Pembangunan Tanah Wakaf
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Pembangunan Tanah Wakaf bagi para persara warga emas yang berpendapatan rendah untuk membina rumah persaraan mandiri
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Kandungan Digital (DKD)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

Pemerkasaan industri kreatif digital mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 28/10/2024

  • Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) adalah sebuah pinjaman di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh AgroBank bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan untuk  membiaya kos pembelian aset, pembangunan & modal kerja dengan tumpuan kepada pertanian pintar & bernilai tinggi. 

  • Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi oleh pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (MAFS) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0 

  • Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR) 

  • Di bawah program ini, Agrobank menawarkan dua jenis pembiayaan iaitu pertanian kontrak dan pertanian bukan kontrak, di mana penilaian kredit bagi permohonan adalah tertakluk kepada terma yang ditetapkan oleh pihak Agrobank 

  • Skop pembiayaan PMRNA menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah konsep syariah (Tawarruq) melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor pertanian dan industri makanan dengan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR yang lebih efisien dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil perniagaan/projek 

  • Antara skop pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

     

    1. Pembelian peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional; 

    2. Mendapatkan teknologi dan sistem yang telah diguna pakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil dan/atau; 

    3. Modal bagi memperluaskan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi bagi menangani peningkatan penggunaan teknologi dan automasi berteraskan 4IR dalam operasi 

       

  • Tempoh kemudahan pembiayaan: Maksimum sehingga sepuluh (10) tahun (120 bulan) termasuk tempoh moratorium maksimum selama 12 bulan (tertakluk pada keperluan projek/unjuran aliran tunai dan/atau keperluan lain-lain). Jangka hayat teknologi yang diguna pakai akan turut diambil kira 

  • Kadar keuntungan: Kadar efektif 3.5% setahun atas baki pembiayaan 

  

 

 

Margin Had Pembiayaan

  • Sehingga 100% daripada jumlah kos termasuk kos sampingan (contoh: takaful, duti setem, dan lain-lain) dan tertakluk pada jumlah maksimum seperti berikut:

 

Perusahaan MikroKontrakBukan Kontrak
Minimum RM10,000.00RM10,000.00
MaksimumRM500,000.00RM500,000.00

 

Perusahaan Kecil dan SederhanaKontrak Bukan Kontrak
MinimumRM30,000.00RM50,000.00
MaksimumRM1,000,000.00RM1,000,000.00

 

  • Jumlah pembiayaan agregat bagi kedua-dua CAPEX dan/atau OPEX dan pembiayaan kepada PKS dengan pemegang saham yang sama dengan pegangan saham >20% TIDAK BOLEH melebihi had pembiayaan maksimum yang ditetapkan untuk kedua-dua PKS dan Perusahaan Mikro

 

 

 

Jenis Produk Pembiayaan

Jenis Pembiayaan Maklumat Lanjut
Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)
  • Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan utiliti sistem, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang

 

Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)
  • Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk penanaman pertanian pintar

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Pemacu (KWAP)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • Dana Pemacu bertujuan untuk memperkukuh pasaran persendirian Malaysia mencakup ekuiti persendirian, prasana dan hartanah
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim Mikro Sinar
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

Kemudahan pembiayaan bagi sektor pernigaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Program Akses Modal
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 30/10/2024

Program pembiayaan ekuiti bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan sektor pertumbuhan baharu serta menyokong PMKS yang memerlukan modal perniagaan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF)
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

  • Dana pembangunan bagi menggalakkan inovasi syarikat tempatan untuk mengadaptasi teknologi dan mensasar pewujudan 3 ribu kilang pintar menjelang 2030
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Pembiayaan Peluang Kedua
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 24/10/2024

  • Pembiayaan Peluang Kedua (Second Chance Financing) menawarkan penyelesaian kewangan kepada PKS yang mengalami tekanan dengan menyediakan penyelesaian terhadap kekangan aliran tunai dan mengurangkan beban perniagaan untuk terus beroperasi. Dana ini tidak hanya membantu PKS yang berpotensi untuk pulih dengan cepat dari krisis dan kembali berintegrasi dalam ekonomi, tetapi juga melindungi mereka daripada hampir ditutup atau muflis. Selain itu, dana ini memberikan sokongan kepada syarikat yang mempunyai reputasi yang baik yang ingin memperoleh ekuiti atau saham daripada PKS yang berpotensi tinggi namun mengalami kesukaran kewangan melalui pembiayaan ekuiti.

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut: 

 

Ciri-ciri Penerangan 
Jumlah Pembiayaan 
  • RM50,000 ~ RM5,000,000 
Tempoh Pembiayaan 
  • Sehingga 10 tahun 
Margin Pembiayaan 
  • Sehingga 100% 
Kadar Pembiayaan 
  • PKS: 3.0% setahun atas baki bulanan 
Skop Pembiayaan 
  • Pembiayaan Hutang 
  1. Mesin & Peralatan 
  2. Kenderaan Komersial 
  3. Perkakasan & Perisian IT  
  • Pembiayaan Ekuiti 

 

 

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 2
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

Skim pembiayaan kepada pra-kontrak kontraktor kecil G1 - G4 Bumiputera bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai bagi projek berskala kecil Kerajaan

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Skim CAKNA 1
Akan Datang

Terakhir dikemas kini pada 21/10/2024

Skim pendanaan/pendahuluan melibatkan jualan/pemindahan hak bayaran invois bagi vendor Kerajaan bertujuan membantu aliran tunai syarikat

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda