Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 11/06/2025

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar 
  • Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

Kategori Penerima

Jumlah Kelayakan SARA 2025

Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan

Januari - Mac 2025 

April - Disember 2025

Isi Rumah (STR & eKasih)

RM2,100

RM100

RM200

Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)

RM1,650

RM100

RM150

Bujang (STR & eKasih)

RM600

RM50

RM50

Isi Rumah (STR Sahaja)

RM900

-

RM100

Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja)

RM450

-

RM50

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau klik di sini untuk portal rasmi MyKasih

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) & MyKasih
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

03-8882-4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda