Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025 bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah: RM200 sebulan seorang
Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Syarat Kelayakan :
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
Kes-kes seliaan akhlak
Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat: atau
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Surat tawaran latihan
Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (RM) | Umur |
---|---|
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
RM1000 | Maksimum untuk keluarga |
Syarat Kelayakan:
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 - Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
i. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Pas Bulanan My50
Syarat Kelayakan :
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi PETRA
Syarat Kelayakan:
i. Penerima rebat perlu disenaraikan dan disahkan sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dalam Sistem eKasih.
ii. Program ini membolehkan penerima menerima rebat sehingga maksimum RM40 setiap bulan. Rebat ini terpakai hanya kepada Tarif A iaitu tarif rumah kediaman atau domestik sahaja. Jika bil elektrik kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
iii. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar) manakala rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik (hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja. Contohnya, bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja)
iv. Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih hanya berhak untuk menerima rebat bagi satu akaun bil elektrik.
Nota : Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak melalui laman sesawang rasmi PETRA sahaja.
Nota : Pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan penjelasan lanjut mengenai program ini.
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Kategori golongan pemohon yang menjadi sasaran penggerak IPR:
KRITERIA | INTAN | INSAN | IKHSAN |
---|---|---|---|
Sasaran Penggerak |
|
|
|
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
Syarat Kelayakan :
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan | Tempoh Pelaksanaan |
---|---|---|
Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM |
|
*Nota: Rujuk tab "Cara Memohon" bagi perincian tarikh mengikut negeri di Semenanjung |
Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM |
| |
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 | Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat. |
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
Pelaksanaan SARA adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:
Tarikh Pelaksanaan | Negeri Terlibat | Kaedah Pelaksanaan SARA |
---|---|---|
22 Januari 2024 | Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara. |
29 Januari 2024 | Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | |
19 Februari 2024 dan mulai September 2024 | Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan | Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan BSN seluruh negara. |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup
Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad
ii. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
iii. Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa
iv. Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta lesen perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah
v. Status pengambilan minyak yang aktif
vi. Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat
Kategori permohonan yang layak dipertimbangkan untuk menerima ESHN terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Pemilik vesel perikanan zon A
ii. Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat
iii. Pekerja (awak-awak) atau vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.
Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM modul Elaun Sara Hidup Nelayan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen berikut:
Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi
Borang permohonan yang lengkap diisi
Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa
Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa
Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
Gambar pemohon berukuran passport (terkini)
Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan)
Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah
Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
Pembaharuan Elaun Sara Hidup Nelayan:
i. Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut
ii. Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM
iii. Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan
Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:
i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini
ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur:
i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan
ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun
iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MySalam
|
Pemohon diminta untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan secara atas talian, melalui Laman Rasmi mySalam
Dokumen wajib yang diperlukan:
Manfaat Hospitalisasi:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Manfaat Penyakit Kritikal:
i. Salinan MyKad (depan dan belakang)
ii. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nota: Kecederaan yang dilakukan sendiri, peperangan / rusuhan, keganasan / pelanggaran undang-undang dan peristiwa berlaku sebelum tarikh berkuatkuasa dikecualikan untuk menerima Manfaat Penyakit Kritikal
Sila rujuk kepada tatacara untuk menghantar permohonan tuntutan Skim mySalam.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim mySalam, sila rujuk soalan lazim
Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024
i. Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
ii. SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
iii. Meninggal dunia pada tahun 2024
iv. Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
v. Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut: