalui platform digital bagi membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025.
Ciri-ciriButiran
Tujuan pinjaman
  • Modal kerja
  • Pembelian Aset
  • Pengubahsuaian
Tempoh pinjaman
  • 1 hingga 3 tahun
Jumlah pinjaman
  • Minima: RM2,000
  • Maksimum: RM20,000
Kadar tetap
  • 3.50% sehingga 4.00% setahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda