Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 
  • Skim pembiayaan mikro ini adalah satu kemudahan khusus bagi membantu usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan sukan untuk mendapatkan pembiayaan 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

Perkara 

Penerangan 

Jumlah Pinjaman RM1,000.00 - RM100,000 sahaja 
Sumbangan Tabung Pengurusan 2% setahun untuk atlet atau bekas atlet kebangsaan termasuk atlet paralimpik  4% setahun untuk usahawan biasa 
Simpanan wajib 5% setahun 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Skim pembiayaan mikro ini adalah satu kemudahan khusus untuk golongan usahawan OKU yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif bagi merangsang bidang keusahawanan di Malaysia
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraKeterangan
Jumlah PinjamanRM1,000 - RM100,000 sahaja
Tempoh Pembiayaan6 bulan - 120 bulan (10 tahun)
Sumbangan Tabung Pengurusan
  •  2% setahun untuk pembiayaan bernilai RM1,000 – RM10,000

(tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan)

  • 4% setahun untuk pembiayaan bernilai RM10,001 – RM100,000
Simpanan wajib5% setahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Peluang Kedua
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Skim Pembiayaan Peluang Kedua adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 
  • Skim pembiayaan mikro ini adalah satu kemudahan khusus bagi membantu bekas banduan dan pelatih Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan perniagaan 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Perkara 

Keterangan 

Jumlah Pinjaman RM1,000 sehingga RM100,000 sahaja 
Tempoh Pembiayaan 6 bulan - 120 bulan (10 tahun) 
Kadar Keuntungan 4% setahun 
Simpanan 5% setahun 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Skim Pembiayaan Peluang Kedua 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera adalah sebuah program pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan untuk menggalakkan golongan profesional menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan pembiayaan modal perniagaan kepada golongan profesional yang ingin memulakan perniagaan dan mempunyai perniagaan sedia ada
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraPenerangan
Jumlah PinjamanRM1,000.00 - RM100,000 sahaja
Tempoh Bayaran Balik6 bulan – 120 bulan (10 tahun)
Sumbangan Tabung Pengurusan4% setahun
Simpanan wajib5% setahun

Nota: 

Jumlah keseluruhan maksimum pembiayaan yang boleh dipohon untuk satu syarikat adalah RM300,000.00 (maksimum RM100,000 setiap seorang rakan kongsi)

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Kontrak-i
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/11/2024

  • Skim Pembiayaan Kontrak-i adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 
  • Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk membantu syarikat/usahawan yang memerlukan modal kerja (kemudahan segera) bagi pelaksanaan kontrak ataupun pembekalan yang telah diterima secara terus daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

PerkaraKeterangan
Jumlah Pinjaman
  • RM1,000 – RM200,000 sahaja 
Tempoh Bayaran Balik
  • Tidak melebihi 6 bulan 
Kadar Keuntungan
  • 1.5% sebulan 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/11/2024

  • Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) adalah sebuah program pembiayaan mikro di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian/telah bekerja dan berminat bertujuan untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal. 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

     

Perkara Penerangan 
Jumlah Pinjaman RM1,000.00 - RM100,000 sahaja 
Tempoh Bayaran Balik 6 bulan - 120 bulan (10 tahun) 
Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun 
Simpanan wajib 5% setahun 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Pembiayaan Teman Tekun
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/11/2024

  • Skim pembiayaan Teman Tekun adalah sebuah skim pembiayaan mikro di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 
  • Skim pembiayaan mikro berasaskan Tawarruq menawarkan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien secara berkumpulan untuk usahawan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Perkara

Penerangan 

Jumlah Pinjaman Sila rujuk jadual 1 di bawah 
Tempoh Bayaran Balik Sila rujuk jadual 1 di bawah 
Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun 
Bayaran balik termasuk simpanan wajib Setiap minggu 

 

Jumlah/Had Pembiayaan 

 

  1. Pembiayaan kali pertama had maksimum RM7,000 
  2. Pembiayaan kali kedua had maksimum RM14,000. 
  3. Pembiayaan kali ketiga had maksimum RM20,000 
  4. Nilai pembiayaan hendaklah dipersetujui oleh ahli kumpulan dan Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN (PSAT) 

 

Jumlah Pembiayaan Tempoh Bayaran 
RM 1,000-RM5,000 6 bulan sehingga 12 bulan 
RM 5,001-RM14,000 6 bulan sehingga 18 bulan 
RM 14,001-RM20,000 6 bulan sehingga 24 bulan 

Jadual 1 

  1. Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (lelaki atau wanita) dari kenalan/rakan perniagaan yang boleh dipercayai 
  2. Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan 
  3. Perniagaan atau tempat tinggal ahli kumpulan hendaklah berdekatan antara satu sama lain 
  4. Menghadiri Perjumpaan Setempat Ahli TEMAN (PSAT) setiap minggu 
  5. Perlindungan di bawah Insurans Takaful (Pembiayaan) dan Insurans Hayat & Kemalangan 
  6. Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan 
  7. Simpanan wajib setiap minggu 
  8. Tertakluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN Nasional 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

  • Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program pembelian rumah di atas tanah wakaf bagi penjawat awam
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan dana bagi penjawat awam untuk membeli rumah di atas tanah wakaf
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembangunan Rumah Mampu Milik
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

  • Pembangunan Rumah Mampu Milik bagi bagi rakyat dia atas tanah-tanah wakaf 
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda