Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/11/2024

  • Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya (SP-OKU) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Skim pembiayaan mikro ini adalah satu kemudahan khusus untuk golongan usahawan OKU yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara inovatif bagi merangsang bidang keusahawanan di Malaysia
  • Berikut adalah maklumat kemudahan pembiayaan tersebut:

     

PerkaraKeterangan
Jumlah PinjamanRM1,000 - RM100,000 sahaja
Tempoh Pembiayaan6 bulan - 120 bulan (10 tahun)
Sumbangan Tabung Pengurusan
  •  2% setahun untuk pembiayaan bernilai RM1,000 – RM10,000

(tempoh penangguhan bayaran balik selama 12 bulan)

  • 4% setahun untuk pembiayaan bernilai RM10,001 – RM100,000
Simpanan wajib5% setahun
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pengupayaan Komuniti MADANI & Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Peruntukan RM1 juta bagi setiap universiti awam bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya  usahawan setempat
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim 1 OKU 1 Perniagaan
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) adalah sebuah bantuan pekerjaan dan pendapatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi golongan orang kurang upaya yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bertujuan untuk mendapatkan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan untuk tempoh satu (1) tahun sahaja.
  • Pengecualian fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:
  1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi mestilah terdiri daripada kategori OKU sahaja) menggunakan nama tred – RM60 setahun
  3. Cetakan maklumat – RM10
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Mikro Sinar
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

Kemudahan pembiayaan bagi sektor pernigaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 23/10/2024

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif 
  • Kadar bayaran EPOKU: RM450 sebulan seorang

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pas Bulanan My50
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh PRASARANA di bawah Belanjawan 2025 bagi semua rakyat Malaysia bertujuan untuk memberi akses kepada perkhidmatan pengangkutan Prasarana tanpa had
  • Lembah Klang : Pas My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL, LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
  • Pulau Pinang : Pas Mutiara My50 menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
  • Kuantan : Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Pas Bulanan My50 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) adalah satu program pemulihan yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) di bawah Belanjawan 2024 dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).

 

 

Untuk maklumat lanjut, Laman Rasmi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 18/10/2024

  • Bantuan penjagaan OKU terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi memelihara kebajikan golongan OKU terlantar / sakit terlantar / sakit kronik, dengan meringankan bebanan keluarga / penjaga serta menggalakkan keluarga / penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar / sakit terlantar / sakit kronik
  • Kadar bagi BPT ialah sebanyak RM500 sebulan seorang 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan penjagaan OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar (BPT)

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Sukan dan Riadah Rakyat
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 08/11/2024

  • Penganjuran aktiviti sukan dan riadah untuk warga emas dan OKU
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Memperkasa Ekuiti Pendidikan OKU
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Menambahbaik fasiliti dan infrastruktur mesra OKU serta membekal peralatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid berkeperluan khas
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda