Skim Transformasi Pendigitalan Industri 
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mempercepatkan penerapan industri teknologi berkaitan Industri 4.0 serta meningkatkan sumbangan sektor perkilangan kepada ekonomi negara  
  • Selain itu, membiayai transformasi keupayaan perindustrian Malaysia dengan menyokong ekosistem yang tepat untuk Industri 4.0 bagi membolehkan Malaysia menjadi pilihan lokasi pembuatan teknologi tinggi  
  • Di samping itu, menyokong penggunaan transformasi digital oleh sektor yang diberi mandat oleh BPMB dan seterusnya membangunkan ekonomi digital negara.  
  • Tempoh permohonan : 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2025  
  • Berikut adalah maklumat pembiayaan tersebut:    

 

Perkara 

Keterangan 

Kemudahan 
  • Pembiayaan jangka masa  
  • Modal kerja berpusing  
  • Skim boleh dibentuk untuk susunan sindikasi/perjanjian klub  
  • Jaminan kewangan sebagai sebahagian daripada peningkatan kredit untuk terbitan sukuk / bon 
Saiz dana 
  • RM 1.0 Billion  
Tempoh Pembiayaan 
  • CAPEX: Sehingga 15 tahun  
  • OPEX: Sehingga 5 tahun  
Margin kewangan 
  • Sehingga 80%  
Subsidi untung 
  • 1.5% per tahun  
Sektor sasaran 

Teknologi-teknologi merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, Kecerdasan Buatan, Robotik, Automasi yang ditujukan kepada:  

 

  • Pengeluar: Syarikat teknologi atau syarikat pembuatan yang menawarkan teknologi-teknologi tersebut.  
  • Pengguna: Syarikat/entiti yang menggunakan teknologi tersebut sebagai sebahagian daripada operasi mereka  
  • Pembekal Infrastruktur: Syarikat yang membina infrastruktur berkaitan untuk penggunaan teknologi.  

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) 
Telipon

TELEFON

+603-26113888

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
SJPP - Skim Jaminan Automasi & Digital (SJAD)
Skim Jaminan Automasi & Digital (SJAD) adalah sebuah skim yang dikendalikan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) Malaysia daripada semua sektor dan industri untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada *Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat untuk melabur dalam automasi, pendigitalan & pemodenan yang merupakan komponen Industri 4.0 bagi membantu memulihkan dan menggiatkan semula perniagaan mereka disampingkan meningkatkan daya saing selepas pandemik COVID-19 Di bawah skim SJAD, SJPP menawarkan perkhidmatan pembiayaan berbentuk: Modal Kerja Perbelanjaan Modal  *Nota: Terbuka kepada semua Bank Komersial, Bank Islam dan Institusi Pembangunan Kewangan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM)   Ciri-ciri   Penerangan Had Pembiayaan Untuk Sendirian Berhad: RM100,000.00 - RM10.0 juta Untuk Perkongsian & Pemilikan Tunggal: RM100,000.00 - RM1.0 juta Jenis Pembiayaan Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh, Kemudahan Overdraf/Aliran Tunai Perniagaan-i, Pembiayaan Perdagangan & Kad Komersial Jaminan Perlindungan Jaminan 80% di atas jumlah pembiayaan (termasuk pokok dan faedah/keuntungan) yang diperolehi daripada Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat  Tempoh Jaminan Sehingga 15 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal Tempoh Permohonan Jaminan Dibuka dari 1 Februari 2020 dan ditutup selepas penggunaan penuh had Skim sehingga RM3 bilion sahaja atau sehingga tamat tempoh jaminan pada 31 Disember 2035, yang mana lebih awal Yuran Jaminan 0.75% setahun di atas jaminan perlindungan, yang perlu dibayar terlebih dahulu 
Permohonan Dibuka
BNM - Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF)
Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF) adalah sebuah pinjaman di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.Cagaran TIDAK diperlukan di bawah ADF PKS Perkara  Penerangan  Tujuan Pembiayaan Pembelian peralatan, mesin, perkakas teknologi komunikasi dan maklumat, penyelesaian dan perkhidmatan IT, sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan.  Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan sedia ada Jumlah Pembiayaan Maksimum  RM 3 juta  Kadar Pembiayaan Sehingga 4% setahun (termasuk sebarang fi jaminan) Tempoh Pembiayaan Maksimum Sehingga 10 tahun  Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF) atau Risalah Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF)