Terakhir dikemas kini pada 04/03/2025
Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) adalah sebuah Geran padanan MyCIF di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi syarikat pemula & PMKS yang berjaya mengumpul dana melalui kaedah Equity Crowd Funding & P2P bertujuan untuk memperkasa pembiayaan alternatif
Objektif dana ini adalah bagi:
Mewujudkan sebuah mekanisma perkongsian awam-swasta untuk pembiayaan modal berisiko
Mencipta saluran yang cekap dan efektif untuk mengagihkan dana Kerajaan kepada PKS
Menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan di pasaran pembiayaan alternatif
MyCIF juga menyediakan Skim Perusahaan Sosial MyCIF untuk menyediakan peluang untuk melabur bersama dalam Perusahaan Sosial melalui kempen P2P yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Platform | Nisbah Pelaburan | Jumlah Pelaburan Maksimum | |
---|---|---|---|
Skim Am MSME | ECF dan P2P | 1:4 | RM1 juta |
Skim Keselamatan Makanan | ECF dan P2P | 1:2 | |
Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial | ECF dan P2P | 1:2 | |
Skim Perusahaan Sosial | P2P Sahaja | 1:1 | RM500,000 |
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:4, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM4 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF; dan
Bagi pelaburan berdasarkan nisbah 1:1, MyCIF akan melabur RM1 untuk setiap RM1 yang berjaya diperoleh daripada pelabur swasta di platform penyertaan MyCIF
Skim Am MSME
SEMUA PKS yang memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Perusahaan Sosial
Memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Keselamatan Makanan
MSME juga dikehendaki memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh platform peserta MyCIF masing-masing.
Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial
MyCIF akan melabur pada nisbah 1:2 untuk kempen ECF dan P2P oleh MSME yang:
Muat turun: