Anugerah Seni Negara (ASN) 2024
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 12/01/2024

  • Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 adalah suatu anugerah di bawah Belanjawan 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memberi pengiktirafan kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan serta sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air.
  • Pencalonan ASN 2024 melibatkan lima (5) bidang seni iaitu Seni Muzik, Seni Tari, Seni Lakon (Pementasan), Seni Kraf dan Seni Visual.
  • Penganugerahan ASN 2024 terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:
    1. Anugerah Seniman Negara (1 penerima)
    2. Anugerah Karyawan Seni (5 penerima)
      1. Anugerah Karyawan Seni Muzik
      2. Anugerah Karyawan Seni Tari
      3. Anugerah Karyawan Seni Lakon (Pementasan)
      4. Anugerah Karyawan Seni Kraf
      5. Anugerah Karyawan Seni Visual
    3. Anugerah Pendokong Seni (3 penerima)
      1. Anugerah Pendokong Seni - Media
      2. Anugerah Pendokong Seni - Korporat
      3. Anugerah Pendokong Seni – NGO
  • Penerima-penerima anugerah akan menerima:

    Anugerah

    Hadiah

    Anugerah Seniman Negara
    • Wang tunai RM60,000.00
    • Watikah penganugerahan
    • Trofi Anugerah Seni Negara
    • Sepersalinan pakaian kebangsaan
    • Seniman tamu MOTAC
    • Insentif penghasilan karya
    • Penerbitan berkaitan tokoh
    • Kemudahan rawatan kelas pertama di hospital Kerajaan
    • Kemudahan/tambang pengangkutan awam milik Kerajaan
    Anugerah Karyawan Seni
    • Wang tunai RM30,000.00
    • Watikah
    • Trofi
    • Seniman tamu
    Anugerah Pendokong Seni
    • Wang tunai RM30,000.00
    • Watikah
    • Trofi

     

  • Tempoh pencalonan ASN 2024 dibuka bermula 29 Disember 2023 sehingga 29 Februari 2024.
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Anugerah Seni Negara (ASN) 2024
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Telipon

TELEFON

+603-8000-8000

+603-8891-7100
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda