Dana bagi memelihara & memulihara bangunan & tapak warisan sedia ada & berpotensi diiktiraf oleh UNESCO seperti di Gua Niah, Lembah Bujang, dan Royal Belum
Dana Bagi Mengetengahkan Karya Seni & Sastera Negara, Mempergiatkan Persembahan Teater Warisan Serta Memupuk Minat Membaca Karya Agung
Dana bagi agensi yang berpotensi bertujuan untuk mengetengahkan karya seni & sastera negara, mempergiatkan persembahan teater warisan, memupuk minat membaca karya agung dalam kalangan belia
Kelonggaran khas bagi perolehan sehingga RM200,000 untuk setiap pesanan kepada usahawan kraftangan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Selenggara & Memulihara Lokasi Tarikan Pelancongan
Dana untuk Kerajaan Negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, & Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan
Sumbangan Khas Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Marbut, Guru KAFA & Guru Takmir
Bantuan tunai one-off RM700 bagi imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA & guru takmir bertujuan untuk menghargai sumbangan mereka dalam menyebarkan syiar Islam
JAKIM - Menyelenggara & Menaik taraf Prasarana Institusi Pendidikan Islam
Menyelenggara & menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar & sekolah tahfiz bertujuan untuk memperkasakan pendidikan ilmu Islam